Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Elakkan maklumat salah dalam talian – Firefox sedia membantu

Lihat tip untuk kurang melihat maklumat salah dan fokus pada perkara yang penting bagi anda

Apa itu maklumat salah? Apa itu maklumat palsu?

Maklumat salah, maklumat palsu – anda mungkin pernah mendengar istilah ini pada masa lalu dan tertanya-tanya adakah dan bagaimanakah ia membawa maksud yang berbeza. Niatlah yang membezakannya: Maklumat salah ialah apa-apa jenis maklumat tidak benar yang membuat orang percaya. Ia boleh disahkan silap atau mengelirukan tetapi tidak dicipta atau dikongsi dengan tujuan untuk menipu. Sebaliknya, maklumat palsu, dicipta dan disebarkan untuk memberikan maklumat yang salah dan untuk mencapai matlamat tertentu.

Pada akhirnya, kedua-dua maklumat salah dan maklumat palsu itu boleh mendatangkan bahaya. Bukan sahaja orang akan mempercayai maklumat yang tidak benar, maklumat palsu akan menyebabkan kerugian wang ringgit yang banyak kepada ekonomi global dan boleh mengancam demokrasi serta tadbir urus yang cekap. Hal ini sukar dihentikan kerana berita palsu tersebar dengan lebih pantas, lebih mendalam dan lebih meluas berbanding berita yang benar.

Di manakah maklumat palsu dikeluarkan?

Anda boleh menemukan maklumat salah dan maklumat palsu di mana sahaja tetapi ia paling meluas dan memberi kesan apabila dikongsi dalam talian. Algoritma dan penjejakan telah meningkatkan kemampuan maklumat salah dan maklumat palsu untuk menjangkau khalayak yang lebih besar di laman web, blog, forum dan rangkaian sosial.

Anda mungkin pernah mendengar tentang penjejakan terutamanya dalam konteks pengiklanan. Walau bagaimanapun, ia juga merupakan alat yang berkuasa dalam penyebaran maklumat palsu. Mengapa begitu? Ketika anda melayari internet atau suapan rangkaian sosial, tingkah laku, minat, kenalan dalam sesetengah keadaan dan banyak lagi, akan dijejaki oleh pelbagai pihak di seluruh laman web bagi membuat profil yang amat terperinci tentang anda untuk dijual kepada orang lain tanpa pengetahuan atau persetujuan anda. Profil ini digunakan untuk pengiklanan yang diperibadikan tetapi juga dapat memberikan apa-apa jenis maklumat yang disasarkan kepada anda.

Apabila anda menerima cadangan kandungan di mana-mana laman web atau rangkaian sosial, ini selalunya kerana algoritma menyampaikan maklumat berdasarkan maklumat profil anda. Malangnya, walaupun algoritma semakin hari semakin pintar, ia tidak memeriksa ketepatan kandungan. Ini sangat menimbulkan masalah dengan media sosial: Rangkaian ini memaparkan banyak maklumat untuk pengguna mereka setiap hari dan mempunyai akses kepada kandungan yang hampir tidak terhad termasuk siaran pengguna, artikel berita, iklan dan kandungan yang ditaja. Walaupun siaran dan artikel mungkin menyebarkan maklumat salah secara tidak sengaja, iklan dan kandungan yang ditaja boleh digunakan untuk menyasarkan anda dengan sengaja dengan maklumat palsu untuk memanipulasi anda, menjadikannya penting untuk anda mengetahui cara mengenal pasti maklumat salah.

Cara mengesan maklumat palsu dalam talian dan membantu menghentikan penyebaran

  1. Lihat URL dan/atau sumbernya.

    Adakah ia memang boleh dipercayai? Jika anda tidak pasti, cuba ketahui lebih lanjut tentang sumber tersebut dan reputasinya di Internet.

  2. Adakah tajuk utama terlalu sensasi?

    Lihat laman web dan saluran berita yang anda percayai untuk melihat adakah dan bagaimanakah mereka melaporkan topik yang sama. Kandungan dengan tujuan untuk memanipulasi akan sering keterlaluan dan membesar-besarkan sesuatu yang tidak ada bukti dan tidak akan dijumpai dalam pelaporan yang dikaji dengan baik.

  3. Adakah kandungannya terkini?

    Maklumat yang lapuk tidak semestinya maklumat palsu, tetapi maklumat itu mungkin tidak betul lagi dari segi fakta.

  4. Adakah pengarang menerbitkan artikel atau siaran lain, yang secara idealnya juga dalam penerbitan yang boleh dipercayai?

    Jika anda hanya menemui nama pengarang tersebut di laman web yang diragui, anda tidak perlu terlalu mementingkan penyataan mereka.

  5. Adakah imej dan kapsyen sepadan?

    Imej ialah alat yang amat berkuasa untuk maklumat palsu yang bersasaran. Bergantung pada kapsyen, persepsi boleh dipusingkan menjadi sebaliknya. Jika anda tidak pasti, lakukan carian imej bertentangan untuk mengetahui cara imej tersebut dihuraikan di laman web lain.

Cara Firefox membantu anda mengelakkan maklumat salah

Firefox mengawal si penjejak:

Seperti yang disebut sebelum ini, penjejakan memainkan peranan besar dalam penyebaran maklumat salah. Penggunaan Firefox dengan Perlindungan Penjejakan Dipertingkatkan membantu dengan menyekat penjejak pihak ketiga daripada ramai pengiklan dan pemain lain secara lalai apabila anda melayari web, agar anda dapat mengawal semula data dalam talian anda.

Firefox membantu memastikan suapan media sosial anda bersih:

Rangkaian sosial tahu banyak perkara tentang anda. Selain itu, mereka dapat menjejak anda di luar platform mereka dengan butang Kongsi dan Suka meskipun ada Perlindungan Penjejakan — sekali pun anda tidak mempunyai akaun. Facebook Container untuk Firefox memastikan bahawa Facebook dan Instagram tidak sewenang-wenangnya berbuat demikian. Ini juga dengan ketara akan mengurangkan kemungkinan melihat salah maklumat melalui kandungan iklan yang dipromosikan.

Direka bentuk untuk melindungi privasi anda