Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Penyelarasan pelayar Firefox

Dengan Firefox, anda boleh menyambung semula aktiviti yang anda tinggalkan sewaktu menukar daripada komputer riba ke telefon ke tablet. Firefox membolehkan anda melihat penanda buku, sejarah pelayaran, kata laluan tersimpan dan banyak lagi tanpa mengira peranti yang anda gunakan.

Daftar untuk Akaun Mozilla percuma dan anda boleh menyelaraskan data anda di mana jua anda menggunakan Firefox dan lain-lain produk Mozilla.

Semua data kami dienkripsi di pelayan kami agar kami tidak dapat membacanya – hanya anda yang mempunyai akses. Kami tidak menjual maklumat anda kepada pengiklan kerana ia melanggar ikrar kami di dalam janji privasi data.

Hantarkan tab daripada satu peranti ke peranti lain

Ciri Send Tab dalam Firefox membolehkan anda menghantar laman dari Firefox di dalam satu peranti ke peranti yang lain (contohnya iPhone, iPad atau Android.) Anda temui laman web menerusi telefon dan mahu sambung membacanya ketika menggunakan komputer riba? Atau pun dokumen penting dari tempat kerja yang perlu anda simpan sebaik tiba di rumah? Mungkin anda ada resipi yang tersimpan pada komputer riba yang perlu anda hantarkan ke tablet di dapur. Hantarkan tab tersebut!

Imej menu aplikasi Firefox menonjolkan opsyen