Pengalaman internet yang lebih baik
-
Layari lebih pantas
Firefox menggunakan kurang memori berbanding Chrome, jadi program anda yang lain boleh terus berjalan dengan pantas sekali.
Ketahui lebih lanjut -
Sambungan kegemaran anda
Tambah fungsi berkuasa, ciri berguna serta sedikit keseronokan kepada pelayar Firefox anda.
Lihat semua sambungan -
Keseimbangan memori
Firefox menggunakan memori secukupnya sahaja untuk mewujudkan pengalaman yang lancar agar komputer anda kekal responsif terhadap tugas lain.
Ketahui lebih lanjut -
Pelayaran Peribadi yang lebih berkuasa
Mod Pelayaran Peribadi memadamkan data kuki dan sejarah pelayaran anda setiap kali anda menutup mod tersebut.
Ketahui lebih lanjut -
Sekatan penjejak iklan
Firefox menyekat 2000+ penjejak iklan secara automatik daripada mengekori anda di seluruh internet.
Ketahui lebih lanjut -
Pengurus kata laluan
Firefox Lockwise membolehkan anda mengakses semua kata laluan yang anda simpan di Firefox — secara percuma.
Ketahui lebih lanjut -
Sesuaikan pelayar anda
Gayakan pelayar mengikut kehendak anda dengan ribuan tema berbeza.
Lihat tema popular -
Selaraskan antara peranti
Pastikan semua benda-benda penting — carian internet, kata laluan, tab dibuka — muncul di tempat yang anda perlukan pada setiap peranti.
Dapatkan Firefox Account -
Tandabuku yang lebih baik
Gunakan ikon bintang tandabuku untuk kekal teratur dan tambah nama serta folder tersuai dengan cepat.
Ketahui lebih lanjut -
Menyekat Pengecap Jari
Pengecapan jari ialah sejenis penjejakan dalam talian yang lebih menceroboh berbanding dengan penjejakan berasaskan kuki yang biasa — itulah sebab Firefox Browser menyekatnya.
Sekat pengecap jari -
Terjemahkan web
Terjemahkan lebih daripada 100 bahasa ke dalam bahasa anda terus dalam Firefox Browser anda - ia tak pernah semudah ini.
Terjemahkan ke dalam bahasa anda -
Gambar-dalam-Gambar
Ada benda yang hendak dibuat dan ada benda yang hendak ditonton? Buat kedua-duanya sekali dengan Gambar-dalam-Gambar dalam Firefox.
Ketahui lebih lanjut