Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Urus pilihan pengumpulan data pihak pertama

Privasi anda sangat penting untuk Mozilla. Platform telemetri dan analitik pihak pertama kami, yang dipanggil Glean, mengikut piawaian kami yang tinggi demi amalan data mudah urus.

Mozilla menggunakan Glean untuk mengumpulkan data penggunaan laman web bagi beberapa laman web mozilla.org untuk memastikan kami memberikan pengalaman pengguna yang terbaik kepada pengunjung kami. Glean tidak berkongsi maklumat dengan mana-mana pihak ketiga. Setiap data yang kami kumpulkan juga melalui proses semakan yang ketat. Ketahui lebih lanjut mengenai jenis data khusus yang kami kumpulkan dalam Kamus Glean. Untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang cara kami mengendali dan berkongsi data anda di laman web Mozilla, sila baca Notis Privasi Tapak Web, Komunikasi dan Kuki kami.

Jika anda masih mahu menarik diri daripada analitik pihak pertama, anda boleh berbuat demikian di bawah. Dengan mengklik butang tarik diri akan menetapkan kuki pilihan yang diguna untuk menghalang Glean daripada menghantar data sewaktu anda melayari laman web kami. Kuki pilihan ini akan bertahan selama 1 tahun.

Pilihan semasa:

Jika anda berubah fikiran, anda boleh pilih masuk sekali lagi di sini: