Bagaimana untuk Melapor Perlanggaran Garis Panduan Penyertaan Komuniti

Dokumen ini memberikan maklumat peringkat atas, untuk memahami laporan perlanggaran Garis Panduan Penyertaan Komuniti Mozilla.

Dipetik daripada Garis Panduan Penyertaan Komuniti:

Nadi utama Mozilla adalah manusia. Kami mengutamakan manusia dan melakukan yang terbaik untuk mengenali, menghargai dan menghormati kepelbagaian penyumbang global kami. Projek Mozilla mengalu-alukan sumbangan daripada semua orang yang berkongsi matlamat kami dan ingin menyumbang secara sihat dan membina di dalam komuniti ini. Oleh yang demikian, kami menggunakan tatacara ini dan menghendaki semua pihak yang terlibat untuk bersetuju dan mematuhi Garis Panduan Penyertaan Komuniti ini untuk membantu kami mewujudkan pengalaman komuniti yang selamat dan positif untuk semua.

Dokumen ini dimaksudkan sebagai penghubung kepada dokumen, proses, dan mereka yang sedia ada dan yang bertanggungjawab untuk memastikan komuniti Mozilla sihat, dan inklusif untuk semua.

Bilakah perlu Melapor

Sila laporkan semua insiden di mana seseorang melakukan tingkah laku yang berpotensi menyalahi undang-undang atau membuat anda atau orang lain merasa tidak selamat, tidak dialu-alukan atau tidak selesa seperti yang dijelaskan lebih lanjut dalam CPG.

Bagaimana Membuat Laporan

Sekiranya anda percaya seseorang berada dalam bahaya, hubungi nombor kecemasan tempat anda.

Jika anda mempunyai laporan oleh dan mengenai seorang penyumbang (contohnya, laporan dibuat oleh seorang penyumbang berkenaan penyumbang yang lain), maka anda patut membuat laporan kepada cpg-report@mozilla.com.

Sekiranya anda mempunyai laporan yang melibatkan pekerja, kontraktor, atau vendor (misalnya, laporan tersebut dibuat oleh kakitangan atau berkaitan dengan kakitangan), maka anda harus melaporkannya di talian Pekerja Mozilla.

Dalam kata lain…

Sekiranya seseorang melaporkan kepada anda…

  • Jangan mempersoalkan, atau menilai pengalaman mereka.
  • Jangan mempelawa mereka menarik balik laporan kejadian.
  • Jangan menjanjikan tindak balas tertentu.
  • Pastikan mereka tahu untuk polisi Mozilla memberikan kesan, laporan perlu melalui talian/ e-mel. Jika mereka tidak selesa membuat laporan sendiri, anda boleh melakukannya.

Tidak kira siapa yang membuat laporan, maklumat di bawah amat penting untuk direkodkan.

  • Nama mereka yang terlibat (atau jika nama tidak diketahui, gunakan penjelasan atau sebarang maklumat yang boleh dikenali seperti rupa paras, peranan, pegangan, ahli gabungan projek/ komuniti).
  • Penjelasan insiden, termasuk tarikh yang boleh diingat (atau acara) dan lokasi.
  • Jika pelapor ingin membuat laporan tanpa nama, sila jelaskan bahawa tanpa sebarang maklumat hubungan kami mungkin tidak mampu untuk memaklumkan perkembangan kepada pelapor apabila dikehendaki. Ada undang-undang yang melarang laporan tanpa nama dan anda mungkin diperlukan untuk memberikan nama mereka jika anda Pengurus atau Pemimpin Komuniti Mozilla.
  • Hubungan pelapor/ mangsa.

Pengurus dan pemimpin Komuniti Mozilla

Jika seorang Pengurus atau Pemimpin Komuniti Mozilla dimaklumkan mengenai potensi perlanggaran CPG, mereka diharapkan untuk melaporkan insiden ini serta-merta menerusi e-mel/talian yang sewajarnya, walaupun pelapor utama akan membuat laporan juga. Pengurus dan Pemimpin Komuniti Mozilla tidak dibenarkan untuk menyiasat sendiri aduan yang dibuat.

Jangan gunakan penilaian anda sendiri mengenai bagaimana pelapor sepatutnya bereaksi. Fokus kepada mendengar.

Apa yang berlaku setelah laporan telah dibuat

Penyiasatan

Laporan akan diuruskan secara rahsia dan tertutup, dan akan dikongsi dengan mereka yang dibenarkan menyiasat, memberi maklum balas, dan berunding. Sebagai sebahagian daripada penyiasatan ini, sesetengah maklumat mungkin perlu didedahkan kepada pihak lain, contohnya, pihak berkepentingan yang mentadbir komuniti atau acara, saksi dan juga tertuduh.

Berhubungan

Semua laporan akan diteliti dan diberi maklum balas berdasarkan kepada keadaan laporan dan kami cuba memberikan waktu yang sewajarnya untuk perkembangan terkini sebagai sebahagian daripada penyiasatan yang terbuka.

Penyelarasan

Apabila sesuatu penyiasatan telah selesai, sehinggakan tertuduh tertakluk di bawah kawalan Mozilla, langkah-langkah yang sewajarnya akan di ambil untuk mengatasi situasi tersebut.

Tiada Timbal-balas

Mozilla tidak bertoleransi dengan budaya timbal-balas terhadap Mozillians yang melaporkan salah laku di bawah CPG atas niat yang baik. Tindakan membalas perlu dilaporkan seperti mana proses yang dijelaskan di atas.

Lesen

Dokumen ini termasuklah kandungan yang diterbitkan daripada PyCon Code of Conduct Revision 2f4d980 yang dilesenkan di bawah Attribution 3.0 Unported License Creative Commons.

Dokumen ini dilesenkan di bawah Attribution 3.0 Unported License Creative Commons.