Mozilla VPN
Lindungi sambungan anda dalam talian dengan Mozilla VPN untuk Mac
Sama ada Mac desktop, komputer riba, iPad atau iPhone, lindungi kesemua peranti anda daripada penggodam dan pengintip dengan VPN daripada Mozilla, perintis keselamatan internet sejak 1998.
Lihat harga & ketersediaan

Privasi anda adalah janji kami
Perniagaan hingga ke waktu lapang, anda sepatutnya rasa selamat dalam talian tidak kira apa yang membawa anda ke sana. Mozilla VPN membantu anda menggunakan wifi awam dengan lebih bijak dengan melindungi sambungan internet anda daripada penggodam dan penyedia internet yang mahukan data anda. Privasi 1-klik boleh didapati untuk Mac dan iOS, (selain Windows 10, Linux dan Android), dan tidak memberi kesan kepada kelajuan anda. Dan, kerana ia adalah VPN daripada Mozilla dengan protokol WireGuard®, anda yakin bahawa aktiviti anda tidak dicatat dan data anda kekal milik anda — sentiasa.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:
- Enkripsi peringkat peranti
- Pelayan yang mantap di 30+ negara
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya
- Sambungkan sehingga 5 peranti

Kekal selamat di wifi yang kurang dipercayai
Masuk dalam talian dengan ketenangan minda apabila anda menggunakan wifi awam ihsan daripada Mozilla VPN. Ia melindungi sambungan internet anda jadi data peribadi anda disembunyikan daripada penggodam dan pengintip.

Privasi di hujung jari anda
Dengan Mozilla VPN, sambungan internet anda dienkripsi dan alamat IP anda dilindungi daripada penggodam dan penyedia internet yang menyibuk, terima kasih kepada protokol termaju WireGuard®.

Mengakses pelayan di seluruh dunia
Tetapkan lokasi pilihan bagi Mac anda ke lebih daripada 500+ pelayan di 30+ negara. Ini membolehkan anda membaca berita, berbelanja, strim dan melayari internet dari mana-mana sahaja.

Lindungi 5 peranti dengan satu langganan
Komputer, tablet dan telefon pintar anda berhak dilindungi. Gunakan Mozilla VPN untuk melindungi sehingga 5 Mac dan peranti iOS (selain Windows, Linux dan Android).

Tidak perlu korbankan kepantasan
Data tanpa had dan tanpa sekatan lebar jalur bermaksud anda dapat menjelajahi setiap sudut internet seperti biasa — dengan tahap keselamatan tambahan.

Apa yang anda lakukan dalam talian adalah hak anda
Dapatkan ketenangan minda apabila anda menggunakan Mozilla VPN. Data anda dienkripsi, aktiviti anda tidak akan dicatatkan dan privasi anda sentiasa dilindungi. Inilah janji kami kepada anda.