Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Facebook. Terbendung rapi. Simpan sebahagian lagi kehidupan anda untuk diri sendiri.

Dapatkan Sambungan Facebook Container

Muat turun Firefox dan dapatkan Sambungan Facebook Container

Pada masa ini, Sambungan Facebook Container hanya tersedia kepada Firefox untuk Desktop.

Kunjungi www.mozilla.org/firefox/new/ bagi mendapatkan Firefox untuk Desktop.

Dapatkan Firefox untuk Android dan iOS sekarang.

Pilih keluar daripada terma anda

Facebook boleh menjejak hampir semua aktiviti web anda dan mengaitkannya dengan identiti Facebook anda. Jika anda rasa itu keterlaluan, sambungan Facebook Container akan memencilkan identiti anda ke dalam tab bekas berasingan, menjadikannya lebih sukar bagi Facebook untuk menjejak anda di web luar daripada Facebook.

Pasang dan bendung

Pemasangan sambungan itu mudah saja dan setelah diaktifkan, ia akan membuka Facebook dalam tab biru setiap kali anda menggunakannya. Gunakan dan nikmati Facebook seperti biasa. Facebook akan masih boleh menghantar pengiklanan dan pengesyoran kepada anda pada laman mereka namun akan lebih sukar untuk Facebook menggunakan aktiviti anda yang dikumpulkan di luar Facebook untuk menghantar iklan dan mesej disasarkan yang lain.

Perihal Firefox dan Mozilla

Kami disokong oleh Mozilla, organisasi bukan untung yang mengutamakan orang berbanding keuntungan untuk memberi lebih banyak kuasa dalam talian kepada semua orang. Kami mencipta sambungan ini kerana kami percaya bahawa anda perlu mempunyai alatan yang mudah digunakan, yang akan membantu anda menguruskan privasi dan keselamatan.

Layari dengan bebas bersama Firefox hari ini.