Terma Perkhidmatan MDN Plus

Versi 1.2, berkuat kuasa pada 01 November 2023

MDN Plus ialah perkhidmatan langganan yang menyediakan fungsian premium termasuk MDN luar talian, kutipan, tema dan kemas kini. (“Perkhidmatan”). Sila baca Terma Perkhidmatan ini dengan teliti. Ia akan menerangkan maklumat penting tentang penggunaan Perkhidmatan oleh anda.

Anda Perlu Layak untuk Menggunakan Perkhidmatan

Anda perlu berada di dalam negara di mana Perkhidmatan ini tersedia. Pada masa ini, Perkhidmatan ini tersedia di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Jerman, Perancis, Itali, Sepanyol, Belgium, Austria, Switzerland, Belanda, Ireland, Malaysia, New Zealand dan Singapura. Akaun Mozilla diperlukan untuk menggunakan Perkhidmatan.

Untuk mencipta akaun Mozilla, anda juga perlu bersetuju dengan Terma Perkhidmatan dan Notis Privasi untuk akaun Mozilla anda.

Privasi Anda

Privasi Anda. Notis Privasi MDN Plus menerangkan maklumat yang dihantar apabila anda menggunakan Perkhidmatan ini, dan cara pihak kami mengurus dan berkongsi maklumat tersebut.

Mozilla ialah sebuah organisasi global dan komputer kami serta komputer penyedia perkhidmatan mungkin berada di beberapa buah negara di dunia termasuk di Amerika Syarikat. Ini bermakna maklumat anda mungkin diproses oleh pelayan yang berada di luar negara di mana anda tinggal dan negara tersebut mungkin memiliki tahap kawalan perlindungan data yang berbeza daripada negara anda. Dengan memberikan kami maklumat, anda mengizinkan pemindahan maklumat anda seperti ini.

Kebenaran yang Diperlukan untuk Menyediakan Perkhidmatan

Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda. Mozilla memberi anda kebenaran untuk menggunakan Perkhidmatan MDN Plus menurut Terma Perkhidmatan ini. Kebenaran ini hanyalah untuk kegunaan peribadi anda. Anda tidak boleh memindahkan, sub lesen, menjual semula atau mengeksploitasi perkhidmatan secara komersial.

Anda memberikan semua hak yang perlu kepada Mozilla untuk mengendalikan Perkhidmatan, termasuk memproses data yang anda muat naik atau akses melalui Perkhidmatan termasuk sebarang nota yang anda buat atau sumbangan kepada laman web. Ini juga termasuk menghantar pemberitahuan kepada anda dan memproses serta menyimpan maklumat anda seperti halaman dan label yang disimpan. Anda boleh menemui lebih banyak maklumat tentang data yang diproses oleh Mozilla dalam Notis Privasi MDN Plus. Anda juga setuju bahawa penggunaan Perkhidmatan oleh anda akan mematuhi Dasar Penggunaan Boleh DiterimaMozilla. Anda bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan yang anda hantar dan akibatnya.

Maklum Balas dan Cadangan Anda. Jika anda memberikan sebarang idea, cadangan atau maklum balas kepada Mozilla tentang MDN Plus atau perkhidmatan yang anda gunakan dengan MDN Plus, anda memberi kebenaran kepada Mozilla untuk menggunakannya secara percuma tanpa sebarang kewajipan tambahan.

Hak Milik Intelek Mozilla. Mozilla atau pemberi lesen tidak memberikan anda sebarang hak milik intelek bagi Perkhidmatan yang tidak dinyatakan secara khusus dalam Terma-terma ini. Sebagai contoh, Terma ini tidak memberi hak untuk menggunakan sebarang hak cipta, tanda perniagaan atau ciri jenama khusus Mozilla atau pemberi lesen yang lain. Perisian Mozilla diedarkan bawah dan tertakluk pada versi semasa Lesen Awam Mozilla atau lesen kebenaran lain yang sama.

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara MDN Plus bekerja, anda boleh lihat kod sumber yang memacu perkhidmatan, yari, kuma, dan infra.

Pembayaran Anda

Pembayaran. Kami menawarkan MDN Plus sebagai perkhidmatan langganan yang diperbaharui secara automatik. Ketika mendaftar, anda telah memberi kebenaran untuk pihak kami mengenakan yuran langganan bagi penggal pertama Perkhidmatan pada kaedah pembayaran yang telah anda pilih. Pelan anda akan diperbaharui secara automatik pada setiap hujung penggal, dan anda telah memberi kebenaran untuk kami mengenakan yuran langganan bagi setiap penggal. Jika anda berhenti membuat pembayaran, kami akan segera menggantung akaun anda dan akan menghapuskan akaun tersebut selepas 2 bulan tanpa pembayaran.

Dasar Bayaran Balik 30 Hari. Pada kali pertama anda melanggan MDN Plus melalui laman web Mozilla, sekiranya anda membatalkan akaun anda dalam tempoh masa 30 hari pertama, anda boleh meminta bayaran balik dan Mozilla akan membuat bayaran balik bagi tempoh langganan pertama anda. Tawaran ini hanya terpakai untuk kali pertama anda melanggan. Ini adalah sebagai tambahan kepada mana-mana hak yang mungkin anda miliki di bawah undang-undang pengguna di negara anda.

Anda Boleh Batal Langganan Anda Pada Bila-bila Masa

Pembatalan. Anda boleh membatalkan langganan MDN Plus pada bila-bila masa. Anda boleh melakukan ini dengan mengklik pautan “Batalkan Langganan” dalam mana-mana e-mel yang kami hantar kepada anda atau pergi ke bahagian Langganan Berbayar di akaun Mozilla anda dan klik “Batal” pada langganan MDN Plus anda. Sekiranya anda memilih untuk membatalkan, pembaharuan automatik akan dihentikan, kami tidak akan mengenakan caj kepada anda untuk sebarang tempoh pembayaran akan datang, dan anda akan kehilangan akses kepada perkhidmatan di akhir kitaran bil semasa.

Anda Bertanggungjawab Terhadap Akibat daripada Penggunaan Perkhidmatan oleh Anda

  • Anda memberi jaminan kepada Mozilla bahawa anda tidak akan menggunakan Perkhidmatan untuk mencabuli hak orang lain atau melanggar mana-mana undang-undang.

  • Sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berlaku, anda bersetuju bahawa Mozilla tidak akan dipertanggungjawabkan dalam juga cara bagi sebarang ketidakupayaan untuk menggunakan Perkhidmatan, bagi sebarang had perkhidmatan atau sebarang tuntutan yang timbul daripada terma-terma ini. Mozilla secara khususnya menafikan perkara berikut: kerosakan tidak langsung, khas, sampingan, akibat, atau teladan, kerosakan langsung atau tidak langsung disebabkan kehilangan muhibah, penghentian kerja, kehilangan keuntungan, kehilangan data atau kerosakan komputer. Sebarang liabiliti untuk Mozilla di bawah perjanjian ini adalah terhad kepada $500.

  • Anda bersetuju untuk melindungi dan pegang lepas Mozilla daripada sebarang tanggungjawab atau tuntutan yang timbul dari penyertaan anda dalam MDN Plus, sejauh mana yang dibenarkan oleh undang-undang yang berlaku.

  • Mozilla menyediakan perkhidmatan “seperti adanya.” Sejauh mana yang diizinkan oleh undang-undang yang berlaku, Mozilla secara khusus menolak sebarang jaminan atau waranti undang-undang seperti “kebolehdagangan,” “kesesuaian untuk tujuan tertentu,” “bukan pelanggaran,” dan jaminan yang timbul dari suatu urusan, penggunaan atau perdagangan

  • Anda mungkin mempunyai hak lain di bawah undang-undang negara anda sendiri. Tidak ada dalam Terma Perkhidmatan ini yang bertujuan untuk menjejaskan hak tersebut, jika berlaku.

Mengemas kini atau Menamatkan Terma ini

  • Mozilla Boleh Mengemas Kini Terma Ini. Dari semasa ke semasa, Mozilla boleh memutuskan untuk mengemas kini Terma ini. Kami akan menghantar Terma yang dikemas kini secara dalam talian. Kami akan menganggap penggunaan Perkhidmatan anda secara berterusan sebagai penerimaan perubahan tersebut. Kami akan meletakkan tarikh kuat kuasa pada bahagian atas halaman ini untuk menjelaskan masa kami membuat kemas kini terbaru.

  • Penamatan. Terma-terma ini terpakai sehingga sama ada anda atau Mozilla membuat keputusan untuk menamatkan terma. Anda boleh memilih untuk menamatkan pada bila-bila masa atas sebarang sebab dengan berhenti daripada menggunakan Perkhidmatan dan menghapuskan MDN Plus. Mozilla boleh menggantung atau menamatkan akses Perkhidmatan sesiapa sahaja pada bila-bila masa tanpa sebarang sebab, termasuklah jika Mozilla memutuskan untuk menamatkan Perkhidmatan. Sekiranya kami memutuskan untuk menggantung atau menamatkan akses anda, kami akan berusaha untuk memberitahu anda di alamat e-mel yang berkaitan dengan akaun anda atau pada waktu berikutnya anda cuba mengakses akaun anda.

Jika kami menamatkan akses anda kepada Perkhidmatan ini tanpa sebab tertentu, anda masih boleh mengakses Perkhidmatan ini sepanjang tempoh pembilan semasa atau pihak kami akan membayar balik bulan semasa. Walau bagaimanapun, kami berhak untuk menamatkan penggunaan Perkhidmatan ini jika kami percaya bahawa anda telah melanggar Syarat Penggunaan atau anda telah melanggar Terma-terma ini.

  • Pilihan Undang-undang. Undang-undang California terpakai untuk kontrak ini, melainkan untuk percanggahan undang-undang California. Jika terdapat sebarang percanggahan antara versi kontrak dalam bahasa Inggeris ini dengan versi penterjemahan, versi bahasa Inggeris ini akan digunakan.

Hubungi Mozilla:

Mozilla Corporation
Attn: Mozilla – Legal Notices
149 New Montgomery St.
4th Floor
San Francisco, CA 94105

legal-notices@mozilla.com