Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Privasi. Utiliti. Kemudahalihan.

Tujuh pelayar terbaik dalam bandingan langsung

Sedang mencari pelayar yang lebih baik? Kami akan bandingkan Firefox dengan Chrome, Edge, Safari, Opera, Brave dan Internet Explorer untuk membantu anda membuat keputusan.

Pelayar internet yang hebat perlu mempunyai fungsi yang anda perlukan, kemudahalihan pada semua peranti dan privasi yang berhak dinikmati.

Oleh sebab pelayar anda merupakan pintu masuk anda ke internet, kepantasan, keselamatan, privasi dan utiliti adalah yang paling penting. Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Google Chrome telah menjadi pelayar pilihan ramai. Tetapi, saat iklan dalam talian nampaknya mengekori kita ke mana-mana dan kebocoran data menjadi tajuk utama berita, ramai yang mula mahukan lebih banyak privasi dan rasa hormat daripada pelayar mereka.

Jadi, adakah pelayar anda pelayar terbaik untuk segala yang anda lakukan dalam talian? Pelayar yang tepat membawa perbezaan besar kepada pengalaman anda di web. Jadi, tanpa berlengah lagi, mari kita bandingkan Google Chrome, Firefox, Safari, Opera, Brave, Microsoft, Internet Explorer dan Edge — dan lihat pelayar manakah yang memenuhi keperluan anda dengan baik.

Keselamatan dan Privasi

Pelayar manakah yang terbaik dalam menjaga kerahsiaan?

Keselamatan dan Privasi Firefox Chrome Edge Safari Opera Brave Internet Explorer
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Tidak Ya Ya Ya Ya Ya
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Tidak Ya Tidak Ya Ya Tidak
Menyekat pengesan sosial Ya Tidak Ya Ya Tidak Ya Tidak

Tidak keterlaluan untuk mengharapkan tahap perlindungan dan privasi data yang tinggi daripada produk yang selalu kita gunakan untuk masuk dalam talian. Sekurang-kurangnya, pelayar perlulah menawarkan beberapa versi "mod pelayaran peribadi" yang secara automatik memadamkan sejarah dan sejarah carian anda supaya pengguna lain pada komputer yang sama tidak dapat mengaksesnya. Dalam hal ini, ketujuh-tujuh pelayar yang dibandingkan di sini memungut mata.

Apa yang anda lakukan dalam talian tidak sepatutnya menjadi urusan orang lain.

Satu lagi ciri pelayar yang perlu ada ialah kemampuan untuk mencegah laman web dan syarikat daripada menjejaki data pelayaran dan beli-belah anda — walaupun dalam mod pelayaran biasa.

Menggunakan pelayar yang menyekat penjejak pihak ketiga bukan hanya penting untuk privasi — biasanya ia juga berjalan dengan lebih pantas. Kebanyakan penjejak hanyalah skrip yang berjalan di latar belakang beberapa laman web. Anda tidak dapat melihatnya, tetapi anda dapat rasa yang ia melambatkan pelayar anda. Pada versi 67 Firefox, pengecapan jari dan pelombong kripto juga disekat. Jika anda tidak biasa dengan pelombong kripto, berikut ini merupakan contoh cara mereka boleh menjejaskan anda: mungkin anda pernah mengalami situasi komputer anda tiba-tiba menjadi lebih panas atau baterinya habis lebih cepat daripada biasa. Itu selalunya ialah hasil sampingan pelombong kripto yang merayau-rayau pada peranti anda.

Utiliti

Apakah yang dilakukan oleh pelayar anda untuk anda baru-baru ini?

Utiliti Firefox Chrome Edge Safari Opera Brave Internet Explorer
Sekatan main automatik Ya Tidak Ya Tidak Tidak Ya Tidak
Pelayaran tab Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Teks ke ucapan Ya Tidak Ya Ya Tidak Tidak Ya
Mod pembaca Ya Ya Ya Ya Tidak Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Ciri tangkap skrin dalam pelayar Ya Tidak Ya Tidak Ya Ya Tidak

Sebagai tambahan kepada perlindungan privasi, yang sebahagian besarnya berlaku di latar belakang pelayar, unsur utama lain untuk pelayar yang dibuat dengan baik sebenarnya ialah antara muka dan fungsi pengguna. Hampir ketujuh-tujuh pelayar adalah sama apabila kita sentuh soal pelayaran tab, pengurusan tandabuku, pelengkapan automatik, pembacaan pruf dan sambungan. Firefox, Edge dan Opera juga menawarkan fungsi tangkap skrin pantas yang terbukti cukup berguna dan pastinya sesuatu yang membuatkan anda berasa kehilangan apabila anda beralih ke pelayar yang tidak mempunyainya.

Kemudahalihan

Seberapa baikkah pelayar anda berfungsi pada semua peranti anda?

Kemudahalihan Firefox Chrome Edge Safari Opera Brave Internet Explorer
Ketersediaan OS Ya Ya Ya Tidak Ya Ya Tidak
Ketersediaan OS mudah alih Ya Ya Ya Tidak Ya Ya Tidak
Keselarasan dengan mudah alih Ya Ya Ya Ya Ya Ya Tidak
Pengurusan kata laluan Ya Ya Ya Ya Ya Ya Ya
Kata laluan utama Ya Tidak Ya Tidak Ya Tidak Tidak

Perkara utama yang perlu diperhatikan tentang kemudahalihan ialah, tidak semua pelayar berjalan pada semua sistem operasi. Walaupun Firefox, Chrome, Edge, Brave dan Opera berfungsi pada semua sistem utama dan mudah dipasang, Internet Explorer dan Safari hanya berfungsi pada Microsoft dan sistem Apple sendiri. Versi mudah alih Safari sudah sedia terpasang pada peranti mudah alih Apple, manakala kebanyakan peranti Android dilengkapi dengan pelayar sedia terpasang yang telah diubah suai oleh pengeluar untuk peranti tersebut. Firefox, Chrome, Brave, Edge dan Opera boleh dipasang dengan mudah. Malah, boleh digunakan sebelah-menyebelah.

Hampir semua pelayar yang dibandingkan di sini membolehkan penyelarasan antara desktop dan peranti mudah alih. Anda memerlukan akaun untuk melakukannya, yang boleh anda gunakan untuk log masuk ke pelayar pada semua peranti dan menyelaraskan perkara seperti kata laluan, sejarah pelayaran, tandabuku dan tetapan.

Kesimpulan:

Dan pemenangnya ialah…

Berdasarkan kriteria yang kami gariskan — privasi, utiliti dan kemudahalihan — hanya ada satu pelayar yang memenuhi semuanya, itulah Firefox. Ruang perbezaan yang sebenarnya bukan fungsi, tetapi privasi. Firefox ialah pelayar yang paling peribadi, yang tidak mengunci anda dalam suatu ekosistem. Gunakan pada mana-mana sistem operasi, pada semua peranti anda dan yakin selamat ketika melakukannya.

Pelayar telah semakin membangun sejak Chrome diperkenalkan dan mengambil alih bahagian pasaran. Kebanyakan pelayar moden telah menutup jurang kemudahalihan dan fungsi dan dalam beberapa perkara, seperti kepantasan dan privasi, pelayar-pelayar moden ini sebenarnya telah melebihi Chrome. Akan tetapi, menentukan pelayar manakah yang sesuai untuk anda akan sentiasa bergantung pada keperluan individu anda dan perkara yang paling dihargai semasa menavigasi dalam talian.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) | Chrome (85) | Edge (85) | Safari (14) | Opera (67) | Internet Explorer (11) | Brave (1.14.81)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.

Firefox disokong oleh organisasi bukan untung Mozilla.

Firefox mengutamakan privasi anda — dalam semua perkara yang kami buat dan lakukan. Kami percaya yang anda berhak memutuskan cara dan orangnya untuk anda berkongsi maklumat peribadi anda. Firefox mengumpulkan sedikit data sahaja dan tidak pernah menjualnya. Sedikit data yang kami kumpulkan itu digunakan hanya untuk menghasilkan produk dan ciri yang lebih baik. Tiada rahsia. Tetapi banyak ketelusan dan privasi sebenar.