firefox-ios-firefox-browser

Jalan pintas di internet bersama Firefox untuk Android

Lihat semua tab terbuka, carian terkini dan laman kegemaran anda dalam satu tempat dengan pelayar Firefox untuk Android.

Dapatkannya di Google Play

Dapatkan Firefox untuk Android

Imbas kod QR untuk bermula

Imbas kod QR untuk mendapatkan Firefox untuk Android

Pantas dan Peribadi

Firefox untuk Android membawakan perlindungan privasi yang mudah dengan pemuatan laman yang sangat laju. Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan menyekat penjejak dalam talian secara automatik daripada mengekori anda dalam web sambil melembapkan laman anda.

Hanya satu ketik untuk mod peribadi

Hidupkan Mod Pelayaran Peribadi dengan hanya satu ketik. Dan apabila anda menutup Mod Pelayaran Peribadi, sejarah pelayaran anda terpadam secara automatik daripada peranti anda.

Cari jalan anda sendiri

Miliki telefon bersaiz besar tapi jari bersaiz normal? Tiada masalah. Firefox untuk Android membolehkan anda mengalihkan bar carian dari atas ke bawah menjadikannya mudah dioperasikan dengan satu tangan. Anda juga boleh memilih enjin carian di dalam pelayar, dan tetapkan Firefox sebagai pelayar utama jika anda mahu.

Jimat tenaga dengan Mod Gelap

Bertukar kepada Mod Gelap bila-bila masa bagi mengurangkan sakit mata sambil melanjutkan kuasa bateri anda.

Miliki laman utama anda

Jelajah ke lokasi yang penting untuk anda di internet dengan lebih pantas. Pilih untuk lihat semua tab terbuka, carian terkini, penanda buku dan laman kegemaran dalam satu tempat.

Tingkatkan kuasa dengan aplikasi Tambahan Firefox

Tambahan umpama peralatan tambahan berkuasa yang boleh anda tambah pada pelayar anda untuk membolehkannya meningkatkan tetapan privasi lalai dan memperibadikan pengalaman atas talian anda.

Teruskan dari tempat anda berhenti

Bertukar daripada telefon ke komputer riba, tablet can kembali semula tanpa sebarang ralat. Dengan Firefox di semua peranti, bawa semua penanda halaman, kata laluan, log masuk tersimpan dan sejarah pelayaran ke mana sahaja anda pergi.

Buat carian terus daripada skrin utama anda

Tidak perlu membuka aplikasi. Tambahkan widget carian Firefox dan buat carian di web terus dari skrin utama peranti anda.

Sisipkan video pada skrin anda

Keluarkan video dari laman web atau pemain dan sisipkannya ke bahagian atas skrin telefon anda untuk ditonton semasa anda melayari laman web dan melakukan perkara lain. Kekal terhibur sambil melakukan tugas-tugas lain.

Tentang Mozilla

Mozilla diwujudkan untuk menjadikan Internet sebagai sumber awam yang mudah diakses untuk semua kerana kami percaya, konsep percuma dan terbuka lebih baik daripada terkawal dan tertutup. Kami membina produk seperti Firefox dan Pocket untuk menggalakkan kepelbagaian pilihan, ketelusan dan kawalan.