Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Edit fail PDF secara percuma dengan Editor PDF Firefox

Anda kini boleh menambah apa-apa kandungan di dalam fail PDF dalam talian menerusi Firefox. Buka fail PDF menerusi Firefox dan klik butang Text or Draw di sudut atas sebelah kanan untuk membuat perubahan pada dokumen anda. Muat turun fail itu dan simpan segala perubahan yang anda lakukan.

Isi borang dalam talian tanpa mencetak atau mengimbas

Kita semua pernah mengalaminya: Anda perlu mengisi borang dalam format PDF, namun ia tidak boleh disunting. Dulu-dulu, pilihan yang ada hanyalah membazir kertas (dan membunuh pokok), tambahkan dakwat dan imbas semula ke dalam komputer anda.

Sekarang Tidak Lagi! Kini, anda hanya perlu menyunting PDF itu dalam talian dengan Firefox, simpankannya dan e-mel semula daripada komputer anda.

Tambahkan teks

Buka PDF menerusi Firefox. Klik butang Text untuk memilih warna dan saiz teks sebelum memilih lokasi di dalam dokumen untuk anda menambahkan teks baru itu. Semudah itu!

Tambahkan lukisan (atau tandatangan anda)

Buka fail PDF menerusi Firefox. Klik ikon Draw untuk memilih warna, ketebalan dan kelegapan sebelum boleh melukis pada dokumen tersebut. Ia takkan lebih bersememeh daripada tanda tangan anda yang biasa!

Tambah imej dengan teks alternatif

Buka fail PDF menerusi Firefox. Klik ikon imej, yang kemudian akan mengarahkan anda memuat naik imej. Ubah suai saiz dan kedudukan imej seadanya. Klik butang “+Alt text” pada imej untuk menambah ayat penerang foto menjadikan PDF anda lebih mudah diakses.

Buat sorotan

Buka fail PDF menerusi Firefox. Pilih teks yang anda ingin sorotkan, kemudian klik ikon sorotan yang muncul di bawah pilihan anda, atau klik kanan untuk mencari opsyen sorotan pada menu konteks. Klik ikon di atas sebelah kanan seksyen sorotan PDF.