Mozilla VPN
Lindungi privasi mudah alih anda dengan Mozilla VPN
Lindungi telefon pintar dan tablet anda dengan VPN daripada Mozilla, perintis yang dipercayai dalam privasi internet.
Lihat harga & ketersediaan

Privasi anda adalah janji kami
Pastikan sambungan internet telefon anda tetap peribadi, di mana saja anda berada dengan Mozilla VPN, alat privasi penting daripada pembangun Firefox.
Mozilla VPN menghalang penggodam dan pengintip daripada melihat alamat IP anda dan mengaburkan lokasi anda dalam talian. Dengan enkripsi termaju serta tiada sekatan jalur lebar, ia menjadikan aktiviti strim dan melayar pada dengan telefon pintar atau tablet amat pantas dan terjamin selamat. Untuk bayaran bulanan yang rendah, anda boleh melindungi sehingga 5 peranti dan bersambung kepada berdozen pelayan di seluruh dunia.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:
- Perlindungan sehingga 5 peranti
- Akses ke pelayan di 30+ negara
- Enkripsi peringkat peranti
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya

Kekal selamat menggunakan wifi awam
VPN kami melindungi sambungan internet anda daripada penggodam dan pengintip, jadi anda boleh membeli dari kedai kopi, memeriksa akaun bank anda dari dalam kereta api dan menjalankan perniagaan dalam talian dan yakin bahawa alamat IP anda dilindungi.

Privasi semudah satu klik
Aplikasi Mozilla VPN mengenkrip sambungan internet anda dan menyembunyikan alamat IP dalam telefon mudah alih atau tablet anda menggunakan protokol WireGuard® termaju.

Bersambung ke pelayan di seluruh dunia
Layari dari Brazil. Bermain permainan video dari Jepun. Strim dari Australia. Mozilla VPN membolehkan anda menukar lokasi telefon atau komputer anda ke salah satu 500+ pelayan di lebih 30 negara.

Lindungi hingga 5 peranti
Langganan anda memberikan anda akses tanpa had kepada perkhidmatan VPN yang selamat bagi telefon pintar, tablet dan desktop untuk iOS, Android, Mac, Windows dan Linux.

Kelajuan mengagumkan, tanpa sekatan
Strim video, main permainan, beli-belah dan belayar dengan kelajuan sepantas kilat. Mozilla VPN tidak akan mengehadkan jalur lebar atau melambatkan telefon pintar anda.

Privasi anda diutamakan
Di Mozilla, kami tidak mengumpulkan sebarang data tentang anda atau mencatat aktiviti anda dalam talian — bukan melalui VPN kami atau mana-mana produk kami yang lain. Melindungi privasi anda adalah asas utama Mozilla dalam misi lebih besar.