Melalui Windows 10, Microsoft telah memperkenalkan pelayar Edge untuk bersaing dengan Firefox dan Chrome, menjadikannya pelayar lalai sedia pasang pada jutaan PC yang dijual. Walaupun begitu, pengguna lambat menggunakannya dan Microsoft akhirnya mengumumkan rancangan untuk melancarkan semula Edge sebagai pelayar berasaskan Chromium (Chromium ialah projek pelayar Sumber Terbuka Google). Sejak Januari 2020, Microsoft Edge berasaskan Chromium telah menggantikan versi terdahulu Edge. Walaupun Edge kini dibina pada Chromium Google, sejumlah ciri unik membezakannya daripada pelayar Chrome Google.
Di sini kami akan membandingkan Firefox Browser dengan Microsoft Edge berasaskan Chromium dari segi privasi, utiliti dan kemudahalihan, untuk membantu anda memahami dengan lebih baik penyemak imbas manakah yang lebih sesuai dengan keperluan dan keutamaan anda.

Keselamatan dan Privasi
Keselamatan dan Privasi | ![]() |
|
---|---|---|
Mod Pelayaran Peribadi | ||
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai | ||
Menyekat skrip perlombongan kripto | ||
Menyekat pengesan sosial |
Edge diintegrasikan ke dalam platform Windows 10 dan berjalan dalam persekitaran sandbox, yang bermaksud ia mengasingkan program dan mencegah program hasad daripada mengintip komputer anda. Ia mempunyai SmartScreen yang mengimbas reputasi laman web yang anda kunjungi dan menyekat laman web yang mencurigakan. Untuk mempertingkatkan privasi, Edge membolehkan anda menggunakan biometrik atau PIN dengan Windows Hello dan bukannya kata laluan untuk pengesahan dalam talian.
Di Firefox, kami bangga kerana melindungi keselamatan dan privasi pengguna kami. Polisi privasi kami telus dan dalam bahasa yang mudah. Kami sebenarnya meletakkan banyak usaha dalam memastikan ia jelas dan mudah dibaca. Dengan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan dan kini dihidupkan secara lalai, kami menyekat 2000+ penjejak secara automatik. Penjejak ialah kod-kod kecil yang cuba mengumpulkan aktiviti yang anda lakukan di pelbagai laman web internet untuk membina gambaran terperinci tentang diri anda yang mampu menjejaskan privasi anda hanya untuk menjadikan anda sasaran iklan yang lebih baik.
Perlindungan Privasi menunjukkan kepada anda penjejak dan kuki yang cuba ditinggalkan oleh halaman dan jumlah yang telah disekat oleh Firefox untuk anda.
Di Firefox, mod Pelayaran Peribadi akan memadamkan maklumat pelayaran anda seperti kata laluan, kuki dan sejarah secara automatik, tanpa meninggalkan jejak selepas anda menutup sesi. Sebaliknya Edge sebenarnya merakam sejarah pelayaran dalam mod peribadinya (dinamakan "InPrivate") dan ia memudahkan tugas seseorang untuk membina semula sejarah pelayaran penuh anda, tidak kira sama ada pelayaran anda itu dilakukan dalam mod biasa atau mod InPrivate.
Kedua-dua pelayar agak sama dari segi enkripsi data. Namun, jika privasi dan ketelusan dalam talian penting bagi anda, maka jelas sekali Firefox merupakan pilihan yang lebih baik di sini.
Utiliti
Utiliti | ![]() |
|
---|---|---|
Sekatan main automatik | ||
Pelayaran tab | ||
Pengurus tandabuku | ||
Mengisi borang secara automatik | ||
Pilihan enjin carian | ||
Teks ke ucapan | ||
Mod pembaca | ||
Menyemak ejaan | ||
Sambungan/Tambahan Web | ||
Ciri tangkap skrin dalam pelayar |
Firefox ialah pelayar sumber terbuka dan pantas, yang bermaksud pengguna boleh menyesuaikan pengalaman pelayaran mereka dalam segala cara yang mungkin. Firefox juga membolehkan beberapa cara yang berbeza kepada pengguna kasual untuk menyesuaikan UI dengan menggunakan tema dan konfigurasi bar alatan yang berbeza. Oleh kerana pelayar kami sentiasa menjadi sumber terbuka, kami mempunyai ramai pembangun yang setia mengikuti yang telah mewujudkan pustaka ekstensif untuk tambahan dan sambungan pelayar.
Oleh kerana Edge telah berpindah ke platform intensif Chromium, anda boleh menjangkakan yang ia akan berjalan sedikit perlahan, terutamanya jika ada banyak program yang dijalankan sekali gus. Walau bagaimanapun, bersama platform Chromium terdapat pustaka sambungan yang besar serta tahap penyesuaian UI yang bagus yang tidak dimiliki oleh Edge sebelum ia berpindah ke Chromium.
Edge mempunyai beberapa ciri UI yang baik, seperti pratonton tab yang akan memudahkan pencarian tab terbuka yang betul jika ada banyak tab yang anda buka. Satu lagi ciri berkaitan tab yang berguna membolehkan anda mengetepikan apa-apa tab aktif yang tidak anda gunakan tetapi tidak mahu ia ditutup.
Firefox menampilkan antara muka tab menatal, yang menjadikan maklumat tab dapat dilihat dan menatalnya secara mendatar, bukannya mengecilkan kepada ukuran favicon. Juga setiap kali anda membuka tab baru, ciri Pocket kami mencadangkan artikel dan kandungan yang relevan untuk anda. Selain itu, dengan Pocket anda juga dapat menyimpan artikel, video serta kandungan lain dengan satu klik, untuk dibaca kemudian.
Kedua-dua Firefox dan Edge menawarkan mod membaca yang sangat baik. Dengan Firefox, anda tekan saja ikon kecil di bar carian dan pelayar akan melucutkan semua elemen yang tidak perlu dan memaparkan artikel yang bersih kepada anda. Di Edge, anda boleh mengklik ikon buku kecil untuk mendapatkan halaman yang bersih dan mudah dibaca.
Firefox juga merangkumi banyak ciri berguna yang terbina dalam secara lalai seperti Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan, alatan tangkap skrin terbina dalam, penghantaran fail besar dan banyak lagi.
Sejak mula lagi, Firefox telah mempunyai ciri dan integrasi yang dibina ke dalam pelayar dan tersedia untuk dimuat turun. Dan walaupun kedua-dua pelayar mempunyai begitu banyak bilangan tambahan dan sambungan yang tersedia, keserasian Edge dengan platform Google Chromium memberikan kelebihan dari segi bilangan semata-mata.
Kemudahalihan
Kemudahalihan | ![]() |
|
---|---|---|
Ketersediaan OS | ||
Ketersediaan OS mudah alih | ||
Keselarasan dengan mudah alih | ||
Pengurusan kata laluan | ||
Kata laluan utama |
Melalui Internet Explorer, Microsoft belajar daripada kekurangan ketersediaannya di seluruh platform dan menjadikan Edge tersedia di iOS, Android, Windows, macOS dan tidak lama lagi, Linux.
Firefox telah lama tersedia di iOS, Android, Windows, macOS dan Linux. Seperti yang anda harapkan dengan mana-mana pelayar moden, Firefox membolehkan anda log masuk dengan akaun percuma dan menyelaraskan data seperti kata laluan, sejarah pelayaran, tandabuku dan tab terbuka antara komputer, tablet dan telefon anda. Ia juga membolehkan anda menyelaraskan semua itu ke seluruh platform.
Edge juga membolehkan anda menyambungkan akaun Microsoft anda yang berkaitan dan mendaftar masuk untuk menyelaraskan kegemaran, sejarah, kata laluan dan banyak lagi antara komputer dengan peranti iOS atau Android anda.
Penilaian Keseluruhan
Selain menghabiskan banyak kuasa pengkomputeran, Edge yang berjalan pada Chromium telah memenuhi banyak keperluan pengguna untuk fungsi dan ciri. Tetapi masih banyak yang perlu dipertimbangkan dari segi perlindungan privasi pelayar. Penilaian kami menunjukkan bahawa Firefox masih merupakan pilihan yang lebih baik untuk digunakan oleh kebanyakan orang dalam kehidupan seharian mereka, berdasarkan bukan sahaja pada fungsi, tetapi yang lebih penting ialah ketelusan kami dalam cara kami mengumpulkan data pengguna, apa yang sebenarnya kami kumpulkan dan apa yang kami lakukan dengannya. Oleh sebab syarikat induk kami ialah Mozilla, sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan yang dedikasi terhadap privasi dan kebebasan internet, kami hanya mempunyai satu set keutamaan yang berbeza dalam hal data pengguna.
Faktor terpenting di sini ialah, walaupun kami mencadangkan penggunaan Firefox, pelayar terbaik untuk anda akhirnya ialah pelayar yang sesuai dengan keperluan individu anda dengan sokongan sambungan, penyesuaian pelayar, kepantasan, privasi dan keselamatan.
Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) |
Edge (85)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.