Mozilla VPN

VPN untuk iOS/iPad daripada Mozilla

Sedang mencari VPN untuk melindungi iPad anda? Mozilla VPN VPN disokong oleh syarikat bukan berasaskan keuntungan. Ketahui bagaimana VPN melindungi anda dan kenapa anda patut mempercayai Mozilla untuk privasi dan keselamatan anda.

Dapatkan Mozilla VPN

Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari

Jika anda memiliki iPad, anda mungkin menggunakannya untuk banyak perkara lain: melayari internet, menonton video, bermain permainan video, membaca buku dan banyak lagi. Sama ada anda di rumah atau di mana saja, sambungan internet anda mampu mendedahkan data peribadi dan lokasi kepada penggodam, pengiklan dan lain-lain pihak ketiga yang menggunakan kuki dan IP untuk menjejak anda.

Sebab itulah anda perlukan Mozilla VPN perkhidmatan VPN yang pantas, boleh dipercayai dan mudah digunakan untuk menghalang aktiviti internet anda daripada intipan.

Apakah Mozilla VPN?

Mozilla VPN adalah khidmat jaringan peribadi maya yang menginkripsi trafik internet anda dan menyorokkan alamat IP.

Dengan Mozilla VPN anda akan dapat:

  • Perlindungan sehingga 5 peranti: Gunakan Mozilla VPN pada iPad dan sehingga empat peranti lain dalam satu langganan. Anda juga boleh menggunakannya untuk peranti Windows, macOS, Linux, iPhone dan Android.
  • Akses kepada pelayan di 30+ negara: Anda boleh pilih sehingaa 500 pelayan di lebih 30 buah negara di seluruh dunia untuk bersambung ke internet. Ini memberikan anda lebih pilihan dan fleksibiliti untuk mengakses kandungan yang anda mahu.
  • Inkripsi trafik pada tahap peranti: Mozilla VPN menginkrip semua trafik anda sebelum ia meninggalkan peranti anda, bukan sekadar pelayar, malah aplikasi, permainan video dan khidmat penstriman anda. Anda juga boleh menggunakan Mozilla VPN untuk menghalang iklan dan penjejak yang mampu menjejaskan privasi anda.
  • Tiada log untuk aktiviti dalam talian: Mozilla tidak melogkan laman web yang anda layari atau menyiasat komunikasi anda.
  • Rasa selamat menggunakan Wifi awam: Apabila anda menghubungkan jaringan Wifi awam contohnya di kafe atau lapangan terbang, data anda mungkin boleh dipintas oleh penggodam atau mereka yang berniat jahat. Dengan Mozilla VPN, data anda diinkripsikan untuk menghalang sesiapa sahaja daripada mengintip aktiviti dalam talian anda.

Mozilla VPN disokong oleh Mozilla Foundation, organisasi bukan berasaskan keuntungan yang menyokong Firefox, antara pelayar internet paling popular di dunia serta memfokuskan kepada privasi. Dengan memilih Mozilla VPN, anda menyokong misi kami untuk menjadikan internet kekal terbuka dan boleh diakses oleh semua orang.