Web untuk semua

Dengan perkembangan Web yang mencapai berbillion pengguna dan mempengaruhi hidup kita dengan cara yang baru, Web menjadi sebahagian keperluan dalam tumbesaran individu dan masa hadapan yang kolektif. Maka Web inilah ikrar komuniti Mozilla untuk melindungi dan mempromosi: sebuat platform yang menyediakan peluang , jaringan dan inspirasi untuk semua.

Kami hidup dengan memegang prinsip untuk mencipta produk, memperkukuh komuniti, skill pengajaran dan membentuk persekitaran dalam usaha membina Internet yang diperlukan oleh dunia.

Pada Persidangan Mozilla tahun ini , 2000 peserta mewakili 90 buah negara dan 114 bahasa telah berkumpul untuk berkongsi pemahaman berkaitan siapa kami dan apa yang akan dilaksanakan bersama. Di bawah ini merupakan sampel perspektif oleh beberapa ketua projek.

Dikuasakan oleh Mozillians

Para anggota Mozilla merupakan sebuah kumpulan berbilang pemikir, pembangun, pengajar dan penguji sistem dengan satu matlamat yang dikongsi bersama untuk membawakan keterbukaan, kebebasan dan penyertaan kepada Internet. Usaha global kolektif kami telah memajukan Firefox OS dengan merealisasikan konsep menjadi telefon dalam tempoh 2 tahun, menjadi hos 1,600 acara dalam jangka masa 3 tahun hinggalah mengajar Web, dan pelabagai lagi pencapaian. Kami meraikan pencapaian kami dan laluan masa depan yang cerah.

Ketahanan

Bersama laporan tahunan ini , kami mengeluarkan penyata kewangan beraudit untuk tahun 2012. Mozilla kekal di kedudukan yang baik, sama ada secara kewangan atau organisasi, untuk memajukan misi kami.

Hasil kami secara majoritinya datang daripada fungsi carian dalam pelayar Firefox melalui rakan kongsi besar kami, termasuk Google, Bing, Yahoo, Yandex, Amazon dan eBay. Penyata kewangan pada 2012 ini termasuk hasil daripada perjanjian komersial bersama Google, pembekal carian terbesar kami, yang telah ditandatangani pada Disember 2011 dan dipanjangkan sekurang-kurangnya selama 3 tahun.

Peratusan yang semakin meningkat dalam hasil kami juga datang daripada sokongan melalui orang awam, termasuk penjamin dan penyumbang persendirian seperti anda. Sumbangan-sumbangan ini disalurkan secara terus demi kepentingan projek-projek seperti Webmaker, Open Badges dan Berita Terbuka Mozilla-Knight yang telah mengembangkan pengaruh Mozilla dalam kawasan-kawasan baharu.