Mozilla VPN Notis Privasi

Di Mozilla, kami menghasilkan produk dengan mengambil kira privasi anda.

Mozilla VPN melindungi sambungan internet peranti anda. Mozilla bekerjasama dengan Mullvad untuk menyulitkan trafik internet anda secara peribadi dan selamat.

Notis privasi ini menerangkan jenis data Mozilla VPN kumpul, kongsi, dan tujuannya. Kami juga mematuhi Dasar Privasi Mozilla untuk cara kami menerima, menangani, dan berkongsi maklumat.

Perkara yang perlu anda ketahui:

Maklumat yang kami kumpul

Maklumat Akaun Firefox. Perkhidmatan ini memerlukan Akaun Firefox, yang menghantar alamat e-mel anda ke Mozilla VPN, lokasi, dan alamat IP. Ketahui lebih lanjut tentang amalan data Akaun Firefox.

Maklumat lokasi. Mozilla VPN menerima alamat IP anda dari Akaun Firefox apabila anda mendaftar dan menggunakan perkhidmatannya. Kami menggunakan alamat IP untuk menganggarkan lokasi anda kerana Mozilla VPN hanya tersedia di sesetengah negara pada masa ini.

Data interaksi. Mozilla menerima data tentang interaksi anda dengan Mozilla VPN, termasuk apabila anda log masuk dan bila anda meminta senarai pelayan.

Data teknikal. Mozilla menerima maklumat asas daripada Mozilla VPN tentang versi VPN yang dipasang dan peranti yang ia dipasangkan, termasuk sistem operasi dan konfigurasi perkakasan. Apabila Mozilla VPN menghantar data kepada kami, alamat IP anda dikumpul untuk sementara sebagai sebahagian daripada log pelayan kami.

Sila baca dokumen pengumpulan data teknikal dan interaksi di sini. Kami menggunakan data tersebut untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan untuk pengguna kami, dan untuk menilai prestasi Mozilla VPN.

Maklumat yang kami kongsi

Mozilla VPN berkongsi data dengan pihak ketiga tertentu untuk menyediakan perkhidmatan kepada anda. Mozilla mempunyai perjanjian bertulis dengan syarikat-syarikat ini yang mewajibkan mereka untuk melindungi maklumat anda secara kontrak. Syarikat-syarikat yang kami bekerjasama:

Mullvad. Mullvad menerima trafik internet anda untuk menyediakan perkhidmatan tersebut. Apabila anda aktifkan Mozilla VPN, ia akan menyulitkan trafik internet anda dan hantar kepada Mullvad. Mullvad telah berjanji untuk tidak log sebarang data yang ia terima. Ketahui lebih lanjut di Dasar Privasi Mullvad.

Stripe. Mozilla gunakan Stripe untuk memproses maklumat pembayaran anda. Mozilla menerima rekod langganan anda dan maklumat tentang status akaun langganan dan pembayaran anda. Mozilla tidak akan menerima atau menyimpan butiran pembayaran anda. Anda boleh ketahui amalan data Stripe lebih lanjut dengan membaca Dasar Privasi Global mereka.

Soalan tentang data privasi?

Kebanyakan maklumat yang kami simpan tentang pengguna Akaun Firefox kami boleh diakses secara mudah dengan log masuk ke akaun anda. Ketahui lebih lanjut cara untuk menguruskan data anda di sini. Untuk membuat permintaan, sila hubungi kami melalui Portal Permintaan Akses Subjek Data kami.

Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain tentang amalan privasi kami, sila hubungi kami di compliance@mozilla.com.

Kami akan menjawab semua permintaan yang diterima dari individu yang ingin melaksanakan hak perlingungan data mereka yang selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.

Sila lawati forum kami untuk mendapat bantuan sokongan berkaitan VPN umum.