Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Mod Pelayaran Peribadi Firefox

Jika anda berkongsi komputer dengan orang lain atau anda mahu hadkan data yang dikumpul oleh laman web ini, gunakan mod pelayaran peribadi Firefox. Pelayaran peribadi memadam jejak digital yang anda tinggalkan semasa anda menggunakan internet — anggaplah ia seperti kesan tapak kaki yang kita tinggalkan di atas tanah.

Apa yang boleh dilakukan oleh pelayar peribadi?

Mod pelayaran peribadi membuka jendela pelayar baru. Sebaik ditutup, sejarah pelayaran bagi jendela itu atau kuki jejak dari laman web yang anda kunjungi akan dipadam. Tip Pro Firefox: Jangan lupa menutup jendela pelayar peribadi selepas selesai!

Jendela pelayar Firefox dalam mod pelayaran peribadi.

Apa yang pelayaran peribadi tidak dapat lakukan

Mod pelayaran peribadi tidak akan memadam penanda buku baru yang anda buat daripada jendela pelayar peribadi, atau melindungi anda daripada malware atau virus. Ia juga tidak mencegah laman web yang anda lawati daripada menjejaki lokasi fizikal anda serta menghentikan pembekal internet anda daripada mengelog apa yang anda buat. Anda perlukan VPN yang boleh dipercayai untuk situasi itu.

bandingkan pelayaran peribadi Firefox dengan mod inkognito Chrome.