Pilih warna dalam Firefox menggunakan alat eyedropper

Ada banyak sebab kenapa anda mahu ketahui kod warna hex dengan tepat di dalam sesuatu laman web — mungkin anda seorang pembangun laman web atau pereka grafik. Alat eyedropper pada versi desktop Firefox, membolehkan anda mencari kod warna hex dengan tepat hanya dengan melegar mana-mana warna yang anda lihat pada laman web. Salin kod pada clipboard anda dengan satu klik.

Tangkap layar alat eyedropper di Firefox memaparkan nilai warna hexadecimal piksel tunggal pada satu laman web.

Anda boleh menemui alat eyedropper ini di bawah "Browser Tool" di menu Tools atau di bawah "More Tools" dalam menu toolbar Firefox (di penghujung toolbar Firefox).