Firefox: Lebih perlindungan. Kurang kerisauan.

Melindungi privasi anda menjadi obsesi kami. Itulah sebabnya kami menjadikan Pelayaran Peribadi Firefox lebih berkuasa daripada yang lain.

Layari tanpa jejak

Berkongsi itu tanda prihatin, tetapi itu sepatutnya pilihan anda. Pelayaran Peribadi Firefox akan memadamkan maklumat dalam talian anda seperti kata laluan, kuki dan sejarah daripada komputer anda secara automatik. Maka, selepas anda tutup pelayaran, tiada jejak yang ditinggalkan.

Tangkap penjejak tersembunyi itu

Sesetengah laman web dan iklan melampirkan penjejak tersembunyi yang mengumpulkan maklumat pelayaran anda setelah lama anda pergi. Hanya Pelayaran Peribadi Firefox yang mempunyai perlindungan penjejakan untuk menyekat penjejak tersembunyi itu secara automatik.

Singkirkan penjejakan yang melambatkan

Penjejak bukan sahaja mengumpulkan maklumat, ia juga akan melambatkan pelayaran anda. Hanya Pelayaran Peribadi Firefox yang dapat menyekat iklan dengan penjejak tersembunyi. Jadi anda boleh buang pengacau yang melambatkan itu dan menjelajah dengan bebas.