Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Sesuaikan pelayar Firefox anda

Tema Firefox membolehkan anda menukar rupa pelayar anda. Ia menetapkan skim warna untuk menu pelayar dan sistem laman Firefox, selain menambah imej latar belakang bagi toolbar Firefox anda.

Firefox didatangkan dengan tema sistem lalai dan siap pasang dengan variasi cerah, gelap dan warna-warni.

Imej tema lalai yang didatangkan dengan Firefox, memaparkan variasi cerah, gelap dan warna-warni.

Anda boleh menemui lebih banyak tema tersuai di addons.mozilla.org. Layari tema popular, trending dan paling disyorkan. Atau carilah tema melalui kategori termasuklah muzik, musim, sukan, dan alam semula jadi. Sesuaikan pengalaman dengan citarasa anda. Ulat comel, robot jahat, landskap indah — ada ribuan opsyen yang boleh menjadikan Firefox milik anda.

Imej tiga tema Firefox yang disesuaikan: tema ungu gelap dan merah jambu dengan rona putih dan oren, tema beige cerah memaparkan lukisan warna air burung dan pokok ceri yang mekar, serta tema hitam gelap dan hijau memaparkan corak litar berteknologi tinggi.