64-bit

Firefox yang lebih selamat.

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Pengguna Windows 64-bit yang memuat turun Firefox boleh mendapat versi 64-bit kami secara lalai. Itu bermakna anda mendapat versi Firefox yang lebih selamat, versi yang kurang sekali mengalami ranap. Seberapa kurang? Dalam ujian kami setakat ini, Firefox 64-bit mengurangkan ranap sebanyak 39% pada mesin dengan RAM 4GB atau lebih.


Apakah perbezaan antara 32-bit dengan 64-bit?

Ini perkara penting yang perlu diketahui: aplikasi 64-bit boleh mengakses lebih banyak memori dan kurang berkemungkinan untuk ranap berbanding dengan aplikasi 32-bit. Juga, dengan lompatan daripada 32 ke 64 bit, ciri keselamatan yang dipanggil Address Space Layout Randomization (ASLR) akan berfungsi lebih baik untuk melindungi anda daripada penyerang. Pengguna Linux dan macOS, jangan bimbang, anda sudah pun menikmati Firefox yang dioptimumkan untuk 64-bit.

Bagaimana anda mendapat Firefox 64-bit?

Jika anda menjalankan Windows 64-bit (begini cara memeriksanya), Firefox anda mungkin sudah 64-bit. Periksa versi Firefox anda (dalam tetingkap "Perihal Firefox") dan cari “(32-bit)” atau “(64-bit)” selepas nombor versi:

  • Jika anda lihat "(32-bit)" dan anda menjalankan Firefox 56.0 atau lebih lama, mengemas kini ke versi Firefox terkini akan secara automatik menaikkan taraf anda ke 64-bit.
  • Jika anda lihat "(32-bit)" dan anda menjalankan Firefox 56.0.1 atau lebih baru, maka komputer anda mungkin tidak memenuhi keperluan memori minimum untuk 64-bit (RAM 3 GB atau lebih). Anda masih boleh memasang Firefox 64-bit secara manual, jika anda memilih begitu.
Jika anda perlu menjalankan Firefox 32-bit atau memasang Firefox 64-bit secara manual, anda boleh memuat turun dan menjalankan semula Windows (32-bit atau 64-bit) pemasang Firefox daripada halaman muat turun platform dan bahasa Firefox.

Kendalikan pelayar anda.

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.