Terma Perkhidmatan Firefox Relay

Versi 1.2, berkuat kuasa pada 16 November 2021

Firefox Relay (“Perkhidmatan”) membolehkan anda mengekalkan alamat e-mel utama anda selamat dan sulit daripada perkhidmatan dalam talian dengan mencipta alamat e-mel alias yang unik yang membolehkan anda menghantar dan menerima e-mel tanpa mendedahkan alamat e-mel utama anda.

Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti. Ia akan menerangkan maklumat penting tentang penggunaan Perkhidmatan oleh anda.

Anda Akan Perlukan Akaun Firefox

Akaun Firefox diperlukan untuk mengguna Perkhidmatan ini. Untuk mencipta Akaun Firefox, anda juga perlu bersetuju dengan Terma Perkhidmatan dan Notis Privasi bagi Akaun Firefox anda.

Privasi Anda

Privasi Anda. Notis Privasi Firefox Relay menerangkan maklumat yang dihantar apabila anda menggunakan Perkhidmatan ini, dan cara pihak kami mengurus dan berkongsi maklumat tersebut.

Kebenaran yang Diperlukan untuk Menyediakan Perkhidmatan

Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda. Mozilla memberi anda kebenaran untuk menggunakan Firefox Relay menurut Terma Perkhidmatan ini. Kebenaran ini hanyalah untuk kegunaan peribadi anda. Anda tidak boleh memindahkan, sub lesen, menjual semula atau mengeksploitasi Perkhidmatan secara komersial. Anda juga setuju bahawa penggunaan Perkhidmatan oleh anda akan mematuhi Syarat-syarat PenggunaanMozilla. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap Kandungan yang anda hantar dan akibatnya.

Anda memberi semua hak yang perlu kepada Mozilla untuk mengendalikan Perkhidmatan, termasuk memproses alamat e-mel anda, alias dan label alias yang anda cipta dan e-mel yang anda hantar dan terima melalui Perkhidmatan. Kami tidak membaca atau menyimpan apa-apa mesej anda. Sekiranya e-mel tidak dapat dihantar kepada anda, kami akan menyimpannya pada pelayan kami dan akan menghapuskannya selepas e-mel ini dihantar (kami tidak akan menyimpannya lebih daripada tiga hari).

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara Perkhidmatan bekerja, anda boleh melihat kod sumber Mozilla.

Maklum Balas dan Cadangan Anda. Jika anda memberikan sebarang idea, cadangan atau maklum balas kepada Mozilla tentang Firefox Relay atau perkhidmatan yang anda gunakan dengan Firefox Relay, anda memberi kebenaran kepada Mozilla untuk menggunakannya secara percuma tanpa sebarang kewajipan tambahan.

Hak Milik Intelek Mozilla. Mozilla atau pemberi lesen tidak memberikan anda sebarang hak milik intelek bagi Perkhidmatan yuang tidak dinyatakan secara khusus dalam Terma-terma ini. Sebagai contoh, Terma ini tidak memberi hak untuk menggunakan sebarang hak cipta, tanda perniagaan atau ciri jenama khusus Mozilla atau pemberi lesen yang lain. Perisian Mozilla diedarkan bawah dan tertakluk pada versi semasa Lesen Awam Mozilla atau lesen kebenaran lain yang sama.

Pembayaran Anda

Kami menawarkan Firefox Relay sama ada sebagai perkhidmatan percuma atau perkhidmatan langganan berbayar.

Had dan Penyesuaian Alias. Dengan perkhidmatan percuma, anda boleh mencipta sehingga 5 alias e-mel rawak. Dengan langganan berbayar, anda boleh mencipta bilangan alias tanpa had dan anda mempunyai pilihan untuk mencipta sub domain tersuai.

Pembayaran. Kami menawarkan Firefox Relay sebagai perkhidmatan langganan yang diperbaharui secara automatik. Ketika mendaftar, anda telah memberi kebenaran untuk pihak kami mengenakan yuran langganan bagi penggal pertama Perkhidmatan pada kaedah pembayaran yang telah anda pilih. Pelan anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap hujung penggal, dan anda telah memberi kebenaran untuk kami mengenakan yuran langganan bagi setiap penggal. Jika anda berhenti membuat pembayaran, kami akan segera menggantung akaun anda dan akan menghapuskan akaun tersebut selepas 2 bulan tanpa pembayaran.

Dasar Bayaran Balik 30 Hari. Pada kali pertama anda melanggan Firefox Relay melalui laman web Mozilla, sekiranya anda membatalkan akaun anda dalam tempoh masa 30 hari pertama, anda boleh meminta bayaran balik dan Mozilla akan membuat bayaran balik bagi tempoh langganan pertama anda. Tawaran ini hanya terpakai untuk kali pertama anda melanggan. Ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana hak yang mungkin anda miliki di bawah undang-undang pengguna di negara anda.

Anda Boleh Batal Langganan Anda Pada Bila-bila Masa

Pembatalan. Anda boleh membatalkan langganan Firefox Relay pada bila-bila masa dengan menyahaktifkan akaun anda dan membatalkan langganan anda. Anda boleh melakukan ini dengan mengklik pautan “Batalkan Langganan” dalam mana-mana e-mel yang kami hantar kepada anda atau pergi ke bahagian Langganan & Pembayaran di Akaun Firefox anda dan klik “Batal.” Sekiranya anda memilih untuk membatalkan, pembaharuan automatik akan dihentikan, kami tidak akan mengenakan caj kepada anda untuk sebarang tempoh pembayaran akan datang, dan anda akan kehilangan akses kepada perkhidmatan di akhir kitaran bil semasa.

Anda Bertanggungjawab Terhadap Akibat daripada Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda

  • Anda memberi jaminan kepada Mozilla bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk mencabuli hak orang lain atau melanggar mana-mana undang-undang.

  • Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berlaku, anda bersetuju bahawa Mozilla tidak akan dipertanggungjawabkan dalam juga cara bagi sebarang ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan, bagi sebarang had perkhidmatan atau sebarang tuntutan yang timbul daripada terma-terma ini. Mozilla secara khusus menafikan yang berikut: Kerosakan tidak langsung, khas, sampingan, akibat, atau teladan, kerosakan langsung atau tidak langsung disebabkan kehilangan muhibah, penghentian kerja, kehilangan keuntungan, kehilangan data atau kerosakan komputer. Sebarang liabiliti untuk Mozilla di bawah perjanjian ini adalah terhad kepada $500.

  • Anda bersetuju untuk melindungi dan pegang lepas Mozilla daripada sebarang tanggungjawab atau tuntutan yang timbul dari penyertaan anda dalam Firefox Relay, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berlaku.

  • Mozilla menyediakan perkhidmatan “seperti adanya.” Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang yang berlaku, Mozilla secara khusus menolak sebarang jaminan atau waranti undang-undang seperti “kebolehdagangan,” “kesesuaian untuk tujuan tertentu,” “bukan pelanggaran,” dan jaminan yang timbul dari suatu urusan, penggunaan atau perdagangan

  • Anda mungkin mempunyai hak lain di bawah undang-undang negara anda sendiri. Tidak ada dalam Terma Perkhidmatan ini yang bertujuan untuk menjejaskan hak tersebut, jika berlaku.

Mengemas kini atau Menamatkan Terma ini

  • Mozilla Boleh Mengemas Kini Terma Ini. Dari semasa ke semasa, Mozilla boleh memutuskan untuk mengemas kini Terma ini. Kami akan menghantar Terma yang dikemas kini secara dalam talian. Kami akan menganggap penggunaan Perkhidmatan anda secara berterusan sebagai penerimaan perubahan tersebut. Kami akan meletakkan tarikh kuat kuasa pada bahagian atas halaman ini untuk menjelaskan masa kami membuat kemas kini terbaru.

  • Penamatan. Terma-terma ini terpakai sehingga sama ada anda atau Mozilla membuat keputusan untuk menamatkan terma. Anda boleh memilih untuk menamatkan pada bila-bila masa atas sebarang sebab dengan berhenti daripada menggunakan Perkhidmatan dan menghapuskan Penambahan Firefox Relay. Mozilla boleh menggantung atau menamatkan akses Perkhidmatan sesiapa sahaja pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab, termasuklah jika Mozilla memutuskan untuk menamatkan Perkhidmatan. Sekiranya kami memutuskan untuk menggantung atau menamatkan akses anda, kami akan berusaha untuk memberitahu anda di alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda atau pada waktu berikutnya anda cuba mengakses Akaun anda.

Jika kami menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan ini tanpa sebab tertentu, anda masih boleh mengakses Perkhidmatan ini sepanjang tempoh pembilan semasa atau pihak kami akan membayar balik bulan semasa. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan ini jika kami percaya bahawa anda telah melanggar Syarat Penggunaan atau anda telah melanggar Terma-terma ini.

  • Pilihan Undang-undang. Undang-undang California terpakai untuk kontrak ini, melainkan untuk percanggahan undang-undang California. Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi kontrak dalam bahasa Inggeris ini dengan versi penterjemahan, versi bahasa Inggeris ini akan digunakan.

Hubungi Mozilla:

Mozilla Corporation
Attn: Mozilla – Legal Notices
2 Harrison St. #175,
San Francisco, CA 94105

legal-notices@mozilla.com