Selesaikan lebih banyak kerja dengan video pop timbul

Ada benda yang hendak dibuat dan ada benda yang hendak ditonton? Buat kedua-duanya sekali dengan Gambar-dalam-Gambar dalam Firefox. Ia membolehkan anda memaparkan video di luar daripada laman web video itu dan mengepinkannya kepada skrin anda supaya anda boleh terus menonton sambil membuka halaman, tab dan aplikasi lain.

Begini cara ia berfungsi:

  1. Mainkan apa-apa video dalam pelayar Firefox anda, seperti ini.
  2. Klik butang Gambar-dalam-Gambar yang muncul di atas video anda dan ia akan timbul.
  3. Layari tab-tab lain, malahan yang di luar Firefox. Video itu tetap di situ!
  4. Ulangi langkah 1-3 untuk membuka seberapa banyak video gambar-dalam-gambar yang anda suka.

3 cara lagi untuk menggunakan Gambar-dalam-Gambar

Hadiri kelas atau mesyuarat sambil anda mencatat nota

Biarkan video tutorial terbuka dengan resipi terpapar sambil anda memasak

Hiburkan kucing, anjing dan kanak-kanak sambil anda menyiapkan kerja