Firefox Focus

Pelayar mudah alih yang benar-benar peribadi

Firefox Focus adalah pelayar privasi khusus untuk anda dengan perlindungan penjejakan automatik dan penyekat iklan. Dengan Focus, halaman web dimuatkan lebih pantas dan data anda kekal peribadi.

Firefox Focus boleh didapati untuk peranti-peranti iOS dan Android.

Dapatkan Firefox Focus

Imbas kod QR untuk bermula

Imbas kod QR untuk mendapatkan Firefox Focus

Padamkan sejarah anda

Padamkan sejarah, kata laluan dan kuki anda dengan mudah, agar iklan-iklan penyibuk tidak mengekori anda dalam talian. Hanya ketik butang padam pada medan carian dan ia akan hilang.

Bawakan mod peribadi ke tahap lebih tinggi

"Pelayaran peribadi" pada kebanyakan pelayar tidaklah begitu peribadi sebenarnya. Firefox Focus menawarkan privasi pada standard yang lebih tinggi secara automatik dan disokong oleh Mozilla, organisasi bukan berasaskan keuntungan yang memperjuangkan hak anda di internet.

Perlindungan jejak

Firefox Focus menghalang banyak jenis penjejak secara lalai termasuk jenis penjejak sosial yang menjengkelkan yang datang dari iklan seperti Facebook.

Penyekat iklan

Focus menyekat iklan-iklan yang cuba menjejaki anda di seluruh web — tanpa perlu aplikasi tambahan atau sambungan perisian. Kurangnya iklan, bermakna kelajuan pemuatan laman web lebih pantas, sekaligus membolehkan anda mencapai benda yang anda cari dengan lebih cepat.

Lihat semuanya dengan lebih pantas

Focus menghalang penjejak dan membolehkan penyekat iklan agar laman web yang anda layari kurang menggunakan data dan memuat dengan lebih pantas. Selain itu, pinkan sehingga empat ikon pintasan di laman utama dan layari laman web kegemaran anda dengan segera tanpa perlu menaip.

Diperbuat oleh Mozilla

Kami percaya semua orang patut mempunyai kawalan ke atas kehidupan mereka dalam talian. Inilah yang telah kami perjuangkan sejak 1998.