Mozilla VPN
Dapatkan perlindungan dan privasi dalam talian dengan Mozilla VPN untuk Android
Lindungi peranti semudah satu ketik pada telefon Android anda menerusi Mozilla, nama yang paling dipercayai dalam teknologi.
Lihat harga & ketersediaan

Privasi anda adalah janji kami
Sebagai pembangun pelayar web Firefox selain salah satu pelindung paling hebat dalam aspek privasi internet, Mozilla komited secara mendalam untuk privasi dan keselamatan anda setiap kali anda masuk ke internet.
Yakin bahawa data anda selamat daripada penggodam dan pemerhati — baik di rumah mahu pun menerusi wifi awam — dengan Mozilla VPN. Pada harga secawan kopi, data peribadi di peranti Android anda mendapat enkripsi termaju menerusi protokol WireGuard®. Gunakan Mozilla VPN dan yakinlah sambungan anda selamat untuk strim rancangan, permainan video, menguruskan kewangan, beli-belah dan apa saja dalam talian.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:
- Perlindungan sehingga 5 peranti
- Akses ke pelayan di 30+ negara
- Enkripsi peringkat peranti
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya

Kekal selamat dalam talian sewaktu anda dalam perjalanan
Kadang-kala data tanpa wayar tidak boleh didapati dan wifi awam adalah satu-satunya pilihan anda. Dengan Mozilla VPN dalam peranti Android anda, jangan risau lagi untuk memasukkan kata laluan di lapangan terbang atau membuat pembelian dalam talian di kedai kopi — hanya berhubung dengan satu ketik, dan buatlah kerja anda.

Berhubung dengan satu ketik
Menggunakan Mozilla VPN untuk Android amatlah mudah. Ketik satu butang dan sambungan anda dienkripsi secara automatik dengan protokol WireGuard® termaju. Itu sahaja!

500+ pelayan di lebih 30 negara
Dengan Mozilla VPN, anda boleh tetapkan lokasi telefon Android ke salah satu daripada 30+ negara. Ini bermakna anda melihat internet seolah-olah orang tempatan daripada negara yang anda hubungkan. Ini adalah kaedah yang seronok dan menarik bagi menerokai internet daripada perspektif yang berbeza.

Satu langganan untuk sehingga 5 peranti
Mozilla VPN memberikan anda keupayaan untuk menghubungkan 5 peranti berbeza termasuklah Android, iOS, Mac, Windows, dan Linux. Gunakan dalam telefon pintar, desktop, komputer riba, tablet dan banyak lagi.

Kelajuan yang sangat pantas. Data tanpa had.
Bermain permainan video dalam talian, strim filem dan layari internet pada kelajuan yang tinggi pada peranti Android — semuanya dengan jalur lebar tanpa had.

Tiada log. Tiada penjejakan. Tiada pencerobohan privasi.
Kebanyakan penyedia VPN mencatat aktiviti anda dalam pelayan mereka. Ini bukan cara kami. Mozilla VPN tidak akan menjejak aktiviti dalam talian anda—itu amat bertentangan dengan prinsip kami sebagai sebuah syarikat. Kami mengutamakan privasi dan keselamatan anda, melebihi perkara lain.