Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Perbandingan Firefox Browser dengan Brave

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Sama seperti pelayar Firefox, pelayar Brave juga percuma, sumber terbuka dan fokus untuk melindungi privasi pengguna. Brave merupakan pendatang yang agak baru dalam dunia pelayar: pembuatnya, Brave Software, pertama kali memperlihatkan diri kepada pelayar pada bulan Januari 2016. Dalam artikel ini kami akan membandingkan pelayar Firefox dengan pelayar Brave dalam tiga kategori: privasi, utiliti dan kemudahalihan.

Keselamatan dan Privasi

Keselamatan dan Privasi Firefox Brave
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Ya
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Ya
Menyekat pengesan sosial Ya Ya

Pelayar Brave, sama seperti yang lain, dibina atas kod Chromium sumber terbuka oleh Google. Sumber terbuka bermaksud sesiapa sahaja boleh menggunakan kod sumber tersebut dan bertenggek untuk membina apa sahaja yang mereka mahu — seperti pelayar Opera dan Edge. Namun, itu tidak bermaksud bahawa semua pelayar berasaskan Chromium sama atau ia sendiri satu sumber terbuka.

Brave membezakan dirinya daripada pelayar Chromium yang lain dengan memberi tumpuan kepada privasi pengguna — khususnya dengan menyekat penjejak, skrip dan iklan secara lalai. Oleh itu, apabila anda menggunakan pelayar Brave, kawasan laman web yang biasanya memaparkan iklan akan muncul sebagai ruang kosong. Dalam sesetengah keadaan, halaman tidak dimuatkan dengan betul, yang akan memerlukan anda memilih pelayar lain atau membalikkan tetapan 'Shields Up' kepada 'Shields Down' yang akan mematikan perlindungan privasi dan keselamatan.

Internet secara keseluruhannya dibiayai oleh iklan paparan, yang menjadikan kandungan sebenar yang ingin anda tonton percuma. Brave telah berusaha untuk menaikkan model ini dengan menggalakkan penggunanya memilih sistem ganjaran Brave sendiri, yang realitinya, ialah platform iklannya sendiri. Setelah pengguna memilih masuk, Brave akan memaparkan sesuatu yang mereka panggil "iklan yang menghormati privasi", yang membolehkan anda melihat dan memperoleh sesuatu yang mereka namakan Basic Attention Token ataupun BAT. Dari sini, pengguna Brave boleh memilih untuk menggunakan BAT mereka bagi menyokong laman web atau penyumbang individu yang mereka sukai, yang kemudiannya akan dapat menukar BAT menjadi mata wang sebenar.

Sama ada ini kedengaran rumit atau kedengaran seperti idea yang hebat, mungkin bergantung pada tahap kebencian anda terhadap iklan paparan di internet. Kebanyakan pengguna internet memahami bahawa kandungan yang baik perlu dibayar dan dapat menerima fakta bahawa wang itu diperolehi daripada iklan.

Dari sudut yang lain pula, kami lebih suka membuat perkara menjadi mudah dengan pelayar Firefox. Firefox menyekat banyak penjejak pihak ketiga, pelombong kripto dan penjejak pengecapan jari daripada mengekori anda secara lalai. Namun begitu, Firefox, di luar daripada Mod Pelayaran Peribadi, memilih untuk tidak menyekat paparan iklan daripada muncul. Maksudnya, melainkan anda memasang salah satu sambungan yang direka khas untuk tujuan tersebut .

Terdapat beberapa ciri keselamatan di Brave yang patut disebutkan, seperti naik taraf sambungan HTTPS automatiknya (yang juga ditawarkan oleh Firefox melalui sambungan). Kedua-dua Brave dan Firefox menawarkan pengurus kata laluan natif kepada pengguna dan kebolehan untuk memeriksa statistik keselamatan pada bila-bila masa. Brave memaparkan statistik seperti bilangan penjejak yang disekat setiap kali anda membuka tab baru. Firefox memaparkan maklumat yang serupa semasa anda melihat laporan privasi anda yang boleh diakses pada bila-bila dengan mengklik perisai pada bar alamat.

Faktor terpenting di sini ialah, walaupun model pulangan Brave dengan Basic Attention Token mungkin terlalu rumit bagi ramai pengguna, secara keseluruhannya kedua-dua pelayar Brave dan Firefox menawarkan pelbagai cara untuk menikmati pengalaman melayari internet yang selamat dan peribadi.

Muat turun Firefox Browser

Utiliti

Utiliti Firefox Brave
Sekatan main automatik Ya Ya
Pelayaran tab Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya
Teks ke ucapan Ya Tidak
Mod pembaca Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Ya
Ciri tangkap skrin dalam pelayar Ya Ya

Sesuatu yang mungkin mengejutkan sesetengah pengguna baru Brave adalah betapa cepatnya halaman dimuatkan dalam pelayar. Sebab untuk masa pemuatan yang pantas ini ialah halaman dimuatkan dengan lebih cepat apabila anda menyekat semua iklan padanya. Secara ringkasnya, kurang pemuatan maka kuranglah pengambilan masa.

Dari segi penggunaan RAM berharga yang sebenarnya, Brave jauh lebih berat berbanding Firefox. Brave didatangkan pramuat dengan pelbagai ciri dan "add-ons" yang dapat dikaitkan dengan penggunaan RAM yang lebih banyak. Sebaliknya, Firefox membolehkan anda menentukan sambungan tambahan yang ingin dipasang.

Penyesuaian elemen UI dan tema telah lama menjadi ciri kegemaran para pengguna Firefox dan komuniti pembangun kami yang amat dedikasi telah mewujudkan sebuah pustaka besar tambahan dan sambungan sumber terbuka yang membolehkan lebih banyak lagi pemperibadian dan fungsian. Ciri-ciri yang disertakan dengan Firefox semasa anda memuat turun termasuklah alatan tangkap skrin yang hebat, ciri ketercapaian dan integrasi dengan Pocket — sumber yang membolehkan pengguna menyimpan artikel dengan cepat untuk dibaca kemudian pada mana-mana peranti.

Brave juga menyokong pustaka besar sambungan yang tersedia di gedung web Google Chrome dan menawarkan pelbagai ciri dalam pelayar seperti program Ganjaran Brave yang disebutkan di atas serta sokongan untuk memuat turun torrent dalam pelayar.

Muat turun Firefox Browser

Kemudahalihan

Kemudahalihan Firefox Brave
Ketersediaan OS Ya Ya
Ketersediaan OS mudah alih Ya Ya
Keselarasan dengan mudah alih Ya Ya
Pengurusan kata laluan Ya Ya
Kata laluan utama Ya Tidak

Keupayaan untuk menyelaraskan kata laluan, sambungan, data bentuk, tambahan dan pilihan lain ke semua peranti dan sistem operasi anda ialah ciri yang telah lama tersedia dengan Firefox. Data yang diselaraskan juga dienkripsi, yang bermaksud tidak ada sesiapa yang dapat mengaksesnya dari luar.

Pelayar Firefox juga memberikan keupayaan kepada pengguna untuk mendaftar bagi mendapatkan Firefox Account secara percuma. Memiliki akaun Firefox merupakan kunci kepada membuka penyelarasan pada semua peranti. Anda juga akan mendapat kebaikan tambahan produk seperti Firefox Monitor yang memantau alamat e-mel anda dan memberi amaran kepada anda jika ada antara maklumat anda terlibat dalam apa-apa kebocoran data yang diketahui.

Brave juga baru-baru ini memperoleh keupayaan untuk menyelaraskan data ke seluruh sistem operasi dan peranti yang paling popular, serta kemampuan tambahan untuk menyelaraskan Basic Attention Tokens anda.

Muat turun Firefox Browser

Penilaian Keseluruhan

Apabila pelayar Firefox dan Brave dibandingkan, kedua-duanya menawarkan tahap privasi dan keselamatan yang sofistikated secara lalai, tersedia secara automatik sejak pertama kali anda membukanya.

Idea kelainan pengiklanan Brave ialah perubahan kepada model sekarang pada peletakan iklan berbayar dan carian berbayar. Namun sekali lagi, sesetengah pengguna internet yang sibuk mungkin tidak mahu terlalu terlibat dengan pengurusan mikro pembayaran kepada laman web sebagai pertukaran bagi masa dan perhatian mereka.

Secara keseluruhan, Brave ialah pelayar yang pantas dan selamat yang akan mempunyai daya tarikan khusus kepada pengguna mata wang kripto. Akan tetapi, bagi sebilangan besar warga internet, Firefox tetap merupakan penyelesaian yang lebih baik dan lebih sederhana.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) | Brave (1.14.81)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.