Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Mozilla melindungi privasi anda bagi setiap produk.

Firefox Browser

2,000+ penjejak disekat — secara automatik

Penjejakan telah menjadi wabak dalam talian: syarikat mengekori setiap langkah, setiap klik dan setiap pembelian, mengumpulkan data untuk meramalkan dan mempengaruhi perkara yang akan anda lakukan seterusnya. Bagi kami, itu pencerobohan privasi yang menjijikkan. Oleh sebab itulah pelayar Firefox mudah alih dan desktop menghidupkan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan secara lalai.

Jika anda ingin melihat apakah yang disekat oleh Firefox untuk anda, kunjungi halaman ini pada pelayar desktop Firefox anda.

Lihat apakah yang disekat oleh Firefox untuk anda

Dapatkan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan

Kemas kini pelayar Firefox anda

  • Tidak dapat dilihat oleh penjejak teratas

    Temui empat kategori penjejak yang paling biasa — yang tidak mahu menemui anda.

  • Sentiasa dalam kawalan anda

    Ingin menyesuaikan perkara yang disekat? Tetapan anda hanya memerlukan satu klik.

  • Perlindungan yang menewaskan penjejakan

    Jika anda mempunyai Akaun Mozilla, anda juga dapat melihat cara kami membantu anda melindungi maklumat dan kata laluan peribadi anda.

Mozilla Monitor

Apabila anda memasukkan alamat e-mel anda di Mozilla Monitor, kami akan segera melupakannya setelah kami memeriksa padanan dalam kebocoran data yang diketahui — melainkan anda mengizinkan kami untuk terus memantau kebocoran baru bagi maklumat peribadi anda.

Periksa jika ada kebocoran

Mozilla VPN

Layari, strim dan selesaikan tugasan anda pada pelayan di lebih 30 negara untuk sambungan internet yang selamat dengan perspektif baru.

Dapatkan Mozilla VPN

Pocket

Pocket mengesyorkan artikel berkualiti tinggi dan dibuat oleh manusia tanpa mengumpulkan sejarah pelayaran anda atau berkongsi maklumat peribadi anda dengan pengiklan.

Dapatkan Pocket

Akaun Mozilla anda

Semua maklumat yang diselaraskan melalui Akaun Mozilla anda — daripada sejarah pelayaran hinggalah kata laluan — dienkripsi. Dan kata laluan akaun anda merupakan satu-satunya kunci.

Bawa privasi dan tandabuku anda ke mana sahaja dengan Akaun Mozilla.

Masukkan e-mel anda untuk mendaftar satu Akaun Mozilla.

Dengan meneruskan, anda bersetuju dengan Syarat Perkhidmatan dan Notis Privasi .

Baca Notis Privasi untuk produk kami