Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Perbandingan Firefox Browser dengan Google Chrome

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Pada tahun 2008, Google telah memperkenalkan Chrome dan impaknya sebagai inovasi dalam teknologi pelayar berlaku dengan segera. Ia lebih pantas memuatkan laman web, menggunakan ruang skrin yang minimum dan menawarkan antara muka pengguna yang amat mudah.

Kita percepatkan ke hari ini, landskap persaingan untuk pelayar telah berubah. Ramai orang mula mempersoalkan apakah yang berlaku pada data dalam talian mereka seperti sejarah pelayaran, kata laluan serta maklumat sensitif yang lain. Banyak yang telah berubah sejak tahun 2008 apabila Chrome muncul dalam arena ini. Di Firefox, kami terus berusaha untuk mereka bentuk semula antara muka kami dan menyediakan bilangan privasi serta peningkatan prestasi yang berterusan berkembang kepada pengguna yang automatik secara lalai, serta banyak lagi alatan pelayar yang berguna.

Dan di sinilah kita sekarang, perang pelayar meningkat sekali lagi dan tiba masanya untuk kita menilai semula dan membandingkan Firefox Browser vs Google Chrome.

Keselamatan dan Privasi

Keselamatan dan Privasi Firefox Chrome
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Tidak
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Tidak
Menyekat pengesan sosial Ya Tidak

Di Firefox, kami mempunyai jumlah pengguna besar yang menghargai dedikasi kami bagi privasi dalam talian. Contohnya, versi terkini Firefox merangkumi ciri yang dinamakan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan (ETP) yang dihidupkan secara lalai untuk pengguna di seluruh dunia. ETP menyekat lebih 2000 penjejak, termasuk penjejak sosial daripada Facebook, Twitter dan LinkedIn. Ia juga memiliki ciri bersepadu yang dinamakan Mozilla Monitor yang memberitahu anda secara automatik jika kata laluan anda telah diceroboh atau perlu dikemas kini. Sebagai tambahan kepada perlindungan ini, mod Pelayaran Peribadi dalam Firefox akan memadamkan maklumat pelayaran anda secara automatik seperti sejarah dan kuki, tanpa meninggalkan jejak setelah anda menamatkan sesi.

Baru-baru ini, kami juga telah menyatakan semula komitmen kami terhadap privasi dan ketelusan berkenaan data pengguna dalam Notis Privasi terbaru kami yang menyatakan, "Di Mozilla, kami percaya bahawa privasi adalah asas kepada internet yang sihat."

Google Chrome, menurut semua laporan yang ada, merupakan pelayar yang selamat, dengan ciri seperti Pelayaran Selamat Google, yang membantu melindungi pengguna dengan memaparkan peringatan yang mustahil untuk tidak dilihat ketika mereka cuba menavigasi ke laman web berbahaya atau memuat turun fail berbahaya.

Sebenarnya, kedua-dua Chrome dan Firefox mempunyai keselamatan yang ketat. Kedua-duanya mengandungi sesuatu yang dipanggil "sandboxing" yang memisahkan proses pelayar agar benda-benda seperti laman web berbahaya tidak menjangkiti bahagian lain komputer riba anda atau peranti anda yang lain.

Walaupun Chrome terbukti sebagai pelayar web yang selamat, rekod privasinya dipersoalkan. Google sebenarnya mengumpulkan sejumlah besar data daripada penggunanya termasuk lokasi, sejarah carian dan lawatan ke laman web dan ini membimbangkan. Google mempertahankan ideanya untuk mengumpulkan data dengan berkata bahawa itu bertujuan untuk meningkatkan perkhidmatan – contohnya membantu anda mencari sweater atau kedai kopi seperti yang pernah anda beli atau pernah anda kunjungi. Namun, orang mungkin tidak setuju. Mereka menyatakan bahawa Google sebenarnya mengumpulkan sejumlah data, yang belum pernah terjadi sebelum ini, untuk tujuan pemasarannya sendiri. Mereka mengatakan bahawa mereka merahsiakan maklumat anda daripada penggodam, tetapi itu tidak relevan. Google sendiri menjalankan rangkaian pengiklanan terbesar di dunia yang sebahagian besarnya merupakan data yang mereka perolehi daripada pengguna mereka.

Pada akhirnya, terpulang kepada anda untuk menentukan sama ada anda hendak atau tidak berkongsi ataupun mengehadkan perkongsian hal-hal seperti sejarah carian dan sejarah membeli-belah anda. Namun demikian, jika anda seperti kebanyakan orang lain, anda mungkin telah mencari beberapa perkara di internet yang lebih suka anda rahsiakan.

Muat turun Firefox Browser

Utiliti

Utiliti Firefox Chrome
Sekatan main automatik Ya Tidak
Pelayaran tab Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya
Teks ke ucapan Ya Tidak
Mod pembaca Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Ya
Ciri tangkap skrin dalam pelayar Ya Tidak

Dari segi ciri, kedua-dua Firefox dan Chrome menawarkan pustaka sambungan dan plugin yang besar, dengan katalog Chrome jauh lebih banyak daripada pelayar lain sambil berintegrasi baik dengan perkhidmatan Google yang lain, seperti Gmail dan Dokumen Google.

Walaupun tidak seluas pustaka tambahan Chrome, Firefox, sebagai perisian sumber terbuka dengan ramai penyumbang aktif, juga menampilkan bilangan sambungan berguna yang luar biasa banyaknya.

Firefox juga mempunyai ciri penyelarasan untuk melihat tab terbuka dan terkini, sejarah pelayaran dan tandabuku pada semua peranti anda.

Walaupun Chrome diakui mempunyai banyak tambahan dan sambungan, Firefox mempunyai set ciri terbina dalam yang disusun dengan baik. Contohnya alatan syot skrin yang amat mudah digunakan serta ciri mod membaca yang melucutkan semua yang ada pada halaman kecuali teks daripada artikel yang sedang dibaca.

Jika anda biasa membuka banyak tab sekali gus, maka anda perlu benar-benar bergantung pada pilihan UI anda. Firefox menampilkan tatal mendatar pada semua tab terbuka anda dan bukannya terpaksa menjadikannya semakin kecil setiap kali tab baru dibuka. Google Chrome lebih suka mengecilkan tab supaya hanya favicon yang dapat dilihat. Satu-satunya masalah dengan ini ialah, apabila anda membuka banyak tab daripada laman web yang sama, anda akan melihat favicon yang sama pada semua tab.

Berkenaan penyesuaian pula, peminat kami akan memberitahu anda salah satu perkara yang paling mereka gemari mengenai pelayar kami, iaitu kemampuan untuk membolehkan anda memindahkan dan mengatur sebahagian besar elemen UI yang paling sesuai dengan keperluan anda. Chrome membolehkan anda menyembunyikan elemen UI tertentu tetapi tiada banyak peruntukan, jika ada, untuk memindahkan benda-benda berdasarkan keutamaan anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa kedua-dua Chrome dan Firefox memudahkan anda mengubah penampilan dan tema pelayar anda.

Muat turun Firefox Browser

Kemudahalihan

Kemudahalihan Firefox Chrome
Ketersediaan OS Ya Ya
Ketersediaan OS mudah alih Ya Ya
Keselarasan dengan mudah alih Ya Ya
Pengurusan kata laluan Ya Ya
Kata laluan utama Ya Tidak

Mungkin tidak perlu disebut lagi, kedua-dua versi Firefox dan Chrome tersedia untuk sistem operasi desktop dan peranti mudah alih yang paling popular (Windows, macOS, Linux, Android, iOS).

Chrome dan Firefox juga membolehkan anda menyelaraskan perkara seperti kata laluan, tandabuku dan membuka tab pada kesemua peranti anda. Biarpun begitu, Firefox mempunyai keselamatan tambahan iaitu kata laluan utama yang menyimpan semua log masuk dan kata laluan di bawah satu set mangga dan kunci tambahan. Jika anda mempunyai akaun Firefox, anda boleh mengirim tab terbuka pada desktop anda secara manual ke peranti mudah alih dan begitu juga sebaliknya. Dengan Chrome, ini akan dilakukan secara automatik jika anda memilih tetapan tersebut dalam keutamaan anda. Mudah jika anda tidak perlu menghantar tab secara manual daripada satu peranti kepada peranti yang lain apabila anda ingin melakukan sesuatu, seperti terus membaca artikel yang belum anda selesaikan sebelumnya. Tetapi ada kalanya penyelarasan automatik mungkin tidak sesuai jika ada kemungkinan yang ramai pengguna melayari semasa mereka log masuk ke akaun Google anda.

Muat turun Firefox Browser

Penilaian Keseluruhan

Kami rasa adil untuk kami katakan bahawa Firefox dan Chrome benar-benar setara dari segi kemudahalihan dan utiliti, dengan Chrome mempunyai sedikit kelebihan dalam utiliti kerana pustaka ciri sambungan dan tambahan yang besar. Tetapi dari segi Privasi, Firefox tetap menang melalui komitmen kami untuk memelihara data dalam talian pengguna dan menyediakan perkhidmatan gabungan percuma seperti pengurus kata laluan yang juga memberi amaran kepada anda sekiranya berlaku kebocoran data yang melibatkan kelayakan anda.

Untuk tujuan praktikal, jelas sekali tidak ada yang menghalangi anda untuk menggunakan kedua-dua pelayar ini — Firefox untuk momen dalam kehidupan anda ketika privasi amat penting, manakala Chrome jika anda masih ingin terus setia dalam ekosistem Google. Namun dengan semakin banyaknya penyerangan ke dalam data peribadi kita, Firefox mungkin terbukti menjadi pilihan yang tepat dalam jangka panjang bagi kita yang menghargai perlindungan privasi peribadi dalam talian.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) | Chrome (85)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.