Adendum Manifesto Mozilla
Berikrar untuk Internet Yang Sihat
Internet global yang terbuka adalah sumber komunikasi dan kolaborasi paling berkuasa yang pernah kita ketahui yang mengandungi beberapa harapan asas untuk kemajuan manusia. Juga membuka peluang pembelajaran, perkongsian rasa kemanusiaan dan menyelesaikan masalah mendalam yang dihadapi manusia sejagat.
Lebih sedekad yang lalu, kita telah melihat janji ini dipenuhi dalam pelbagai cara. Kita turut melihat kuasa internet yang digunakan untuk memecah-belah, mencetuskan keganasan, mempromosi kebencian dan memanipulasi fakta dan realiti. Kami dapat pengajaran bahawa kami perlu tetapkan aspirasi untuk pengalaman internet secara eksplisit. Itulah yang kami lakukan sekarang.
- Kami komited menyediakan internet kepada semua manusia di bumi — ciri kedudukan demografi seseorang tidak menentukan akses, peluang, atau kualiti pengalaman atas talian mereka.
- Kami komited menyediakan internet yang mempromosi hak sivil, maruah kemanusiaan dan ekspresi individu.
- Kami komited menyediakan internet yang meningkatkan pemikiran kritikal, hujah beralasan, berkongsi pengetahuan, dan fakta yang boleh disahkan.
- Kami komited menyediakan internet yang memangkinkan usahasama antara pelbagai komuniti yang bekerjasama untuk kebaikan bersama.