Internet mengandungi pelbagai benda-benda menarik namun banyak yang tidak disediakan dalam Bahasa Inggeris — menjadikan berbilion orang di seluruh dunia memerlukan penterjemah hanya untuk menggunakan internet. Anda boleh memuat turun Firefox dalam lebih daripada 100 bahasa, jadi menu pelayar, pemberitahuan dan mesej anda akan dipaparkan dalam bahasa pilihan anda. Akan tetapi itu tidak menyelesaikan masalah semua kandungan menarik yang anda cari menggunakan pelayar anda.
Ke Google Translate
Google Translate, dengan lebih daripada 100 bahasa* tersedia, digunakan oleh berjuta orang di seluruh dunia. Namun berulang-alik antara translate.google.com dengan halaman yang ingin anda baca bukanlah pengalaman yang menarik. Sambungan Ke Google Translate memudahkan lagi penterjemahan halaman yang anda buka.
Setelah dipasang, serlahkan teks yang ingin diterjemahkan dan klik kanan untuk menarik keluar menu dengan dua pilihan: 1) Membawakan translate.google.com dengan teks yang anda pilih dimasukkan ke dalam medan terjemahan secara automatik; atau 2) Dengar sebutan audio frasa tersebut (dikuasakan oleh Google Teks-ke-Ucapan), yang berguna jika anda cuba mempelajari bahasa baru.

Tukar Bahasa di Firefox
Jika anda sudah pun menggunakan Firefox, anda boleh mengubah bahasa pelayar atau menambah bahasa kepada antara muka Firefox. Ketahui caranya di sini.
*Dengan sambungan Ke Google Translate, pada masa ini anda boleh menterjemahkan bahasa ini:
Afrikaans, عربي, Azərbaycanca, Беларуская, Български, বাংলা, Bosanski, Català, Čeština, Cymraeg, Dansk, Deutsch, Ελληνικά, English, Esperanto, Eesti keel, Euskara, فارسی, suomi, Français, Frysk, Gàidhlig, Galego, עברית, Hrvatski, magyar, Հայերեն, Bahasa Indonesia, íslenska, Italiano, 日本語, ქართული, Қазақ, ខ្មែរ, ಕನ್ನಡ, 한국어, Lietuvių, Latviešu, Македонски, മലയാളം, मराठी, Melayu, မြန်မာဘာသာ, Norsk bokmål, नेपाली, Nederlands, Polski, Português, Română, Русский, සිංහල, slovenčina, Slovenščina, Shqip, Српски, Svenska, தமிழ், తెలుగు, ไทย, Türkçe, Українська, اُردو, Oʻzbek tili, Tiếng Việt, isiXhosa, 中文, dan banyak lagi!