Status Mozilla

Soalan Lazim

Apakah projek utama Mozilla pada tahun hadapan? Apakah rancangan anda untuk mempengaruhi arah tujuan pasaran masa hadapan?

Pelayar Web Firefox sedang dan akan terus menjadi batu asas yang memacu Web ke hadapan dan memajukan misi Mozilla.

Firefox OS ialah sistem operasi mudah alih Mozilla berasaskan HTML5 sepenuhnya. Hari ni, 50 peratus daripada 2.3 billion orang yang berada dalam talian menggunakannya dalam peranti mudah alih, dan bilangan ini dijangka akan meningkat. Dengan Firefox OS, Mozilla telah menetapkan untuk membangunkannya menjadi Web terbuka sepenuhnya serta asas-piawai Web untuk platform inovasi. Kami membina teknologi dan APIs untuk menjadikan Web ini pilihan yang penuh ciri dan berdaya maju dan kami komited untuk memacu ke hadapan penggunaan HTML5 sebagai platform untuk industri mudah alih.

Dengan program Mozilla Webmaker, kami mensasarkan untuk mengalih jutaan orang daripada menjadi pengguna Web kepada pencipta aktif Web yang akan membina pengalaman Web yang hebat pada masa depan. Matlamatnya adalah untuk mencipta planet yang lebih celik Web melalui peralatan dan program pembelajaran yang menjana kreativiti dalam Web.

Bagaimanakah anda mengukur kejayaan?

Di Mozilla, kami mengukur kejayaan dengan mengira berapa banyak kami telah melakukan peningkatan kesihatan keseluruhan Web dan memajukan minat pengguna dan pembangun. Kami berjaya apabila kami membina produk yang orang suka, dan apabila organisasi lain membina sifat dan ciri yang kami pedulikan dalam persaingan produk. Sebagai contoh, kami melihat implementasi terbaru Google Chrome untuk ciri Jangan Jejaki yang kami rintis menjadi kejayaan Mozilla dan misi kami.

Tidak seperti pesaing besar kami, Mozilla mencapai kejayaan dengan membantu lebih ramai orang untuk membuat pilihan perisian yang mereka mahu gunakan, tahap penglibatan yang mereka mahu dalan talian, dan cara mengambil bahagian dalam membina Internet yang lebih baik. Apabila kami melihat perkembangan dalam komuniti penyumbang, lokalisasi perisian, dan pasaran pelayar yang kompetitif, sebagai contoh, kami tahu bahawa kami maju ke arah mencapai matlamat kami.

Berapa jumlah pendapatan Mozilla bagi tahun 2011?

Pendapatan gabungan Mozilla yang dilaporkan (Yayasan Mozilla dan semua anak syarikat) bagi 2011 adalah $163J (US), naik kira-kira 33 peratus daripada $123J pada tahun 2010.

Bagaimana Mozilla menjana pendapatan?

Majoriti pendapatan Mozilla dihasilkan daripada carian dan fungsi perdagangan yang termasuk di dalam produk Firefox melalui rakang carian terbesar termasuk Google, Bing, Yahoo, Yandex, Amazon, Ebay dan lain. Mozilla melaporkan pendapatan juga termasuk sumbangan dan geran penting individu dan korporat, yang mana berkembang secara mendadak, juga pendapatan dalamn bentuk asset yang boleh dilaburkan.

Adakah anda sedang meneroka peluang perkongsian untuk mempelbagaikan aliran pendapatan?

Kami sini mempunyai beberapa rakan perniagaan utama dan sedang aktif merintis peluang perkongsian baru juga lain-lain peluang potensi keuntungan. Kami akan terus membina produk hebat yang akan membantu pengguna menikmati kemewahan Internet, dan kami yakin yanag ini akan membenarkan kami untuk mengenalpasti sumber pendapatan yang wajar yang dapat membantu kedua-dua misi dan pengguna kami.

Sebahagian projek utama Yayasan Mozilla, seperti Collusion, telah menerima geran daripada organisasi seperti Yayasan Ford.

Apakah status perkongsian dengan organisasi pencari?

Kami masih ada perkongsian dengan beberapa penyedia carian yang berbeza mengikut pasaran. Pada Disember 2011, kami mengumumkan perjanjian baru dengan Google sebagai penyedia carian piawai untuk Firefox. Perjanjian baru ini memanjangkan hubungan carian jangka panjang kami dengan Google untuk sekurang-kurangnya tiga tahun lagi. Terma spesifik perjanjian komersil ini tertakluk kepada keperluan kerahsiaan lazim, dan kami tidak dapat mendedahkannya.

Apakah status hubungan komersil anda dengan Bing?

Bing termasuk di dalam penyedia carian di dalam Firefox versi US. Antara yang disepakati termasuk kongsi pendapatan berdasarkan trafik yang dihantar daripada Firefox kepada servis carian Bing.

Apa yang berlaku kepada Yandex? Ada apa-apa yang anda boleh beritahu kami tentang perkongsian itu?

Google adalah penyedia carian piawai untuk Firefox binaan Russia. Yandex akan kekal dalam senarai pra-pasang plugin carian. Yang berubah adalah sebahagian pembaharuan carian global yang dimasukkan oleh Mozilla bersama-sama Google, yang menjadikan Google sebagai piawai carian.

Mozilla dan Yandex akan terus meneroka perkongsian daripada beberapa bidang, termasuk Yandix edisi khas untuk pelayar popular Firefox dan mengintegrasikan servis carian Yandex dalam binaan untuk rantau lain.

Penjanjian komersil yang bagaimanakan yang anda telah miliki untuk segmen mudah alih?

Mozilla has announced a commercial partnership with Telefónica for Firefox OS. The specific terms of the agreement are subject to traditional confidentiality requirements. We are developing new partnerships with additional OEMs and operators, which will be announced in due course through 2012 and into 2013. We also have numerous arrangements with app publishers who will be included in Firefox Marketplace.

Berapa banyakkah pendapatan yang anda jangkakan akan perolehi pada tahun akan datang dan apakah model perniagaan/model pendapatan dalam perbincangan itu?

Kami tidak menyediakan ramalan atau unjuran untuk kali ini. Fokus utama kami adalah untuk mencipta dan menawarkan sesuatu yang diperlukan pengguna, pembangun, dan pengendali. Pada masa sama kami akan terus menerokai potensi model pendapatan baru yang membantu kedua-dua misi dan pengguna kami.

Apa yang membuatkan anda terfikir yang anda dapat memecahkan pasaran telefon pintar yang kini dikuasai oleh dua pemain yang dominan?

Mozilla percaya yang Webadalah platform terbaik untuk berinovasi, berhubung, berkongsi dan untuk membina dunia yang kita mahukan. Dengan Firefox OS, Mozilla sedang mencipta sistem pengoperasian baru yang keseluruhannya berasaskan kepada standard Web terbuka. HTML5 adalah teknologi penting yang sedang meningkat naik, yang mana ramai dan ramai pembangun yang mendakapnya. Terdapat juga ekosistem HTML5 yang terdiri dari pembangun yang telah mencipta aplikasi untuk pelayar web komputer meja, sementara banyak aplikasi AppStore dan Android telah dibangunkan dalam HTML5.

Berapa banyak rakan pengendali/pembawa yang telah berdaftar untuk Firefox OS?

Peranti pertama yang dikuasakan oleh Firefox OS- dijangka akan dilancarkan secara komersil dalam pasaran Amerika Latin seawal 2013 melalui Telefónica. Kami juga sudah mendapat sokongan untuk FIrefox OS daripada pengendali rangkaian global termasuk Deutsche Telekom, Etisalat, Smart, Sprint, Telecom Italia dan Telenor, jadi anda boleh jangkakan lebih banyak berita mengenai peranti dan OS baru sepanjang 2013.

Dengan OEM manakah yang anda akan bekerjasama?

TCL Communication Technology (yang memiliki jenama Alcatel) dan ZTE adalah rakan utama untuk membina telefon bimbit pertama untuk Firefox OS. Kami menjangkakan akan mengumumkan sokongan tambahan OEM dalam masa terdekat.

Bilakah dapat kami jangkakan pelancaran peranti di Amerika? Eropah?

Peranti Web Terbuka pertama akan dilancarkan di pasaran Amerika Latin pada awal 2013. Lokasi lain belum lagi diumumkan.

Apakah model perniagaan untuk pasaran app anda?

Firefox Marketplace akan menawarkan penmbangun dengan penemuan, pengagihan dan peluang kewangan dan juga akan disesuaikan dengan rakan kongsi. Sebagai contoh, dengan Telefónica, kami akan menyediakan keupayaan bil terus di dalam peranti sekiranya pemilik app store mahu bil pelanggan Telefónica dibuat secara terus. Tetapi pembangun aplikasi diberi kebebasan untuk menggunakan sistem bil sendiri. Anda boleh baca perhal ini dalam Telefónica Marketplace Payments Guide untuk butiran lebih lanjut cara pembayaran ini berfungsi.

Apakan unjuran untuk perkembangan dalam 2013 bagi desktop, mobile, OS?

Kami tidak memberikan ramalan atau unjuran pada kali ini.