Soalan Lazim

Apakah projek utama Mozilla untuk tahun hadapan?

Produk perdana kami, iaitu pelayar web Firefox, sedang dan akan terus menjadi batu asas yang memacu masa hadapan Web dan memajukan misi Mozilla. Firefox untuk Android adalah pelayar web mudah alih yang mendapat pengkadaran hitung panjang semasa 4.5-bintang dalam Google Play.

Firefox OS adalah operasi sistem terulung pertamanya untuk peranti mudah alih, menghantar sekuriti privasi yang sama, kustomisasi dan kawalan pengguna yang boleh didapati daripada pelayar web Firefox. Mozilla telah dibina dengan teknologi dan APIs untuk menjadikan Web lebih kaya dan boleh didapati pelbagai platform industri mudah alih. Dengan sokongan rakan kongsi dihormati daripada pelbagai ekosistem mudah alih, telefon Firefox OS sekarang telah dijual dalam 10 pasaran secara global (daripada pertengahan bulan November 2013), dan Mozilla akan menyambung ia untuk memantapkan pembangunan dan penerimaan semua.

Dengan program Mozilla Webmaker, kami menyasarkan untuk menggerakan berjuta pengguna beralih daripada pengguna Web kepada pencipta Web secara aktif yang akan membina pengalaman pelayaran yang bermakna. Hasrat kami adalah untuk mencipta planet literasi-Web melalui alatan dan program pembelajaran yang penuh daya kreativiti untuk semua peringkat umur.

Bagaimanakah anda mengukur kejayaan?

Di Mozilla, kami mengukur kejayaan dengan tahap kami memperbaiki keupayaan Web dan menggalakan minat pengguna dan pembangun. Kami berjaya setelah kami dapat membangunkan produk yang diminati ramai orang, dan apabila organisasi lain menerima pakai sifat dan ciri-ciri yang kami ambil berat menjadi produk saingan.

Tidak seperti pesaing besar kami, Mozilla mencapai kejayaan dengan membantu lebih ramai orang untuk membuat pilihan perisian yang mereka mahu gunakan, tahap penglibatan yang mereka mahu dalam talian, dan cara mengambil bahagian dalam membina Internet yang lebih baik. Apabila kami melihat perkembangan dalam komuniti penyumbang, lokalisasi perisian, dan pasaran pelayar yang kompetitif, sebagai contoh, kami tahu bahawa kami maju ke arah mencapai matlamat kami.

Berapa jumlah pendapatan Mozilla bagi tahun 2012?

Pendapatan gabungan Mozilla yang dilaporkan (Yayasan Mozilla dan semua anak syarikat) bagi 2012 adalah $311J (US), naik kira-kira 90 peratus daripada $163J pada tahun 2011.

Bagaimana Mozilla menjana pendapatan?

Majoriti pendapatan Mozilla dihasilkan daripada carian dan fungsi perdagangan yang termasuk di dalam produk Firefox melalui rakan carian terbesar termasuk Google, Bing, Yahoo, Yandex, Amazon, Ebay dan lain-lain. Pendapatan Mozilla yang dilaporkan juga termasuk sumbangan dan geran penting individu dan korporat, yang berkembang secara mendadak, begitu juga pendapatan dalam bentuk asset yang boleh dilaburkan.

Adakah anda sedang meneroka peluang perkongsian untuk mempelbagaikan aliran pendapatan?

Kami sini mempunyai beberapa rakan perniagaan utama dan sedang aktif merintis peluang perkongsian baru juga lain-lain peluang potensi keuntungan. Kami akan terus membina produk hebat yang akan membantu pengguna menikmati kemewahan Internet, dan kami yakin yanag ini akan membenarkan kami untuk mengenalpasti sumber pendapatan yang wajar yang dapat membantu kedua-dua misi dan pengguna kami.

Sebahagian projek utama Yayasan Mozilla, seperti Lightbeam, telah menerima geran daripada organisasi seperti Yayasan Ford.

Keuntungan daripada Google telah menaik secara signifikasi sejak 2011. Apa yang berubah dengan hubungan tersebut?

Rakan kongsi carian kami telah direka sebagai kontrak multi-tahun. Dihujung setiap kontrak, Mozilla berunding harga pasaran semasa daripada pelbagai pembekal carian berdasarkan kepada semasa dan nilai akan datang dengan produk yang kami sediakan. Di penghujung 2011, Mozilla berunding sebuah perjanjian dengan Google berdasarkan peningkatan dan impak daripada pelayar Web Firefox desktop kami.

Bagaimana Mozilla membelanjakan kewangan?

Mozilla melaburkan dalam samada orang dan produk menjayakan misi kami untuk menjaga Web sentiasa terbuka dan untuk mengekalkan impak kami kepada landskap Internet. Kami meneruskan untuk menyimpan majoriti signifikasi daripada pembelanjaan kami pada teknolgi dan pembangunan, dan telah meningkatkan perbelanjaan kami dalam pemasaran barisan produk terkini. Setelah beberapa tahun, fokus pelaburan Mozilla telah bersignifikasi dalam bidang baru seperti produk mudah alih dan servis perawanan kami. Lebih tepat lagi, pelancaran pasaran daripada Firefox OS dan menaik taraf secara signifikasi bagi pelayar web Firefox untuk Android lebih menerajui impian kami membuka ekosistem mudah alih kepada pengguna dan pembangun Web diseluruh dunia.

Cukai kembali Mozilla dan dokumen kewangan daripada tahun sebelumnya boleh didapati pada laman ini.

Apakah status perkongsian dengan organisasi carian?

Kami masih ada perkongsian dengan beberapa penyedia carian yang berbeza mengikut pasaran. Pada Disember 2011, kami mengumumkan perjanjian baru dengan Google sebagai penyedia carian piawai untuk Firefox. Perjanjian baru ini memanjangkan hubungan carian jangka panjang kami dengan Google untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi. Terma spesifik perjanjian komersil ini tertakluk kepada keperluan kerahsiaan lazim, dan kami tidak dapat mendedahkannya.

Bagaimana Mozilla menjana duit dengan Firefox OS?

Peranti pertama Firefox OS telah dipasarkan pada Julai 2013, dalam peringkat pembangunan awal pasaran dan pemerolehan pengguna. Fokus Mozilla adalah untuk memberikan pegalaman yang bermutu dan membuatkan pembangun teruja, dan bukan untuk memperolehi hasil melalui Firefox OS pada masa ini.

Apa yang membuatkan anda terfikir yang anda dapat menembusi pasaran telefon pintar yang kini dikuasai oleh dua peneraju yang dominan?

Terdapat permintaan yang sangat tinggi dalam pasaran yang makin meningkat untuk teknologi telefon pintar dengan harga yang berpatutan tanpa subsidi kontrak karier jangka masa panjang. Dengan menggunakan teknologi web, Firefox OS dan aplikasinya satu layar lebih dekat kepada perkakasan, mengakibatkan lebih sedikit memori dan CPU diperlukan untuk mendapatkan prestasi yang tinggi. Hasilnya adalah sebuah pengalaman web yang diperolehi oleh ramai pengguna telefon pada masa hadapan, membolehkan pengguna membeli telefon pintar pertama mereka.

Firefox OS – dilancarkan dalam 10 pasaran dan makin meningkat – melangkah ke dalam ekosistem digital terbesar iaitu: web. Kami percaya bahawa Web merupakan platform terbaik untuk inovasi , jaringan, perkongsian dan untuk membina dunia yang kita mahukan.

Berapakah bilangan rakan kongsi pengendali yang Mozilla miliki untuk Firefox OS?

Mozilla telah mengumumkan sokongan untuk Firefox OS daripada 18 pengendali major diseluruh dunia: América Móvil, China Unicom, Deutsche Telekom, Etisalat, Hutchison Three Group, KDDI, KT, MegaFon, Qtel, SingTel, Smart, Sprint, Telecom Italia Group, Telefónica, Telenor, Telstra, TMN dan VimpelCom. Pada pertengahan bulan November 2013, telefon pintar Firefox OS dijual secara komersial melalui Telefónica dan Deutsche Telekom dalam 10 pasaran Latin Amerika dan pasaran Eropah.

Pengusaha manakah yang membina peranti Firefox OS?

Pada pertengahan November 2013, terdapat tiga jenis telefon Firefox OS dalam pasaran: iaitu ZTE Open, Alcatel One Touch Fire, dan LG Fireweb. Huawei juga telah membantu dalam pembuatan telefon pintar Firefox OS, dan Foxconn diumumkan pada Jun 2013 yang merancang untuk membina julat bagi peranti Firefox OS. Kami mensasarkan untuk mengumumkan penambahan sistem sokongan OEM sedikit masa lagi.

Bila dapat kami jangkakan akan melihat peranti dilancarkan di Amerika Syarikat?

Waktu pelancaran pasaran untuk telefon Firefox OS dijangka untuk pengguna U.S. ialah bergantung kepada operator dan rakan kongsi pengilang, dan kami secara aktif menjelajah peluang namun tidak punyai rancangan khusus untuk dikongsikan buat masa ini.

Apakan unjuran untuk perkembangan dalam 2013 bagi desktop, mudah alih, OS?

Kami tidak memberikan ramalan atau unjuran pada kali ini.

Mozilla telah menjadi lebih aktif dalam hal polisi. Adakah anda melobi sekarang?

Mozilla adalah tidak melakukan sebarang operasi melobi. Walau bagaimana, kami memilih pendirian secara baik apabila kebajikan daripada Web dan pengguna memihak ia.

Dalam isu berkaitan seperti SOPA/PIPA, CISPA, sejak kebelakangan ini, pemantauan kerajaan yang dicemari, Mozilla juga telah mengeluarkan pendapat mereka, bertujuan untuk mengajarkan pengguna dan mengambil langkah untuk memangkin tindakan dasar. Dalam kebanyakan isu yang melibatkan kepentingan , kami percaya pembelajaran, pendengaran dan dialog antara pemegang saham adalah penting untuk mencari penyelesaian. Mozilla telah memberi keterangan sebelum badan kerajaan dan menyediakan input kepada pelbagai agensi dan NGOs dalam memperkasakan Internet. Addon Firefox kami yang dikenali ramai. Lightbeam, disasarkan untuk mengajar pengguna akan hal-hal berkaitan privasi dalam kehidupan atas talian mereka.

Usaha Mozilla ini telah menyebabkannya tesenarai sebagai Syarikat Internet yang paling dipercayai untuk Privasi pada tahun 2012 , menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh Institut Ponemon.