Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Firefox menyekat pengecapan jari

Apakah maksud pengecapan jari?

Pengecapan jari ialah sejenis penjejakan dalam talian yang lebih bersifat menceroboh berbanding dengan penjejakan berasaskan kuki yang biasa. Pengecapan jari digital dicipta apabila syarikat membuat profil unik anda berdasarkan perkakasan, perisian, tambahan malahan pilihan komputer anda. Tetapan anda seperti skrin yang anda gunakan, fon yang dipasang pada komputer anda termasuk pilihan pelayar web anda semuanya boleh digunakan untuk mencipta pengecapan jari.

Jika anda mempunyai komputer riba, PC atau telefon pintar yang digunakan oleh ramai orang, mungkin lebih sukar untuk mengenal pasti secara unik peranti anda melalui pengenalan identiti. Namun, lebih terperinci add-on yang anda guna, jenis tulisan dan tetapan yang anda ada, lebih mudah untuk anda dijejaki. Syarikat-syarikat ini boleh menggunakan kombinasi maklumat yang unik ini untuk mencipta pengenalan identiti anda. Sebab itulah Firefox menyekat pengenalan identiti yang kami temui, supaya anda masih boleh menggunakan sambungan, tema dan penyesuaian kegemaran anda tanpa diekori oleh iklan.

Pengecapan jari tidak bagus untuk web

Amalan membuat pengecapan jari membolehkan anda dijejaki selama berbulan-bulan walaupun anda mengosongkan storan pelayar atau menggunakan mod pelayaran peribadi — tanpa menghiraukan penunjuk jelas daripada anda bahawa anda tidak mahu dijejaki. Meskipun terdapat persetujuan yang hampir muktamad di antara organisasi standard dengan vendor pelayar bahawa pengecapan jari itu berbahaya, penggunaan pengecapan jari di web telah semakin meningkat sejak sedekad yang lalu.

Firefox menyekat pengecapan jari

Pelayar Firefox yang terkini melindungi anda daripada pengecapan jari dengan menyekat permintaan pihak ketiga kepada syarikat yang diketahui menyertai pengecapan jari. Kami telah bekerja keras untuk mendayakan perlindungan privasi ini tanpa merosakkan laman web yang anda gemari. (Baca lebih lanjut di sini, jika anda inginkan butiran teknikal.)

Ia bukanlah tetapan yang menyukarkan anda mencarinya. Dalam pelayar Firefox terkini, sekatan pengecapan jari ialah tetapan standard dan dilalaikan. Kunjungi papan pemuka perlindungan privasi anda untuk melihat cara anda dijejaki di balik tabir dan cara Firefox mencegah penjejakan tersebut.

Mungkin anda tidak senang jika ada orang yang menjejaki pergerakan anda dalam kehidupan sebenar. Begitu juga jika perkara itu berlaku dalam talian. Sekiranya anda belum mempunyai Firefox, muat turun dan lindungi diri anda daripada pengecapan jari digital.