Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Adakah Firefox pelayar web terpantas?

Layari lebih pantas

Setiap program komputer yang anda jalankan memerlukan sedikit memori. Jika komputer anda rendah memorinya, ini akan menyebabkan ia men...jadi per...la...han. Firefox menyasarkan keseimbangan — menggunakan memori secukupnya supaya pelayaran anda lancar dan meninggalkan banyak memori lagi supaya komputer anda responsif.

Multitugas dengan multi tab

Firefox merupakan pelayar multiproses, yang bermaksud tab anda tetap segar dan tidak mengambil masa yang lama untuk memuat semula. Dengan 86% kurang tempoh ketinggalan, anda mampu menukar tab dengan pantas walaupun hati kecil anda berbisik banyaknya taaaaab.

Permainan video lebih pantas

Kami menerajui teknologi untuk menjalankan permainan 3D pada kepantasan operasi yang hampir sama dengan kepantasan di platform asal dan kini Firefox memberikan prestasi yang lebih cemerlang kepada permainan dalam talian. Pelayar berkuasa kami mengurangkan respons perlahan, mempercepatkan masa ping dan mengoptimumkan keseluruhan permainan melalui pelayaran yang lebih pantas dan lebih mantap.