Mozilla VPN

Kekal berhubung dan dilindungi dengan Mozilla VPN untuk Windows 10

Lindungi keseluruhan PC anda dengan rangkaian peribadi maya (VPN) dari Mozilla, pelopor internet yang memperjuangkan privasi digital anda sejak 1998.

Lihat harga & ketersediaan

Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari

Privasi anda adalah janji kami

Anda berhak merasa selamat dalam talian di mana saja anda berada atau ke mana saja anda pergi. Dengan Mozilla VPN, anda boleh menggunakan wifi awam dan ketahui bahawa sambungan anda dilindungi daripada penggodam dan penyedia internet yang sering mengintip. VPN kami mudah digunakan, tersedia untuk Windows 10 (dan mana-mana peranti anda yang lain), dan tidak melambatkan anda. Yang paling menarik, ia adalah VPN daripada Mozilla dengan protokol WireGuard®, jadi anda tahu data anda dienkripsi dan aktiviti anda tidak direkod. Ia merupakan VPN yang elegan dan mantap yang melindungi anda.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:

  • Enkripsi peringkat peranti
  • Pelayan yang mantap di 30+ negara
  • Tiada sekatan jalur lebar
  • Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya
  • Sambungkan sehingga 5 peranti

Kekalkan privasi di wifi awam

Mozilla VPN melindungi sambungan ke internet daripada pemerhatian, jadi anda boleh meneruskan hal anda di mana sahaja — lapangan terbang, bilik asrama, kedai kopi — tanpa perlu risau tentang privasi anda dalam talian.

Perlindungan semudah menekan butang

Mozilla VPN mengenkrip sambungan internet anda dan melindungi alamat IP anda daripada pengintip pada desktop atau komputer riba ada dengan protokol termaju, WireGuard®.

Mengakses pelayan di seluruh dunia

Dengan 500+ pelayan di lebih dari 30 negara, anda dapat melakukan apa sahaja yang anda perlu dalam talian — melayar, beli-belah, membaca berita — dengan menetapkan lokasi peranti anda hampir di mana saja di dunia.

Langganan kami untuk semua peranti anda

Langganan Mozilla VPN memberikan anda akses tanpa had ke perkhidmatan VPN kami yang selamat sehingga 5 peranti untuk Windows (termasuk Windows 10), macOS, Linux, Android dan iOS.

Tiada sekatan jalur lebar

Strim, bermain, membeli-belah dan terokai internet dengan kelajuan yang amat pantas. Dengan data tanpa had dan tiada sekatan jalur lebar, Mozilla VPN tidak akan menghalang anda.

Privasi anda keutamaan kami

Mozilla akan terus bekerja ke arah menjadikan internet lebih baik yang mengutamakan privasi anda. Sebab itulah Mozilla VPN tidak mengumpulkan sebarang data atau melog aktiviti dalam talian anda — tiada sebarang produk kami yang sedemikian.