Firefox Browser

Lawati laman yang sering anda kunjungi pada iPhone dan iPad

Lihat semua tab terbuka, carian terdahulu dan laman kegemaran dalam satu tempat dengan Firefox Browser untuk iOS.

Muat turun di App Store

Dapatkan Firefox untuk iOS

Imbas kod QR untuk bermula

Imbas kod QR untuk mendapatkan Firefox untuk iOS

Jadikan Firefox pelayar lalai anda

Kini pengguna iPhone dan iPad dapat memilih pelayar web mereka sendiri secara lalai. Ini bermakna, anda tidak lagi tersepit menggunakan Safari, dan pelayar mudah alih anda boleh diselaraskan dengan pelayar desktop pilihan sendiri. Tambahan lagi, apabila anda menetapkan Firefox sebagai pelayar web utama anda, anda sebenarnya menyokong syarikat teknologi yang bebas. Firefox juga satu-satunya pelayar tersohor yang disokong oleh organisasi tidak berasaskan keuntungan.

Pantas. Peribadi. Selamat

Kekalkan privasi maklumat peribadi anda tanpa mengorbankan kelajuan. Tambahan pula, ciri pelayaran pintar membolehkan anda membawa maklumat peribadi, kata laluan dan penanda halaman anda ke mana saja anda pergi, menjadikan hidup dalam talian anda lebih mudah.

Kekalkan privasi anda dalam talian

Firefox memberikan anda lebih perlindungan ke atas privasi sewaktu anda dalam talian. Secara lalai, ciri Enhanced Tracking Protection kami menghalang penjejak dan skrip seperti penjejak media sosial, penjejak kuki laman web, pelombong kripto dan pencuri maklumat.

Sejarah pelayaran anda tinggal sejarah

Anda mampu saja melayari web dalam mod peribadi dengan mudah. Dan sebaik anda menutup mod pelayaran peribadi ini, semua sejarah pelayaran dan kuki atau dipadam secara automatik daripada peranti anda.

Gunakan Firefox dengan lebih cekap dalam hidup anda

Gunakan Firefox pada kesemua peranti anda untuk pelayaran yang selamat dan lancar. Selaraskan peranti bagi membolehkan anda membawa penanda halaman kegemaran, log masuk tersimpan, kata laluan dan sejarah pelayaran ke mana sahaja anda pergi. Selain itu, hantarkan tab terbuka di antara telefon dan komputer peribadi untuk menyambung kembali aktiviti anda.

Cari dengan lebih pantas

Dapatkan cadangan carian pada bar carian dan akses laman yang sering anda lawati dengan pantas. Masukkan soalan carian, dan dapatkan cadangan dan hasil carian terdahulu di kesemua enjin pencari kegemaran anda.

Miliki laman utama anda

Jelajah ke lokasi yang penting untuk anda di internet dengan lebih pantas. Pilih untuk lihat semua tab terbuka, carian terkini, penanda buku dan laman kegemaran dalam satu tempat.

Terokai apa jua yang anda kehendaki dengan lebih lagi

Buka satu tab baru dalam Firefox untuk pergi ke laman-laman yang anda sering layari, penanda halaman terkini dan artikel popular dalam Pocket. Firefox memberi anda akses pantas ke laman terakhir yang anda lawati untuk membantu anda meneroka dengan lebih pantas.

Tentang Mozilla

Mozilla diwujudkan untuk menjadikan Internet sebuah sumber awam yang mudah diakses untuk semua kerana kami percaya percuma dan terbuka lebih baik berbanding dikawal dan tertutup. Kami membina produk seperti Firefox dan Pocket untuk menggalakkan kepelbagaian pilihan, ketelusan dan kawalan.