Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Perbandingan Firefox Browser dengan Microsoft Internet Explorer

Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Walaupun Microsoft Internet Explorer datang siap terpasang pada kebanyakan PC berasaskan Windows, jelas bahawa Microsoft lebih suka anda menggunakan pelayar Edge mereka, yang ditetapkan sebagai lalai ketika anda membeli produk.

Microsoft menghentikan jenama Internet Explorer mereka beberapa tahun lalu, bagi memberi laluan kepada pelayar Edge yang dikemas kini untuk Windows 10. Walau bagaimanapun, penggunaan Edge yang perlahan telah mewujudkan ruang untuk Internet Explorer terus bertahan, terutamanya atas sebab keserasian perniagaan.

Di sini kami akan membandingkan Firefox Browser kami dengan Internet Explorer dari segi keselamatan, utiliti dan kemudahalihan. Kami akan membantu anda memahami perbezaan antara pelayar moden seperti Firefox yang mematuhi piawaian web dengan pelayar yang mungkin anda gunakan untuk tujuan perniagaan atau kerana kebiasaan lama yang sukar dihapuskan.

Keselamatan dan Privasi

Keselamatan dan Privasi Firefox Internet Explorer
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Ya
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Tidak
Menyekat pengesan sosial Ya Tidak

Jika anda belum beralih daripada menggunakan Internet Explorer, faktor risiko keselamatan sahaja sudah cukup untuk meyakinkan anda. Ketua keselamatan Microsoft sendiri telah memberi amaran kepada berjuta orang yang berterusan menggunakan Internet Explorer sebagai pelayar web utama mereka bahawa mereka meletakkan diri mereka dalam "bahaya."

Microsoft tidak lagi menyokong pembangunan baru Internet Explorer, yang bermaksud masalah keselamatan kian menjadi-jadi. Microsoft secara terbuka mengakui hakikat bahawa pada dasarnya kerentanan ada dalam setiap versi Internet Explorer.

Oleh itu, apakah penyelesaiannya sekiranya syarikat anda menjalankan aplikasi legasi yang hanya berfungsi di Internet Explorer? Nasihat kami, jangan campurkan perniagaan dengan keseronokan. Kami amat mengesyorkan penggunaan sambungan Sokongan Pelayar Legasi untuk Windows. Sambungan ini membolehkan pengguna membuka set URL yang telah ditentukan di Internet Explorer secara automatik dan bertukar semula ke Firefox apabila menavigasi ke domain lain.

Muat turun Firefox Browser

Utiliti

Utiliti Firefox Internet Explorer
Sekatan main automatik Ya Tidak
Pelayaran tab Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya
Teks ke ucapan Ya Ya
Mod pembaca Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Ya
Ciri tangkap skrin dalam pelayar Ya Tidak

Yang membimbangkan, 4 hingga 5% daripada semua lalu lintas web desktop datang daripada Internet Explorer dan maklumat ini ialah maklumat 2019. Mungkin tidak nampak banyak, tetapi realitinya membawa maksud berjuta-juta orang dilayan dengan pengalaman internet yang buruk dengan masa memuat dan masa hurai yang lambat dan halaman yang tidak dipaparkan dengan betul — semuanya merupakan tambahan kepada isu keselamatan yang telah dibincangkan.

Sesungguhnya satu-satunya sebab untuk menggunakan Internet Explorer adalah untuk pembangun menguji rupa laman web mereka pada pelayar yang lebih lama ataupun jika syarikat mempunyai aplikasi penting perniagaan yang hanya berfungsi dengan pelayar Internet Explorer.

Pada sisi yang lain, Firefox ialah satu daripada pelayar yang paling kerap dikemas kini dan sarat dengan pelbagai ciri berguna dan menarik, seperti Pocket yang mengesyorkan kandungan menarik setiap kali anda membuka tab baru. Bar gabungan carian dan alamat web kami, atau yang kami panggil Quantum Bar, juga memberikan anda cadangan berdasarkan tandabuku dan tag sedia ada, sejarah, tab terbuka dan carian popular anda. Dan dengan akaun Firefox percuma, anda juga akan diberikan akses kepada semua tetapan dan produk Firefox kami yang lain pada mana-mana peranti hanya dengan mendaftar masuk. Sebagai tambahan, anda turut akan mendapat ketenangan minda kerana anda tahu pelayar anda berfungsi secara proaktif untuk melindungi data peribadi anda.

Muat turun Firefox Browser

Kemudahalihan

Kemudahalihan Firefox Internet Explorer
Ketersediaan OS Ya Tidak
Ketersediaan OS mudah alih Ya Tidak
Keselarasan dengan mudah alih Ya Tidak
Pengurusan kata laluan Ya Ya
Kata laluan utama Ya Tidak

Oleh sebab Microsoft telah mengambil langkah menamatkan pelayar Internet Explorer, ia tidak lagi menyokong apa-apa versi untuk iOS dan tidak pernah tersedia untuk Android. Maksudnya, melainkan anda menjalankan komputer riba atau desktop berasaskan Windows, anda tidak akan mempunyai akses kepada tandabuku, sejarah pelayaran, kata laluan yang disimpan dan maklumat lain yang diselaraskan oleh pelayar moden pada semua peranti anda.

Firefox berfungsi pada mana-mana platform, termasuk Windows, macOS, Linux, Android dan iOS. Yang juga bermaksud anda boleh menyelaraskan semua maklumat anda di seluruh platform. Jadi, jika anda melayari internet pada komputer riba berasaskan Windows, anda boleh kembali ke tempat anda berhenti apabila anda beralih untuk melayari pula pada peranti iPhone atau Android anda. Kemudahan ini sepatutnya menjadi standard dengan mana-mana pelayar moden, namun mengecewakan sekali tidak ada pada Internet Explorer.

Muat turun Firefox Browser

Penilaian Keseluruhan

Tidak lama dahulu, Internet Explorer merupakan pelayar yang paling popular dan paling banyak digunakan di dunia. Masa telah berubah dan begitu juga dengan teknologi, tetapi sayangnya Internet Explorer masih tetap sama. Microsoft sendiri secara terbuka meminta pengguna untuk berhenti menggunakan Internet Explorer dan sebaliknya beralih ke pelayar Edge berasaskan Chromium mereka yang lebih baru.

Pendapat kami, gunakan saja pelayar peribadi yang dipercayai dengan rekod prestasi yang baik dalam memberikan pengalaman hebat pada semua peranti. Dalam perbandingan satu lawan satu, tidak ada tentangan pun yang diberikan. Tidak dinafikan lagi, Firefox ialah pemenang dalam semua kategori penilaian. Jika anda berada di rumah Nana yang sedang meranapkan Internet Explorer, mungkin anda boleh membantunya dengan memuat turun Firefox.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (81) | Internet Explorer (11)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.