Status Mozilla

Watch a brief video about Mozilla and our mission

Visi Mozilla ialah Internet adalah sebuah tempat untuk sesiapa sahaja mengakses informasi, tempat untuk menggodam dan menggodek; bersifat terbuka, bebas dan telus; pengguna mempunyai kawalan ke atas data peribadi mereka dan buah fikiran dapat dicipta dengan bebas dan diambil tanpa sekatan ketat.

Dalam tempoh kurang daripada 20 tahun Internet telah mengubah cara hidup kita. Internet adalah sebuah platform yang berkuasa menyediakan peluang dan keterkaitan yang tidak pernah terjadi sebelum ini. Tetapi walaupun ada pertumbuhan dan inovasi yang hebat ini, terdapat cabaran yang jelas untuk mencapai visi Internet yang sihat.

Mozilla digerakkan untuk memastikan perlindungan Web dan untuk memperkasakan pembuat web dan pengguna Web pada masa akan datang. Hari ini, Mozilla berkembang — dengan lebih ramai pekerja, penyumbang, produk dan lokasi — untuk memastikan Web kekal sebagai ekosistem terbuka, bertenaga. Kerana, Web adalah platform untuk membina dunia yang kita mahu.

Sila terokai laman ini untuk mempelajari lebih lanjut berkenaan Mozilla, keutamaan kami dan bidang tumpuan yang membolehkan kami memastikan perkembangan sihat sumber global yang besar dan berharga ini.

Menggerakkan Mozilla

  • Firefox
  • Firefox OS
  • Webmaker

Mozilla menggerakkan berjuta-juta orang untuk membina dunia yang mereka mahu. Bergerak untuk menjadikan Web mudah alih bebas daripada platform proprietari dan penyaring informasi. Bergerak untuk memperkasakan dua bilion potensi pengguna baru Web di dunia. Dan bergerak untuk membina sebuah generasi pereka baru digital, pencipta dan pembuat web yang baru.

Bergerak ke hadapan kami akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan produk, penyelesaian teknologi dan penawaran pendidikan yang menggabungkan nilai-nilai Mozilla kepada Web. Hari ini, misi Mozilla seperti biasa masih kekal sebagai sesuatu yang penting. Dari Firefox melalui Firefox OS ke penawaran pendidikan Mozilla Webmaker terbaru kami, matlamatnya adalah penguasaan. Ia mengenai pembukaan kuasa kreatif penuh mudah alih; berdiri untuk kekuasaan pengguna, privasi dan kebebasan; dan membantu berjuta-juta orang beralih dari menggunakan Web kepada membina masa depan Web secara aktif.

Firefox OS

Seperti mana kami hasilkan untuk desktop, Mozilla menetapkan untuk memastikan bahawa Web mudah alih penuh dengan kebebasan, pilihan & peluang dan juga ada kebolehan bagi pengguna untuk mencipta apa sahaja yang mereka mahu. Dengan Firefox OS, kita boleh membuka mata dunia terhadap sistem operasi dan platform yang natif dan tertutup untuk berfikir sekali lagi.

Firefox OS adalah platform mudah alih yang pertama yang benar-benar terbuka. Pembangun sudah menerima HTML5, tetapi sejauh mana aplikasi HTML5 pada mudah alih telah diadakan semula kerana mereka tidak boleh mengakses peranti yang terhad kemapuan dan hanya salah satu jalan aplikasi natif boleh. Firefox OS mengatasi keterhadan ini dan memberikan keperluan API untuk menunjukkan bagaimana ia boleh untuk dijalankan peranti sepenuhnya menggunakan open standards.

Peranti Firefox OS akan dilancarkan dalam awal 2013 melalui Telefónica, menubuhkan HTML5 sebagai platform berdaya mahu untuk industri mudah alih. Web sebagai platform akan membebaskan pembangun untuk mencipta penemuan baru aplikasi yang bekerja lancar dengan semua peranti, menjana era baru daripada inovasi dan kreativiti untuk kesediaan Web.

Firefox untuk Android

Pantas.
Pintar.
Selamat.

Pada Jun 2012 kami mengeluarkan kemaskini Firefox untuk Android yang kami percaya adalah pelayar terbaik untuk Android yang boleh didapati. Kami bina semula sepenuhnya dan reka semula produk dalam UI natif, yang menjadikan naiktaraf yang lekas dan dinamik untuk pelayar mudah alih yang ketaranya lebih cepat daripada pelayar asal Android. Ini menjadikan Firefox ketara sekali lebih cepat pada Android dan memberikan pengalaman yang lebih baik untuk pengguna melayari dibandingkan dengan pelayar asal peranti ini. Kami juga menambah Jangan Jejaki pada Firefox untuk Android bagi membolehkan pengguna menyatakan kehendak mereka pada privasi, walaupun di telefon bimbit dan pelayar mudah alih yang pertama menawarkan Jangan Jejaki. Firefox untuk Android adalah satu bahagian penting dalam menyokong Web terbuka. Ini adalah satu permulaan yang baik, tetapi ini hanyalah permulaan. Kami mahu peluang ini wujud di setiap lapisan pengalaman Web kami.

Firefox untuk Windows, Mac dan Linux

Firefox will always be the part of the Mozilla mission that people can see, feel and touch. We are excited by the progress and innovation we have seen with the desktop version of Firefox over the past year. Several performance and security improvements, memory enhancements make this the best Firefox yet. We're proud of the work that we're doing to make developing on Firefox easier by adding exciting tools for developers, like Developer Command Line, Web Console and “Tilt” the 3D Page Inspector.

Baru-baru ini, kami telah membuat eksperimen untuk mengetahui cara mengintegrasi fungsi sosial ke Firefox. Firefox akan menyokong API Sosial baru yang membolehkan pembangun mengintegrasi servis sosial secara terus ke dalam pelayar. API Sosial akan menyokong beberapa penyedia dan ada potensi tak terhad untuk mengintegrasi rangkaian sosial, e-mel, pembiayaan, berita dan applikasi lain ke dalam pengalaman Firefox. Penyedia percubaan pertama kami ialah Facebook.

Webmaker: Mendidik dunia mengenai Web

Kuasa unik Web bermakna sesiapa sahaja boleh mencipta dan membina dengannya. Pendidikan baru kami menawarkan, Mozilla Webmaker, akan menempatkan kuasa di tangan jutaan pencipta baru di mana-mana sahaja.

Alatan, projek dan aktiviti Webmaker membantu pendidik, belia, pencipta media dan pengguna harian seluruh dunia berpindah daripada mejadi pengguna Web kepada pembuat Web. Pada 2013, Webmaker akan menggerakkan komuniti global yang terdiri daripada mentor, pengajar dan belia untuk mengajar dan belajar bersama; revolusionari termaju alatan perisian Webmaker seperti Popcorn and Thimble; dan bekerjasama untuk membina planet celik Web.

Menyokong standard Web

Mozilla akan terus menyumbang kepada standard laman web.

Mozilla has always contributed to Web standards, going back as far as the start of the project, and we will continue to do that moving forward. We co-founded the WHAT-WG to kick off HTML5. We are a leader in JavaScript standardization. We have some of the top CSS and layout experts in the world.

Standard adalah usaha multi pembekal, tetapi Mozilla bangga denagn banyak teknologi yang kami terokai dan dihantar kepada badan standard untuk menjadikannya saling beroperasi untuk Web secara keseluruhan. Antara contohnya termasuk geolokasi, WebGL, Gamepad API, Telefoni Web dan IndexedDB.

Tindakan

Berjuang untuk anda: Mempertahankan keselamatan, privasi dan kebebasan anda

Mozilla dengan bangganya sebagai tanpa keuntungan dan menjawab bukan sesiapa tetapi anda. Ini bermakna kami secara uniknya boleh melawan pengguna pada saat kritikal dalam sejarah Web. Lihat ke hadapan, kami akan menggerakkan jutaan orang untuk menegakkan privasi, keselamatan dan kebebasan dalam talian. Kami akan bertindak ke atas ancaman kepada masa depan Web — daripada dikunci oleh platform propraitari, kepada bakal penapis dan penjaga, kepada undang-undang kerajaan yang rabun ayam. Bersama kita akan tetapkan Web mudah alih bebas, menegaskan betapa pentingnya privasi dan kedaulatan pengguna, dan sertai yang lain dalam membina dunia yang lebih celik Web.

Jangan Jejaki

Pengalaman Internet kami melibatkan lebih banyak data peribadi kami, yang membentuk gambar adau profil siapa kita di dalam talian. Keupayaan organisasi untuk memantau, log, menyimpan , menggunakan, mengaitkan dan menjual maklumat tentang siapa kita dan apa yang ki lakukan mempunyai implikasi yang besar untuk individu dan jugak masyarakat.

In an effort to give users more control over their Web experiences, we developed the Do Not Track feature in Firefox. We also became the first browser manufacturer to offer it on multiple platforms, including Windows, Mac, Linux and Android. Do Not Track is even available for Firefox OS so that user privacy settings can be controlled on a system-wide level to ensure that every third-party application on a user's device respects their choice.

Jangan Jejaki sangat penting kerana ia memberikan pengguna suara dalam talian untuk menyalurkan keutamaannya untuk privasi dan personalisasi. Ia menangkap kehendak pengguna dan membenarkan mereka mengangkat tangan dan meminta privasi dalam talian.

SOPA / PIPA & ACTA

SOPA/PIPA

Mozilla telah memainkan peranan yang penting dalam gerakan untuk memberi motivasi kepada masyarakat Web untuk bertindak terhadap Stop Online Piracy Act dan akta Protect IP. Undang-undang ini, telah berkuatkuasa, akan memberikan kerajaan US dan dan perniagaan swasta kuasa penapisan yang luar biasa yang akan memberi kesan global, melemahkan keselamatan Internet dan membantutkan inovasi dan pelaburan di seluruh dunia.

Mozilla adalah salah satu daripada banyak organisasi yang terkesan laman web kerana pembangkangan terhadap rang undang-undang SOPA/PIPA dalam kongres. Untuk pertama kalinya, masyarakat Weblebih daripada 15 juta orang datang bersama-sama untuk bercakap menentang dasar yang memberi kesan kepada Web secara keseluruhan. Bantahan bersejarah ini mewakili titik perubahan penting bagi Web sebagai satu cara untuk melibatkan pengundi dan menggerakkan rakyat untuk perubahan.

ACTA

Early in 2012, Mozilla warned against the ratification of the Anti-Counterfeiting Trade Agreement (ACTA) by the European Parliament. In a blog post, Mitchell Baker urged the policymakers that opaque processes were a “bad way to develop Internet policy” — in particular, that the global trade agreement was negotiated in private without open involvement of all the stakeholders. After massive street protests of Net-savvy citizens across Europe, the European Parliament rejected ACTA on July 4th in an unequivocal vote.

Firefox Flicks

Tahun ini, kami membawa kembali Firefox Flicks — cabaran video untuk bercita-cita sebagai pembuat filem, juru animasi dan yang kreatif dari seluruh dunia untuk mengemukakan dan menyerahkan filem pendek. Filem ini dibuat oleh peminat Firefox, mempromosikan dan dan mendidik pengguna mengenai isu-isu yang memberi kesan kepada kehidupan mereka dalam talian seperti privasi dan keselamatan. Yang lebih penting, pembuat filem ini berkongsi apa yang membuatkan Firefox ini berbeza dengan menggunakan menyuarakannya sendiri. Selebriti dan pakar industri filem membantu memilih pemenang serantau dari lebih daripada 400 permohonan daripada beribu pembuat filem di seluruh dunia.

Collusion

Mozilla Collusion gives consumers a powerful tool to protect their privacy, arming them with transparency, facts and the power to make their own decisions about how their personal data is shared and used. Made possible with the support of the Ford Foundation, Collusion allows users to see who is tracking them across the Web. It shows, in real time, how that data creates a spider-web of interaction between companies and other trackers.

Watch a video of Mozilla CEO Gary Kovacs presenting Collusion at TED

Komuniti

Mozilla adalah sebuah organisasi yang asasnya tentang pembuat Web yang lebih baik untuk semua. Masyarakat Mozilla adalah penting untuk kejayaanprojek. Kami tidak boleh berjuang untuk Web terbuka, boleh godam dan telustanpa orang-orang yang percaya dan menyokong perjuangan itu. Kami mempunyai masyarakat Mozilla yang merangkumi seluruh dunia dan orang-orang yang luar biasa yang bertanggungjawab untuk mengaturcara, menguji, localizing, menjadi tuan rumah untuk hackfest dan parti aturcara musim panas, mengajar Webmakers, pemasaran, evangelist kepada produk Mozilla dan banyak lagi.

Mozilla Reps

Program Mozilla Reps, yang direka untuk memperkasakan sukarelawan yang menjadi wakil rasmi Mozilla di kawasan mereka, telah berkembang kepada lebih daripada 350 orang di lebih 70 negara dalam tempoh lebih sedikit daripada setahun. Program ini memainkan peranan penting membantu Mozilla melaksanakan matlamat organisasi dalam mempromosikan dan pembangunan Firefox OS, Firefox untuk Windows, Mac dan Linux dan Firefox untuk Android. Perwakilan telah menganjurkan lebih daripada 700 aktiviti di seluruh dunia dan telah berjaya mendaftar dan melatih ratusan penyumbang baru merentasi pelbagai fungsi bidang.

MozCamps

MozCamps adalah acara serantau yang menghimpunkan kakitangan Mozilla dengan sukarelawan Mozilla dalam semua bidang projek selama dua hari dengan pembentangan, perbincangan, sesi memerah otak, bekerja pantas, hackathon dan pastinya, ada sedikit hiburan.

Walaupun fokus utama adalah kepada pemimpin masyarakat dan penyumbang utama, MozCamps juga mensasarkan untuk melatih pemimpin akan datang — penyumbang Mozilla berkenaan yang aktif lebih dari enam bulan dan mewakili generasi kepimpinan Mozilla yang akan datang dalam masyarakat.

MozCamps pada tahun ini telah diadakan di Buenos Aires, Warsaw dan Singapura, mengumpulkan lebih daripada 300 orang staf dan 600 orang sukarelawan.

Komuniti yang membangun

Sebahagian daripada komuniti yang pesat membangun dan paling dinamik adalah komuniti muda kami. Mereka boleh ditemui di Timur Tengah, Afrika dan Asia Tenggara dan ramai ahli mereka telah dijemput di MozCamps 2012 sebagai peserta. Komuniti Tunisia, Komuniti Kenya dan Komuniti Filipina telah melakukan kerja yang cemerlang dan setiap satunya terdiri daripada hampir sedozen penyumbang aktif melintasi banyak fungsi bidang, termasuk localization, QA, pemasaran dan pembangunan. Satu daripada komuniti Mozilla yang dilancarkan pada 2012 diMyanmar.

Cerita Penyumbang

Kelestarian dan Perkongsian

Bersama dengan laporan tahunan ini, kami mengeluarkan penyata kewangan yang telah diaudit bagi tahun 2011. Mozilla kekal pada kedudukan yang baik dari sudut kewangan dan organisasi, untuk memajukan misi membina keterbukaan, kebebasan dan penyertaan ke dalam internet.

Mozilla kekal sihat dari sudut kewangan; kami akan terus mengambil lebih ramai pekerja di peringkat global, kami telah membuka Mozilla Spaces baru di serata dunia, melancarkan inisiatif baru yang signifikan seperti Firefox OS dan mampu untuk menyokongnya dengan sumber-sumber yang berdaya maju.

Majoriti keuntungan dijana cari fungsi carian dalam pelayar FIrefox. Google adalah sumber terbesar keuntungan dan pada Disember 2011, kami mengumumkan yang kami telah berunding satu perjanjian yang memberi kepentingan dan manfaat keuntungan bersama dengan Google. Perjanjian baru ini melanjutkan hubungan carian jangka panjang kami degan Google untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga tahun lagi.

Mozilla mempunyai beberapa hubungan lain dengan komuniti Web, juga hubungan baru dengan pengedali mudah alih, pengilang peranti, rakan kongsi kandungan pihak ketiga dan pemain lain dalam ekosistem mudah alih.