Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Soalan Lazim Privasi Data Mozilla

Kami Mengutamakan Pengguna Daripada Keuntungan.

Adalah sukar bagi orang mengetahui apa yang diharapkan daripada perisian atau perkhidmatan yang mereka gunakan hari ini. Teknologi yang memperkasakan kehidupan kita hari ini amat rumit dan pengguna tidak mempunyai masa untuk mendalami butirannya. Hal yang sama dialami Firefox di mana pengguna mempunyai idea yang berbeza tentang apa yang berlaku di sebalik teknologi pelayar mereka.

Di Mozilla, kami menghormati dan melindungi maklumat peribadi anda:

  • Kami mengikuti satu set Prinsip Privasi Data yang membentuk pendekatan kami terhadap privasi pelayar desktop dan mudah alih Firefox.
  • Kami hanya mengumpulkan data yang kami perlukan untuk membuat produk terbaik.
  • Kami menjadikan pengguna berkuasa mengawal data dan pengalaman dalam talian mereka sendiri.
  • Kami mematuhi prinsip "tiada kejutan", maksudnya kami bekerja keras memastikan pemahaman pengguna tentang Firefox selaras dengan realitinya.

Soal jawab berikut ini mampu membantu anda memahami apa yang boleh anda harapkan daripada Mozilla dan Firefox:

Saya menggunakan Firefox untuk hampir kesemua benda di internet. Anda yang bekerja di Mozilla tentunya tahu banyak perkara tentang saya, bukan?

Firefox, pelayar web yang berjalan pada peranti atau komputer anda adalah gerbang anda ke internet. Pelayar anda akan menguruskan banyak maklumat tentang laman web yang anda kunjungi, tapi maklumat itu kekal di dalam peranti anda. Mozilla, syarikat yang membangunkan Firefox, tidak mengumpulnya (melainkan jika anda yang memintanya).

Betul ke, awak tidak mengumpulkan sejarah pelayaran saya?

Mozilla tidak tahu sebanyak yang anda sangkakan tentang bagaimana pengguna melayari internet. Sebagai pembangun pelayar, ia adalah sesuatu yang mencabar bagi kami. Sebab itulah kami bangunkan ciri pilih-masuk, yang hanya membenarkan pengguna yang berminat sahaja untuk memberikan pandangan mereka tentang penggunaan Internet mereka. Sekalipun anda selaraskan sejarah pelayaran anda di kesemua peranti anda yang dipasang dengan Firefox, kami tidak tahu sejarahnya — kerana ia dienkripsi oleh peranti anda.

Nampaknya seperti setiap syarikat di internet membeli dan menjual data saya. Tentu Firefox juga tiada bezanya.

Mozilla tidak menjual data tentang anda, dan kami tidak membeli data tentang anda.

Jadi, bagaimana Firefox menjana wang?

Mozilla bukan organisasi yang biasa. Diasaskan sebagai projek komuniti sumber terbuka pada 1998, Mozilla ialah organisasi yang didorong oleh misi ke arah menjadikan internet lebih sihat. Kebanyakan jualan Mozilla Corporation adalah daripada royalti yang diterima daripada kerjasama pelayar internet Firefox dan perjanjian pengedaran di serata dunia. Anda boleh tahu lebih banyak tentang cara kami menjana pendapatan di dalam laporan kewangan tahunan kami.

Okay, mula-mula tadi mudah saja. Data apa yang anda kumpulkan?

Mozilla ada mengumpul set-set data yang terhad secara lalai daripada Firefox yang membantu kami memahami bagaimana pengguna menggunakan pelayar. Data dihubungkan kepada pengenal rawak berbanding nama dan alamat e-mel. Anda boleh membaca lagi tentang notis privasi kami dan anda boleh baca dokumentasi penuh tentang koleksi data.

Kami menjadikan dokumentasi kami terbuka agar semua orang boleh mengesah apa yang kami katakan semuanya benar, maklumkan jika kami perlu peningkatan, dan mempunyai keyakinan yang kami tidak menyembunyikan apa-apa.

Dokumen itu terlalu sukar untuk saya baca dan faham! Bolehkah saya dapatkan versi Inggeris yang mudah difahami?

Ada dua jenis kategori data yang kami kumpulkan secara lalai dalam versi yang kami lepaskan Firefox.

Yang pertama adalah apa yang kami panggil "data teknikal." Ini ialah data mengenai pelayar itu sendiri, seperti sistem operasi di mana ia dijalankan, dan maklumat mengenai ralat atau ranap.

Yang kedua adalah apa yang kita panggil "data interaksi." Ini ialah data mengenai hubungan individu dengan Firefox, seperti bilangan tab yang dibuka, status kegemaran pengguna, atau bilangan ciri-ciri tertentu pelayar digunakan, seperti tangkap layar atau bekas simpanan. Contohnya, kami mengumpul data yang berkaitan dengan butang kembali, anak panah pada bahagian atas sebelah kiri pelayar anda yang membolehkan anda kembali ke laman sebelumnya yang menunjukkan seseorang sedang menggunakan butang itu, tanpa memberitahu laman web yang diakses secara spesifik.

Adakah anda mengumpul lebih banyak data dalam versi pra-lancar Firefox?

Lebih kurang. Selain daripada data yang diterangkan di atas, kami menerima laporan kerosakan dan ralat secara lalai dalam versi pra-lancar Firefox.

Kami juga mengumpul data tambahan dalam pra-lancar untuk tujuan kajian kami. Sebagai contoh, ada kajian yang memerlukan kami memanggil data "data aktiviti web", yang mungkin termasuk URL dan lain-lain maklumat tentang laman web tertentu. Ini membantu kami menjawab soalan-soalan tertentu bagi meningkatkan Firefox, contohnya bagaimana untuk mengintegrasikan laman web popular dalam penempatan pengguna tertentu.

Mozilla versi pra-lancar Firefox adalah platform pembangunan, yang kerap dikemas kini dengan ciri-ciri eksperimen. Kami mengumpul lebih banyak data semasa pra-lancar berbanding pasca lancar demi memahami bagaimana ciri-ciri eksperimen ini berfungsi. Anda boleh memilih untuk tidak bersetuju jenis data ini dikumpulkan dalam pilihan.

Tetapi mengapa anda mengumpulkan data sama sekali?

Jika kami tidak tahu bagaimana prestasi pelayar atau ciri mana yang digunakan, kami tidak dapat menjadikannya lebih baik dan memberikan anda produk yang hebat seperti yang anda mahukan. Kami telah banyak melabur dalam membina alat pengumpulan data dan analitik yang membolehkan kami membuat keputusan yang bijak tentang produk dan tetap menghormati privasi pengguna.

Pengumpulan data masih mengganggu saya. Bolehkah saya menutupnya terus?

Boleh. Kawalan pengguna merupakan prinsip privasi data kami. Kami mempraktikkannya dengan Firefox dalam laman tetapan privasi kami yang berfungsi sebagai pusat setempat bagi sesiapa yang mahu mengawal sepenuhnya privasi mereka dalam Firefox. Anda boleh menutup terus pengumpulan data di sana.

Bagaimana dengan data akaun saya?

Kami mendukung prinsip pengecilan data dan tidak akan meminta benda yang kami tidak perlukan.

Anda tidak memerlukan akaun untuk menggunakan Firefox. Akaun diperlukan untuk menyelaraskan data di kesemua peranti, tapi kami tanyakan alamat e-mel anda sahaja. Kami tidak memerlukan nama, alamat, tarikh lahir dan nombor telefon.

Anda menggunakan pengiklanan digital sebagai pelan pemasaran. Adakah anda membeli data pengguna demi mensasarkan iklan digital anda?

Tidak, kami tidak membeli data pengguna untuk membuat pengiklanan bersasar.

Kami meminta rakan pengiklanan kami untuk hanya menggunakan data pihak pertama yang diketahui oleh laman web dan penerbit mengenai semua pengguna, seperti pelayar dan peranti yang digunakan.

Nampaknya anda betul-betul menghormati pengguna anda.

Sudah tentu.

Ketahui lebih lanjut tentang bagaimana Mozilla melindungi internet.