Mozilla VPN
Keselamatan, kebolehpercayaan dan kepantasan — pada setiap peranti, ke mana saja anda pergi.
Satu Rangkaian Peribadi Maya (VPN) daripada pengasas Firefox.
Dapatkan Mozilla VPN
Satu ketik untuk privasi
Layar, strim, permainan video dan bekerja sambil mengekalkan privasi anda dalam talian. Kami mengutamakan privasi anda sama ada anda makan angin, menggunakan WiFi awam atau mahukan keselamatan dalam talian.

Rangkaian yang pantas dan selamat
Mozilla VPN beroperasi di rangkaian pelayan global. Kami mengenkripsi aktiviti rangkaian anda dan menyembunyikan alamat IP menggunakan protokol WireGuard® termaju. Kami tidak merekod, menjejak atau berkongsi data rangkaian anda.

VPN daripada jenama yang boleh anda percayai
Sudah lebih 20 tahun, Mozilla mempunyai reputasi yang mengutamakan pengguna dan berjuang demi privasi dalam talian. Disokong oleh badan bukan berasaskan keuntungan, kami komited untuk membangunkan internet yang lebih baik dan sihat untuk semua. Apa yang kami hasilkan adalah sebahagian daripada misi kami dan mematuhi prinsip kami.

Sambung ke lebih daripada 500 pelayan di lebih dari 30 negara
Lihat senarai lengkap pelayan kami.
Dapatkan Mozilla VPNPilih pelan langganan yang sesuai untuk anda
Semua pelan kami termasuk:
- Pilihan untuk berhubung sehingga 5 peranti
- 500+ pelayan di 30+ negara
- Enkripsi peringkat peranti
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada rekod bagi aktiviti rangkaian anda
- Jaminan wang dikembalikan dalam 30 hari
Disyorkan
Pelan 12 bulan
Jimat 50%
US$59.88 jumlah + cukai
US$4.99/bulan + cukai
Pelan bulanan
US$9.99/bulan + cukai
Soalan-soalan Lazim
Apa itu VPN dan apa kegunaannya?
Dengan meningkatkan pergantungan hidup kita di internet, privasi dan keselamatan dalam talian menjadi sangat mustahak. VPN, Virtual Private Network, mampu membantu menjadikan sambungan internet lebih selamat dan peribadi. Ia berfungsi dengan menghasilkan "terowong" di antara peranti anda dengan internet secara keseluruhannya dan melindungi anda dalam dua cara yang penting:
- Menyembunyikan alamat IP anda yang sebenar. Ini melindungi identiti dan mengaburkan lokasi anda.
- Mengenkripsi lalu lintas antara anda dan penyedia VPN anda agar tiada sesiapa pun di rangkaian tempatan anda yang dapat menguraikan atau mengubahnya.
Lihatlah lima contoh sebenar di mana anda mahukan VPN pada peranti anda.
Apakah maklumat yang disimpan oleh Mozilla VPN?
Kami mematuhi Prinsip Privasi Data Mozilla dan kami hanya mengumpulkan data yang diperlukan untuk memastikan VPN beroperasi dan meningkatkan prestasi produk dari semasa ke semasa. Kami juga menjejaki data kempen dan rujukan di aplikasi mudah alih kami bagi membantu Mozilla lebih memahami keberkesanan kempen pemasaran kami sendiri. Baca lebih lanjut di Notis Privasi.
Bagaimana privasi saya dilindungi?
Protokol WireGuard® mengenkripsi lalu lintas rangkaian, lalu melindungi maklumat peribadi anda. Dibandingkan dengan protokol VPN lain yang ada, kod ringan WireGuard lebih mudah untuk dikaji dan diaudit oleh penganalisis keselamatan— menjadikannya pilihan yang lebih selamat untuk VPN. Selain itu, aktiviti dalam talian anda kekal tidak dikenali kerana kami tidak merekod, menjejak atau kongsikan data rangkaian anda.
Bagaimana Mozilla VPN dibandingkan dengan pesaing yang lain?
Walaupun VPN percuma kelihatan menarik, mereka tidak membuat komitmen terhadap privasi yang sama seperti Mozilla VPN. VPN berbayar lain tidak mempunyai rekod prestasi lebih 20 tahun seperti Mozilla yang membangunkan produk yang mengutamakan pengguna dan privasi.
Peranti apa yang serasi dengan Mozilla VPN?
Mozilla VPN serasi dengan peranti mudah alih, tablet, dan desktop untuk:
Apakah polisi pengembalian wang Mozilla VPN?
Jika anda membatalkan akaun anda dalam masa 30 hari bagi langganan Mozilla VPN anda untuk kali pertama menerusi laman web Mozilla, anda boleh memohon bayaran balik dan Mozilla akan membayar semula terma pertama langganan anda.
Jika anda membuat langganan menerusi pembelian dalam aplikasi Apple App Store atau Google Play Store, bayaran anda tertakluk kepada terma dan syarat App Store tersebut. Anda perlu salurkan sebarang pertanyaan tentang bil dan bayaran balik ke Apple atau Google, selayaknya.
Bagaimana saya mahu menguruskan langganan saya?
Jika anda sudah pun melanggan Mozilla VPN, anda boleh mengubah pelan atau uruskan langganan anda bila-bila masa.
Bagaimana untuk muat turun Mozilla VPN apabila saya sudah pun melanggan?
Layari laman muat turun untuk memasang Mozilla VPN pada peranti anda, dan kemudian log masuk menggunakan Firefox Account anda.