Perkara yang perlu anda ketahui:
Maklumat yang kami kumpul
Maklumat Akaun Firefox. Perkhidmatan ini memerlukan Akaun Firefox, yang memberikan MDN Plus akses baca sahaja untuk maklumat profil Akaun Firefox anda, sebagai contoh ID pengguna, avatar, alamat e-mel, lokasi dan langganan produk aktif anda. Ketahui lebih lanjut tentang amalan data Akaun Firefox.
Maklumat Akaun MDN Plus. Apabila anda menggunakan ciri MDN Plus, kami terima data yang diperlukan untuk menyediakan ciri-ciri tersebut kepada anda. Sebagai contoh, jika anda menetapkan halaman disimpan, kami akan terima halaman tersimpan anda.
Maklumat lokasi. MDN Plus menerima alamat IP anda apabila anda mendaftar dan menggunakan perkhidmatannya. Kami menggunakan alamat IP untuk menganggarkan lokasi anda kerana MDN Plus hanya tersedia di sesetengah negara pada masa ini.
Maklumat pembayaran. Apabila melanggan MDN Plus, anda akan menghantar bayaran melalui salah satu penyedia pembayaran pihak ketiga kami: Stripe, Apple, PayPal, atau Google Pay. Mozilla menerima rekod akaun anda (termasuk alamat bil dan empat digit terakhir kaedah pembayaran anda) dan status langganan akaun anda. Mozilla tidak menyimpan butiran lengkap pembayaran anda.
Data interaksi. Mozilla menerima data tentang interaksi anda dengan MDN Plus, termasuk apabila anda log masuk dan apabila anda membuat perubahan pada Akaun Firefox anda seperti mengubah alamat e-mel atau langganan produk.
Data teknikal. Mozilla menerima maklumat asas daripada MDN Plus tentang pelayar web yang anda guna dan sistem operasi pelayar web ini. Apabila MDN Plus bersambung ke pelayan kami untuk mengesahkan dan mengemas kini akaun MDN Plus anda, alamat IP anda akan dikumpul seketika sebagai sebahagian daripada log pelayan kami.
Kami menggunakan data tersebut untuk meningkatkan prestasi dan kestabilan untuk pengguna kami, dan untuk menilai prestasi MDN Plus.
MDN Plus tidak berkongsi sebarang data anda dengan pihak ketiga.
Soalan tentang data privasi?
Kebanyakan maklumat yang kami simpan tentang pengguna Akaun Firefox kami boleh diakses secara mudah dengan log masuk ke akaun anda. Ketahui lebih lanjut cara untuk menguruskan data anda di sini. Untuk membuat permintaan, sila hubungi kami melalui Portal Permintaan Akses Subjek Data kami.
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lain tentang amalan privasi kami, sila hubungi kami di compliance@mozilla.com.
Kami akan menjawab semua permintaan yang diterima dari individu yang ingin melaksanakan hak perlindungan data mereka yang selaras dengan undang-undang perlindungan data yang berkenaan.
Sila lawati forum kami untuk mendapat bantuan sokongan berkaitan MDN Plus secara umum.