Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Perbandingan Firefox Browser dengan Opera

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Firefox Browser dan Opera merupakan dua pelayar terawal dalam situasi sekarang yang masih kerap mengeluarkan kemas kini. Walaupun Opera belum mencapai tahap penerimaan pengguna yang sama dengan Firefox atau Google Chrome, ia tetap mempertahankan asas yang secara relatifnya stabil dan setia dalam jangka waktu yang lama. Dalam semakan ini, kami akan membandingkan pelayar Opera dengan pelayar Firefox kami dari segi keselamatan dan privasi, utiliti serta kemudahalihan untuk membantu anda memilih pelayar manakah yang paling sesuai untuk anda.

Keselamatan dan Privasi

Keselamatan dan Privasi Firefox Opera
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Ya
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Ya
Menyekat pengesan sosial Ya Tidak

Polisi privasi Opera tidak khusus dalam penjelasannya tentang jenis maklumat yang dikumpulkan dan cara ia mengumpulkan. Pada bahagian tertentu, ia mengatakan bahawa mereka mengumpulkan nama pemegang akaun, alamat IP dan istilah carian. Sesuatu yang kelihatan membingungkan dan membimbangkan ialah bahagian tentang pemindahan data antarabangsa; waktu, kekerapan dan sebab mereka perlu memindahkan data anda ke peringkat antarabangsa tidak dijelaskan.

Polisi privasi Firefox sangat telus dalam menerangkan maklumat peribadi apakah yang kami kumpulkan dengan satu-satunya tujuan akhir ialah memberikan anda kawalan yang lebih besar kepada maklumat yang anda kongsi dalam talian.

Berkenaan perlindungan privasi sebenar dalam pelayar Opera, ia ada menawarkan mod Peribadi yang kukuh yang membolehkan anda melayari web tanpa pelayar menjejaki aktiviti anda. Dalam mod pelayaran biasa, anda juga boleh mematikan beberapa ciri pengumpulan data dengan menggali ke dalam tetapan untuk mendayakan penyekat iklan dan menyesuaikan ciri keselamatan yang lain.

Dengan versi terkini Firefox, Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan dihidupkan secara lalai dalam mod pelayaran biasa, jadi anda tidak perlu mengusik tetapan hanya untuk melindungi diri anda daripada penjejak. Dengan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan, Firefox secara aktif akan menyekat ribuan penjejak pihak ketiga yang cuba mengekori anda di seluruh web. Anda diberikan laporan perlindungan yang diperibadikan yang menunjukkan kekerapan Firefox menyekat kuki pihak ketiga, penjejak media sosial, alat pengecapan jari dan pelombong kripto semasa anda melayari web.

Kami membangunkan Firefox untuk orang seperti anda, yang sangat mementingkan privasi dan keselamatan peribadi. Itulah sebabnya kami mengumpulkan sedikit sahaja maklumat tentang pengguna dan telus mengenai cara kami menggunakan maklumat tersebut. Sukar untuk diketahui cara Opera beroperasi dari perspektif privasi. Walaupun terdapat ciri privasi yang kukuh, cara mereka mengumpul dan berkongsi data anda tidaklah berapa jelas. Firefox tetap konsisten dalam perkara yang kami katakan dan perkara yang kami lakukan dalam melindungi privasi anda.

Muat turun Firefox Browser

Utiliti

Utiliti Firefox Opera
Sekatan main automatik Ya Tidak
Pelayaran tab Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya
Teks ke ucapan Ya Tidak
Mod pembaca Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Ya
Ciri tangkap skrin dalam pelayar Ya Ya

Tidak dapat disangkal bahawa Opera merupakan pelayar yang dipenuhi pelbagai ciri dengan antara muka pengguna yang bersih dan pilihan penyesuaian yang kuat. Kerana Opera dibina di atas Chromium, ia dapat memanfaatkan sebahagian besar pustaka sambungan Google Chrome yang luas. Firefox juga menampilkan pustaka sambungan yang besar untuk dilayari, tetapi tidak sebesar pustaka Chrome.

Sama seperti Firefox, Opera memberikan pengalaman menatal tab, yang bermaksud apabila anda membuka banyak tab daripada yang boleh dimuatkan pada skrin, ia akan menatalnya keluar daripada skrin dan bukannya berterusan mengecilkannya ke bawah. Kedua-dua Firefox dan Opera juga mempunyai alatan tangkap skrin yang membolehkan anda menangkap gambar skrin anda atau sebahagian daripada halaman. Namun, alatan Opera tidak memberikan anda kemampuan untuk membuat satu tangkapan besar seluruh laman web, sebaliknya cuma bahagian yang dapat dilihat.

Opera menyediakan banyak utiliti tersembunyi dalam antara mukanya yang ringkas dan mudah dikendalikan. Contohnya, terdapat sokongan terbina dalam untuk aplikasi pemesejan, seperti Facebook Messenger. Terdapat juga pembaca berita yang menggabungkan artikel daripada laman web dengan saluran berita pilihan anda. Ciri yang selari dengan ini di Firefox dipanggil Pocket. Pocket ialah perkhidmatan percuma untuk pemegang akaun Firefox yang memudahkan penggunanya mencari dan menyimpan artikel dan video menarik dari seluruh web. Di samping itu, ia mengesyorkan pelbagai artikel yang memperluaskan asas pengetahuan anda yang dibuat oleh manusia sebenar dan berfikiran.

Dari segi utiliti satu lawan satu, Opera dan Firefox ialah pesaing rapat. Opera mungkin mempunyai kelebihan dalam satu aspek dengan keserasiannya dan akses kepada pustaka sambungan Chrome yang besar. Tetapi satu faktor penting untuk dipertimbangkan ialah hakikat bahawa Opera, yang dibina di atas Chromium, ialah pelayar yang memerlukan pemproses dengan penggunaan RAM yang setanding dengan Chrome, yang dikenali dengan penggunaan CPU yang tinggi.

Muat turun Firefox Browser

Kemudahalihan

Kemudahalihan Firefox Opera
Ketersediaan OS Ya Ya
Ketersediaan OS mudah alih Ya Ya
Keselarasan dengan mudah alih Ya Ya
Pengurusan kata laluan Ya Ya
Kata laluan utama Ya Ya

Kedua-dua Firefox dan Opera serasi di semua platform termasuk Windows, macOS, Linux, Android dan iOS. Pemegang akaun Firefox boleh menyelaraskan tandabuku, kata laluan, tab terbuka dan sejarah pelayaran mereka dengan mudah pada semua peranti yang didaftar masuk. Perkara yang sama berlaku untuk pengguna Opera yang mempunyai akaun. Walau bagaimanapun, banyak laman web, terutamanya laman web lama yang tidak dikemas kini, menyekat sepenuhnya versi terkini Opera. Oleh itu, jika melayari sesuatu laman seperti blog lama Ex anda itu penting, berhati-hatilah, anda mungkin tidak dapat mengakses beberapa sudut internet yang dipenuhi debu jika masih menggunakan Opera.

Selain daripada aplikasi mudah alihnya yang biasa, Opera juga mempunyai dua versi pelayar mudah alih yang lain: Touch dan Mini. Touch tidak banyak mempunyai ciri tetapi ia direka bentuk untuk digunakan hanya dengan sebelah tangan iaitu sewaktu anda dalam perjalanan. Versi Mini bertujuan untuk mengurangkan penggunaan data dan meningkatkan kepantasan pada sambungan yang perlahan dengan menurunkan gred imej dan melucutkan kandungan. Kami juga menawarkan versi tambahan, meskipun bersifat percubaan, aplikasi mudah alih Firefox kami, Firefox Preview yang fokus pada kepantasan dan keselamatan.

Kebanyakan pelayar hari ini, melainkan Safari, berfungsi dengan lancar pada semua platform dan pelayar. Opera dan Firefox tidak terkecuali, dengan kemudahalihan terbaik pada semua peranti yang disediakan oleh kedua-duanya.

Muat turun Firefox Browser

Penilaian Keseluruhan

Secara keseluruhannya, Opera ialah pelayar yang mantap, dengan antara muka yang bersih dan banyak ciri berguna yang tersedia. Namun demikian, ada beberapa masalah privasi yang serius dan juga isu berkaitan penggunaan tenaga pemprosesan yang banyak. Walaupun Opera mempunyai beberapa ciri kemudahan penggunaan yang hebat, kami masih yakin yang Firefox tetap kekal sebagai pelayar unggul berdasarkan prestasi dan pendirian terhadap privasi pengguna yang telus serta perlindungan privasi yang ketat.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) | Opera (67)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.