Mozilla VPN
Lindungi diri anda dalam talian dengan Mozilla VPN untuk iOS
Dapatkan keselamatan yang pantas dan mudah untuk iPhone atau iPad dengan Mozilla, salah satu nama yang dipercayai dalam teknologi.
Lihat harga & ketersediaan

Privasi anda adalah janji kami
Kekal selamat daripada penggodam dan pengintip sewaktu dalam talian — di rumah mahu pun di luar — dengan Mozilla VPN. Untuk bayaran bulanan yang rendah, ia menggunakan protokol WireGuard® termaju untuk mengenkrip data peribadi dalam iPhone, iPad dan kebanyakan peranti lain, membolehkan anda strim rancangan, main permainan video, membeli-belah, dan meneruskan kehidupan harian anda dalam talian dan tahu bahawa anda selamat.
Selaku pembangun pelayar internet Firefox dan jenama yang dipercayai dalam memperjuangkan privasi internet, Mozilla komited memastikan anda rasa selamat dan dihormati setiap kali anda dalam talian.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:
- Perlindungan sehingga 5 peranti
- Akses ke pelayan di 30+ negara
- Enkripsi peringkat peranti
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya

Kekal selamat dalam talian sewaktu anda dalam perjalanan
Menggunakan wifi awam? Tiada masalah. Mozilla VPN membolehkan anda bebas untuk memeriksa akaun bank anda dari kafe, mengedit kata laluan anda di sudut jalan — pendek kata, anda boleh melakukan semua perkara yang biasa anda lakukan di iPhone atau iPad dengan tenang.

Sambungan 1-klik
Mozilla VPN sangat mudah digunakan. Ketik satu butang dan ia akan mengenkrip sambungan anda dan mengaburkan alamat IP pada iPhone atau iPad menggunakan protokol WireGuard® termaju.

Sambung ke 500+ pelayan di seluruh dunia
Beli-belah dari Switzerland. Strim dari Kanada. Layari dari Australia. Dengan Mozilla VPN, anda boleh tetapkan lokasi iPhone atau iPad anda ke salah satu daripada 30+ negara, membuka anda kepada lebih banyak kandungan yang menarik.

Dapatkan akses untuk 5 peranti
Dengan satu langganan, anda boleh dapatkan Mozilla VPN sehingga 5 peranti berbeza, termasuk iOS untuk iPhone dan iPad, Android, Mac, Windows dan Linux.

Kelajuan tertinggi. Data tanpa had.
Main permainan video, strim rancangan kegemaran, dan berlayar di seluruh internet dengan kelajuan yang amat pantas. Jangan bimbang tentang jalur lebar anda dengan Mozilla VPN — ia tidak terhad.

Data anda kekal rahsia. Habis perkara.
Beberapa penyedia VPN mencatat aktiviti anda dalam pelayan mereka. Bukan sahaja Mozilla VPN tidak menjejaki anda dalam talian — kami juga amat menentangnya. Ini adalah sebahagian besar daripada apa yang kami perjuangkan sebagai sebuah syarikat.