Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Privasi, kepantasan dan keselamatan.

Cara memilih pelayar terbaik untuk anda.

Internet kini merupakan sesuatu yang asas sama seperti bekalan elektrik dan air. Oleh itu, memilih pelayar terbaik menjadi lebih penting daripada sebelumnya. Internet ialah pejabat kedua, guru dan kadang-kadang penasihat perubatan, walaupun doktor sebenar anda lebih suka jika anda tidak mencari maklumat tentang gejala anda dalam talian.


Pada pertengahan tahun sembilan puluhan, Netscape, Internet Explorer dan AOL telah menguasai landskap. Waktu dirasakan lebih sederhana, tatkala melodi indah dail internet berdering di sana sini. Anda belajar erti sabar ketika menunggu halaman web dimuatkan. Kepantasan pelayar sahaja yang penting pada masa itu.

Hari ini, kisahnya berbeza. Iklan, godam privasi, kebocoran keselamatan dan berita palsu mungkin membuatkan anda mencari kualiti lain pada pelayar. Bagaimanakah pelayar melindungi privasi anda? Adakah ia membenarkan penjejak mengekori anda di seluruh web? Adakah ia dibina untuk berfungsi berbilang tugas dan mengendalikan banyak operasi komputer dan internet sekali gus?

Jika anda tertanya-tanya tentang maksud mempunyai pelayar peribadi atau pantas, berikut ini pecahan tiga perkara yang perlu ada pada pelayar.

Pelayar yang dibina untuk kepantasan.

Pelayar masih lagi suatu alatan, jadi tentunya anda ingin memilih yang terbaik untuk menjalankan tugas. Jika anda manusia yang perlu bekerja untuk meneruskan kelangsungan hidup, anda memerlukan pelayar internet yang pantas. Satu perkara yang perlu diingat, pelayar yang menjalankan penjejak pihak ketiga berkemungkinan menjadi lebih lambat daripada pelayar yang tidak begitu. Penjejak pihak ketiga ialah kuki, yang walaupun tidak dapat dilihat, akan berjalan di latar belakang laman web dan mengambil masa berharga anda. Lebih banyak penjejak pihak ketiga disekat oleh pelayar, lebih pantas pelayar itu boleh berjalan.

Ini salah satu daripada banyak sebab untuk anda memilih pelayar Firefox: Firefox menyekat penjejak pihak ketiga secara lalai. Kami juga ada sebab lain dan itu akan diterangkan kemudian.

Pelayar yang mengutamakan keselamatan.

Masih ingat tentang kebocoran data besar-besaran yang terakhir berlaku? Jika tidak, mungkin sebab ia terlalu kerap berlaku. Syarikat menyimpan data pelanggan, seperti maklumat peribadi atau maklumat kewangan mereka dan penggodam mencuri maklumat tersebut. Jika anda mengutamakan keselamatan, maka pelayar internet yang selamat ialah pelayar yang terbaik untuk anda.

Terdapat beberapa cara pelayar boleh membantu penggunanya terus selamat. Pelayar yang dikemas kini dengan teknologi keselamatan terkini boleh membantu melindungi komputer dan laman web anda daripada pengunjung yang tidak diingini, seperti perisian hasad atau virus komputer.

Yang kedua ialah tidak menyimpan terlalu banyak data pengguna. Penggodam tidak boleh mencuri apa yang tiada dan itulah sebabnya Firefox hanya menyimpan sedikit maklumat tentang penggunanya. Firefox tahu sama ada anda menggunakan pelayar atau tidak dan juga lokasi umum anda tetapi bukannya nama haiwan kesayangan zaman kanak-kanak anda atau warna kegemaran anda.

Akhir sekali dan tidak kurang pentingnya, pelayar yang selamat sepatutnya menawarkan alatan untuk membantu anda mengawasi akaun anda. Fikirkan tentang amaran yang terus dihantar ke e-mel anda jika mana-mana akaun anda diceroboh atau ikon yang memberitahu anda sama ada satu-satu laman web itu dienkripsi atau tidak (contohnya, adakah bagus untuk memasukkan nombor kredit anda pada laman beli-belah).

Firefox menawarkan sesuatu yang baru untuk memastikan anda selamat: Firefox Monitor. Ia merupakan perkhidmatan percuma yang akan memberi anda amaran jika terdapat penggodaman awam pada akaun anda dan memberitahu anda jika akaun anda pernah digodam pada masa lalu. Satu lagi ciri yang mantap ialah Kunci Hijau. Ia kelihatan seperti ikon hijau kecil di sebelah kiri atas tetingkap pelayar. Jika anda menggunakan Firefox dan nampak kunci hijau tersebut, itu bermakna laman web telah dienkripsi dan selamat. Jika kunci berwarna kelabu, anda mungkin perlu fikir dua kali sebelum memasukkan apa-apa maklumat sensitif.

Pelayar yang menjaga urusannya sendiri.

Privasi di web ialah satu isu yang sering diperkatakan. Jika privasi diletakkan paling atas dalam senarai keutamaan anda, pastinya anda mahukan pelayar yang memandang serius hal tersebut. Semasa memilih pelayar peribadi yang terbaik untuk anda, lihat polisi penjejakan dan cara pelayar mengendalikan data anda. Ini nampak seperti soalan teknikal namun itulah sebabnya sesetengah pelayar lebih peribadi daripada yang lain.

Penjejak ialah mesej "kuki" yang menjengkelkan yang terdapat di laman web syarikat penerbangan. Penjejak pihak ketiga ini tahu tempat anda mengklik dan data itu boleh digunakan untuk menganalisis tingkah laku anda. Pelayar peribadi seharusnya memberi pilihan kepada pengguna untuk mematikan penjejak pihak ketiga, tetapi secara idealnya, mematikannya secara lalai.

Satu lagi cara untuk menghentikan penjejak daripada menjejaki anda ialah dengan menggunakan mod peribadi untuk melayari internet. Mana-mana pelayar yang mendakwa ia pelayar peribadi harus menawarkan pelayaran dalam mod peribadi.

Satu cara mudah untuk memeriksa hal tersebut adalah dengan mengunjungi halaman tetapan kandungan pelayar dan polisi privasi. Halaman web privasi perlu memaklumkan adakah data anda dikongsi dan alasan ia dikongsikan. Oleh sebab itulah, notis privasi Firefox mudah dibaca dan mudah dijumpai.

Pencarian pelayar terbaik untuk anda sama seperti pencarian rumah. Anda ingin menerokai pilihan anda, membuat kajian dan mengambil keputusan berdasarkan perkara yang penting bagi anda.

Di Firefox, kami telah bekerja keras untuk membina pelayar yang dua kali ganda lebih pantas daripada sebelumnya dan memberikan pengguna lebih kawalan ke atas kehidupan dalam talian mereka.

Kendalikan pelayar anda.