Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Mozilla VPN

Perbezaan di antara VPN dengan proksi web

VPN dan proksi merupakan penyelesaian kepada privasi dan keselamatan dalam talian. Lihat bagaimana perkhidmatan ini melindungi anda dan bagaimana untuk anda memilih opsyen terbaik.

Rangkaian peribadi maya (VPN) dan proksi web yang selamat merupakan penyelesaian kepada privasi dan keselamatan dalam talian ia juga mengelirukan untuk anda membuat pilihan. Lihat bagaimana perkhidmatan ini melindungi anda dan bagaimana memilih opsyen terbaik sewaktu anda dalam talian.

Hentikan ISP daripada mengintip anda

Apabila anda menggunakan Firefox, Perlindungan Penjejak Termaju menghalang kebanyakan penjejak web pihak ketiga secara automatik daripada menjejaki anda ke seluruh web. Fakta menarik: penyedia perkhidmatan internet (ISP) yang anda bayarkan untuk sambungan internet — masih mampu memerhati dan menjejaki anda.

Kerana trafik internet anda bergerak dari dan ke peranti anda (komputer, telefon, tv, tablet) menerusi ISP anda, maka mereka mampu melihat ke mana anda pergi dalam talian. ISP dapat melihat laman web yang anda lawati, berapa lama anda berada di sana, lokasi dan maklumat mengenai peranti anda. ISP mungkin tidak mengetahui secara terperinci apa yang anda buat di laman web tersebut (seperti apa yang anda beli, cari atau baca) akibat enkripsi, tetapi mereka dapat membuat kesimpulan mengenai anda berdasarkan laman web yang anda lawati. Data peribadi tersebut mampu digunakan untuk mencipta satu profil yang terperinci tentang anda. Kenapa ISP mahu melakukan sedemikian? Ringkasnya: data ini amat bernilai sekali.

ISP boleh menggunakan maklumat ini untuk tujuan sasaran iklan mereka sendiri atau peluang menjualnya untuk pulangan wang termasuklah berkongsi maklumat ini dengan pihak ketiga yang berminat dalam perlombongan data, pengiklanan bersasar, yang bermaksud kurangnya privasi dan bertambahnya penjejakan. Belayar dalam mod peribadi tidak mampu menghalang ISP ini daripada memerhatikan ke mana anda pergi dalam talian. Tetapi menghantar trafik web anda menerusi proksi web atau VPN akan menjadikan usaha mereka bertambah sukar.

Bilakah sepatutnya anda memilih VPN atau proksi yang selamat?

VPN dan proksi web berkongsi matlamat yang sama: ia melindungi sambungan. Ia mampu membuat penyamaran alamat IP sebenar anda dan melindungi trafik web yang anda hantar di antara anda dengan penyedia VPN atau proksi ini. Tetapi, bila pula anda guna VPN lwn proksi?

Proksi web yang selamat: perlindungan tahap pelayar web

Proksi web yang selamat berfungsi untuk tugasan yang anda laksanakan dalam pelayar web. Ini termasuklah banyak aktiviti seperti membeli-belah, membayar bil, log masuk ke media sosial dan membaca e-mel. Proksi web yang selamat berfungsi sebagai perantara di antara pelayar anda dengan internet. Data pelayaran web anda akan melalui suatu terowong yang selamat ke internet secara langsung daripada pelayar anda, lalu menyembunyikan alamat IP agar pelayan web yang anda hubungi tidak dapat mengenal pasti kedudukan geografi anda. Dan ini menjadikan anda lebih sukar dijejaki dan menjadi sasaran.

Proksi amat berguna apabila anda melayari web menggunakan WiFi awam. Sebaik proksi dibolehkan, ia akan menghalang pengintip dalam rangkaian yang sama daripada melihat aktiviti pelayaran atau urus niaga anda dalam laman yang tidak dienkripsi. Kedengarannya seperti tidak berbahaya, tetapi rangkaian WiFi awam sebenarnya boleh menjadi pintu belakang bagi penggodam.

Firefox Private Network merupakan satu aplikasi tambahan pelayar yang mudah dipasang yang membekalkan terowong yang selamat dan terenkripsi ke web bagi melindungi sambungan pelayar anda di mana jua anda menggunakan Firefox Ia pantas dan mudah di hidupkan setiap kali anda memerlukannya demi keselamatan ekstra bagi pelayar anda.

VPN: perlindungan tahap peranti

Skop VPN dalam perlindungan pengalaman web lebih besar berbanding dengan proksi web di mana hanya terhad kepada pelayar manakala VPN melindungi kesemua aliran trafik web anda termasuk pelayar, di mana sahaja VPN dipasang dan dibuka. VPN memberikan keselamatan dan privasi ekstra bagi kesemua aktiviti dalam talian anda — satu pertimbangan yang penting jika anda mahu mengekalkan privasi dan menjadikan rekod aktiviti web anda lebih sukar dijejaki daripada platform iklan serta ISP bagi semua jenis peranti seperti telefon, komputer dan tablet.

VPN berfungsi dengan cara membuka satu "terowong" yang selamat di antara peranti anda dengan internet secara keseluruhannya. Ia melindungi privasi anda dalam dua cara yang utama:

  1. Menyembunyikan alamat IP, melindungi identiti serta mengaburi lokasi anda.
  2. Mengenkripsi trafik di antara anda dan penyedia VPN agar tiada sesiapa pun dalam rangkaian tempatan anda dapat mengurai atau mengubah suainya.

VPN juga menawarkan keselamatan pada sambungan WiFi terbuka dan awam. WiFi terbuka mempunyai risiko dan mustahil untuk memastikan adanya pihak lain yang juga dalam rangkaian yang sama sedang mengintip aktiviti anda. Sekali pun trafik anda dienkripsi, mereka masih mampu melihat laman-laman web yang anda lawati. Dan jika anda tidak menggunakan aplikasi yang tidak mempunyai enkripsi — sehingga ke hari ini, banyak yang tidak — maka, mereka mampu melihat segala yang anda sedang lakukan dalam aplikasi itu. Mozilla VPN adalah perkhidmatan yang pantas, selamat dan dipercayai untuk membantu merapatkan jurang keselamatan web untuk anda. Mozilla VPN juga membolehkan anda memilih "lokasi" (di mana trafik anda seolah-olah muncul) daripada lebih 30 negara.

Pilih perkhidmatan yang boleh dipercayai

Pertimbangan yang paling penting semasa memilih di antara VPN atau proksi web adalah memilih syarikat yang berwibawa dan dipercayai. Pastikan anda faham terma dan syarat yang anda persetujui itu. Banyak syarikat yang mengaku menjadi juara privasi tetapi pada masa yang sama, banyak juga yang tidak memenuhi janji itu. Bukan semua perkhidmatan proksi dan VPN selamat dan peribadi. Ada di antara syarikat ini yang akan merekod aktiviti dalam talian anda agar mereka dapat menjual data dan maklumat anda kepada firma pemasaran. Ada juga perkhidmatan yang meyakinkan anda memasang perisian hasad dalam peranti anda.

Kami telah menjalankan kerja yang teliti bagi memastikan Mozilla VPN dan sambungan proksi Firefox Private Network menghormati privasi anda, dan kami meletakkan reputasi kami sebagai pertaruhannya. Mozilla mempunyai reputasi sebagai pembangun produk yang membantu mengekalkan keselamatan maklumat anda. Kami mematuhi Prinsip Privasi Data kami yang mudah difahami dan membolehkan kami untuk hanya fokus kepada maklumat yang kami perlukan demi memberi khidmat kami. Dan selain disokong penuh oleh sebuah syarikat yang didorongi misi, percayalah bahawa wang yang anda belanjakan untuk produk ini bukan hanya dapat memastikan keselamatan tahap tertinggi, tetapi juga menjadikan internet lebih selamat untuk semua.