Mozilla VPN
Lindungi sambungan internet anda dengan Mozilla VPN untuk desktop
Dapatkan keselamatan yang pantas dan mudah pada desktop dan komputer riba dengan Mozilla, salah satu nama yang paling dipercayai dalam teknologi.
Lihat harga & ketersediaan

Privasi anda adalah janji kami
Mozilla VPN memberikan anda keupayaan untuk bersambung dengan yakin dan memastikan maklumat anda selamat daripada intipan dan pencuri data apabila anda dalam talian. Mozilla VPN menggunakan protokol WireGuard® termaju untuk mengenkrip data peribadi pada komputer desktop dan riba anda — sehingga 5 peranti. Strim rancangan, main permainan video dan jalani kehidupan anda dalam talian dan yakin bahawa anda selamat.
Selaku pembangun pelayar internet Firefox dan jenama yang dipercayai dalam memperjuangkan privasi internet, Mozilla komited memastikan anda rasa selamat dan dihormati setiap kali anda dalam talian.

Apa yang anda perolehi dengan Mozilla VPN:
- Perlindungan sehingga 5 peranti
- Akses ke pelayan di 30+ negara
- Enkripsi peringkat peranti
- Tiada sekatan jalur lebar
- Tiada catatan aktiviti dalam talian kini dan selamanya

Kekal selamat menggunakan wifi awam
VPN kami melindungi sambungan internet anda daripada penggodam dan pengintip, jadi anda boleh membeli-belah dari kedai kopi, memeriksa akaun bank anda dalam kereta api dan menjalankan perniagaan dalam talian anda di mana sahaja tanpa masalah keselamatan.

Privasi semudah satu klik
Aplikasi Mozilla VPN mengenkrip sambungan internet anda dan menyembunyikan alamat IP dalam telefon mudah alih atau tablet anda menggunakan protokol WireGuard® termaju.

Bersambung ke pelayan di seluruh dunia
Layari dari Brazil. Bermain permainan video dari Jepun. Strim dari Mexico. Mozilla VPN membolehkan anda menukar lokasi telefon dan komputer kepada satu daripada 500 pelayan.

Lindungi hingga 5 peranti
Langganan anda memberikan anda akses tanpa had kepada perkhidmatan VPN yang selamat bagi telefon pintar, tablet dan desktop untuk iOS, Android, Mac, Windows dan Linux.

Kelajuan mengagumkan, tanpa sekatan
Strim video, main permainan, beli-belah dan belayar dengan kelajuan sepantas kilat. Mozilla VPN tidak akan mengehadkan jalur lebar atau melambatkan telefon pintar anda.

Privasi anda diutamakan
Di Mozilla, kami tidak mengumpulkan sebarang data tentang anda atau mencatat aktiviti anda dalam talian — bukan melalui VPN kami atau mana-mana produk kami yang lain. Melindungi privasi anda adalah asas utama misi kami.