Mozilla VPN

Mozilla VPN untuk Ubuntu Linux — gabungan privasi yang sempurna

Sebagai peminat setia Ubuntu Linux, anda sudah pun tahu tentang kepentingan privasi dan keselamatan dalam talian. Anda mungkin juga tahu mengenai Mozilla dan apa yang kami perjuangkan — internet yang peribadi, terbuka dan percuma untuk semua. Sudah tiba masanya untuk menyatukan keduanya.

Lihat harga & ketersediaan

Jaminan wang dikembalikan dalam masa 30 hari

Privasi anda adalah janji kami

Ambil langkah keselamatan tambahan semasa anda dalam talian — di rumah dan di luar — dengan Mozilla VPN. Dengan bayaran bulanan yang rendah, ia menggunakan protokol WireGuard® tercanggih bagi mengenkrip sambungan internet anda pada komputer berasaskan Linux dan juga peranti lain, membolehkan anda menstrim rancangan, bermain, berbelanja, dan melakukan aktiviti harian anda dalam talian serta yakin bahawa anda selamat.

Sebagai salah satu nama yang paling dipercayai dalam industri teknologi, Mozilla berkomitmen untuk memastikan anda berasa selamat dan terjamin setiap kali anda dalam talian.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:

  • Perlindungan sehingga 5 peranti
  • Akses ke pelayan di 30+ negara
  • Enkripsi peringkat peranti
  • Tiada sekatan jalur lebar
  • Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya

Kekal selamat dalam talian apabila anda menggunakan wifi awam

Ada kalanya, wifi awam adalah satu-satunya pilihan terbaik. Mozilla VPN membolehkan anda rasa bebas untuk log masuk ke e-mel anda di lapangan terbang, edit kata laluan di kedai kopi — semua yang anda biasa buat di rumah dengan ketengan minda yang sama.

Keselamatan hanya dengan 1 klik

Mozilla VPN sangat mudah digunakan. Ketik satu butang dan ia akan mengenkrip sambungan anda dan mengaburkan alamat IP pada iPhone atau iPad menggunakan protokol WireGuard® termaju.

Bersambung ke lebih daripada 500+ pelayan di 30 negara berbeza

Mozilla VPN memberikan anda kebolehan untuk menetapkan lokasi komputer anda yang berasaskan Linux ke salah satu daripada 30+ negara, membuka lebih banyak kandungan menarik kepada anda dari seluruh dunia.

Sambungkan sehingga 5 peranti

Dengan satu langganan, anda boleh dapatkan Mozilla VPN sehingga 5 peranti berbeza dalam pelbagai sistem operasi, termasuk Linux, Windows, Android, Mac, dan iOS untuk iPhone dan iPad.

Kelajuan pantas dengan data tanpa had

Mainkan permainan, strim filem dan rancangan, dan layari internet dengan kelajuan ultra-pantas tanpa sekatan jalur lebar — Mozilla VPN tiada had.

Data anda adalah milik anda

Terdapat VPN yang mencatat aktiviti anda dalam pelayan mereka. Mozilla VPN tidak menjejaki anda dalam talian — malah, ini adalah prinsip kami sebagai sebuah syarikat.