Bagaimana untuk kekal santai dan selamat dalam talian.
Kami percaya bahawa internet harus selamat, terbuka dan inklusif. Ia perlu menawarkan pilihan dan kemahuan untuk kekal peribadi. Tunggu — apakah privasi? Sejak kebelakangan ini, istilah ini banyak dikaitkan dengan pelanggaran, kebocoran data dan maklumat peribadi yang dijual daripada satu syarikat ke syarikat lain. Pengguna internet merasa dikhianati, putus asa dan tidak lagi percaya dengan pengalaman web peribadi. Dan kami faham mengapa.
Berita baik: anda boleh menuntut balik privasi dan memperoleh semula kawalan pengalaman internet anda! Ia sebenarnya amat mudah sekali. Semua orang boleh melakukannya (janji!). Apa yang diperlukan hanyalah sedikit masa untuk membaca buku kecil ini, pilih tip yang anda ingin laksanakan dan mulakan.
Risiko ada, di mana sahaja – dalam talian dan juga di luar talian. Sudah tentu, tidak semua orang terdedah kepada risiko yang sama, dan ada banyak cara pengguna (boleh) melindungi diri mereka. Ia bergantung kepada bagaimana dan berapa banyak penggunaan internet serta dan lokasi anda. Walau apa pun, sangat penting untuk anda memahami risiko yang ingin diatasi sebelum sebarang langkah diambil. Inilah yang perlu anda berikan perhatian:
Sekalipun organisasi amat berhati-hati dengan data pengguna, tetap ada kemungkinan bahawa alamat e-mel, kata laluan dan lain-lain data yang lebih sensitif boleh terdedah dalam kes pelanggaran data. Atau, kadang-kala, kita mungkin juga mendedahkan terlalu banyak maklumat diri kita secara tidak sengaja. Malangnya, penipu hanya memerlukan hanya beberapa maklumat peribadi untuk mencipta profil palsu, yang mungkin memberikan imej buruk kepada pengguna/orang yang terkesan untuk jangka masa yang lama.
Menurut GDPR, anda boleh meminta data anda diserahkan kepada anda atau menghapuskannya; namun, laman web mungkin tidak memenuhi permintaan ini dan juga mereka yang tidak menawarkan perkhidmatan mereka di luar Eropah.
Penjejak, kuki? Anda mungkin pernah dengar tentang benda-benda ini. Penjejak adalah elemen kecil di laman web yang memerhati dan merekodkan tingkah laku anda untuk diberikan kepada pemilik laman atau pihak ketiga. Ada juga di antara mereka yang menjejak anda sehingga ke laman-laman web lain.
Kuki penjejak sepatutnya memberitahu pemilik laman web dan pengiklan mengenai tingkah laku pelayaran anda dan apa yang anda minati. Ia kemudiannya digunakan sebagai alat memperibadikan pengalaman internet anda. Sering kali ia bermaksud, anda melihat iklan yang sepadan dengan minat anda. Kuki mengumpulkan banyak maklumat mengenai anda dan menyimpannya dalam satu profil. Ini mungkin kedengaran seperti sesuatu yang memudahkan, tapi malangnya, profil sedemikian tidak semestinya tepat. Dalam situasi terbaik, anda tidak mendapat iklan yang relevan. Dalam situasi terburuk, maklumat yang anda lihat di sesetengah laman web tidak sepadan dengan keperluan dan kehendak anda. Selain itu, ketahuilah bahawa profil mampu mempengaruhi, contohnya, harga produk dan perkhidmatan yang ditawarkan kepada anda.
Sekalipun internet jarang sekali membenarkan kita menjadi tidak dikenali sepenuhnya, bersembunyi di sebalik identiti dalam talian amatlah mudah. Sesetengah orang menggunakan kesempatan ini untuk membuli, menghasut atau mengutuk orang lain. Perbuatan seperti ini telah menjadi isu besar terutama sekali di dalam media sosial dan forum. Akibat peninggalan jejak yang tidak kita ketahui di internet, ini mungkin membawa kesan lebih besar, malah lebih tidak menyenangkan. Dalam senario terburuk, jika seseorang menemui maklumat peribadi yang cukup tentang anda dalam talian, mereka juga mungkin menjejak anda hingga ke luar talian.
Berita yang disyorkan amat menyelesakan, kerana kita semua suka membaca, menonton dan mendengar kandungan yang selari dengan pendapat kita. Namun, bagaimana sekiranya kandungan itu tidak tepat? Atau apakah yang terjadi jika kita terlepas pandang tentang isu sebenar kerana kita hanya terdedah kepada sebahagian kecil isu tersebut – bagaimana hendak kita membentuk pendapat kita?
Sebilangan besar daripada kita merasakan bahawa kita mempunyai sedikit sahaja kawalan terhadap keselamatan, privasi dan kualiti maklumat yang kita lihat dalam talian. Mungkin anda juga dapat merasakannya. Ya, ada ruang untuk diperbaiki – namun kita sering rasa malas dan hanya menggunakan sebahagian kecil daripada alat yang tersedia untuk kita. Atau kita bergantung kepada penyelesaian semua-dalam-satu, lalu meletakkan sejumlah besar data peribadi di tangan satu syarikat tanpa ragu-ragu. Mengapa? Kerana kita tidak mahu memikirkannya lebih mendalam daripada yang diperlukan. Atau mungkin juga kerana kita tidak tahu berapa banyak alternatif yang sebenarnya kita ada.
Sudah tiba masanya untuk melakukan Nyahtoksin Data! Bersama-sama dengan Tactical Tech Collective, Mozilla telah mengumpulkan pakej tip yang praktikal bergelar Data Detox Kit. Ia adalah sebuah program yang menjadikan anda terasa seperti pengguna dalam talian yang baru. Masih belum bersedia untuk program penuh? Sila mula dengan salah satu daripada tip berikut (atau kesemuanya)!
Padamkan kesemua sejarah pelayar anda. Sama ada anda menggunakan Firefox, Chrome, Safari, atau produk yang lain – kesemuanya menawarkan fungsi ini. Selalunya anda akan temui tetapan ini di bawah topik "Security" atau di tempat yang berasingan. Begini caranya jika anda menggunakan Firefox.
Padam sejarah aktiviti Google anda. Log masuk ke akaun anda, buka seksyen "My Activity", tatal ke bawah. Terkejut dengan semua maklumat yang tersimpan di sini, atau luar jangkaan? Dipersilakan untuk memadamnya: Di menu sebelah kiri, klik "Delete Activity by" > tukar tarikh ke "All time" dan produk ke "All Products" > klik "Delete" > klik "OK" untuk memadam jika pop-up muncul.
Kita semua, ada yang lebih dan ada yang kurang, cenderung ke arah keselesaan. Kadang-kala itu bermakna kita sanggup melepaskan kawalan. Jika anda tidak mahu melaksanakan pembersihan digital besar-besaran selang seminggu, pastikan tidak terlalu banyak data anda yang dikumpulkan sejak awal. Sebenarnya ia lebih mudah daripada sangkaan anda! Kaedah mudah: elakkan penyelesaian semua-dalam-satu. Ia mampu membentuk pandangan 360-darjah tentang diri anda, namun ia tidak semestinya sepadan dengan semua pengguna pun. Tiba masanya untuk mencuba alternatif! Kami akan berikan anda beberapa contoh:
Walaupun ramai pengguna gemar memilih pelayar kegemaran mereka pada komputer, ramai yang tidak menukar pelayar siap-pasang pada peranti mudah alih mereka.
Cubalah Firefox Focus. Pelayar web kami yang teramat pantas menghalang banyak kuki dan penjejak, dan membenarkan anda melayari internet dilindungi.
DuckDuckGo, tidak seperti penyedia lain, tidak mendaftar profil pengguna atau menapis carian, agar semua pengguna mendapatkan hasil carian yang serupa. Ia boleh didapati dalam carian pelayar atau pun sebagai aplikasi tambahan kepada pelayar.
Pernahkah anda mendengar tentang Posteo? Ia adalah penyedia e-mel bebas berpangkalan di Berlin yang menawarkan khidmat e-mel, buku alamat dan kalendar yang mampan dan super-selamat, dienkripsi, bebas iklan dan dibiayai oleh yuran bulanan yang rendah.
Walaupun ramai pengguna gemar memilih pelayar kegemaran mereka pada komputer, ramai yang tidak menukar pelayar siap-pasang pada peranti mudah alih mereka.
Signal adalah satu aplikasi mesej yang selamat dan dienkripsi untuk iOS, Android dan pelbagai lagi sistem operasi komputer. Aplikasi ini juga didalangi oleh sebuah yayasan yang menyokong sumber terbuka dan pendukung utama kebebasan bersuara.
Sampai satu tahap, kita mampu mengawal maklumat diri kita yang boleh didapati di internet. Malangnya, ini tidak mampu untuk melindungi kita daripada bahaya. Yang paling teruk khususnya ialah kecurian identiti. Inilah apa yang anda perlu pertimbangkan:
Ada beberapa peralatan yang boleh membantu anda meningkatkan tahap privasi dan keselamatan anda. Dan ini amat hebat! Sungguh pun begitu, anda masih memerlukan kata laluan untuk melindungi akaun anda. Adakah anda rasa sistem keselamatan rumah yang tercanggih mampu melindungi rumah anda daripada pencuri jika rumah anda tiada pintu? Inilah yang harus anda lakukan:
Tertanya-tanya bagaimana anda mesti membuat dan mengingati semua kata laluan dan jawapan keselamatan anda? Tolong jangan tuliskan kata laluan anda di atas sekeping kertas yang diletakkan di sebelah komputer (ya, ada orang yang berbuat demikian). Maka, dapatkan pengurus kata laluan yang bukan sahaja menyimpan kata laluan anda, jawapan keselamatan dan lain-lain maklumat peribadi, tetapi juga.
Ada beberapa pengurus kata laluan di pasaran, ada yang dienkrip dengan kata laluan primer, ada juga ciri-ciri biometrik (cap jari, imbasan wajah). Pilihlah apa yang sesuai dengan anda – atau mungkin juga perlu mencuba Firefox Lockwise? Ia akan menyimpan semua kata laluan anda dengan selamat dan tersedia untuk peranti mudah alih anda termasuk pelayar desktop, maklumat log masuk anda sentiasa tersedia setiap kali anda memerlukannya.
Kata laluan yang mantap adalah penting dan merupakan langkah pertama ke arah keselamatan dalam talian yang dipertingkatkan. Mahu tingkatkan dua kali lebih keselamatan? Cubalah pengesahan multi-faktor (MFA) – banyak perkhidmatan yang menawarkannya sekarang!
WIFI awam amat memudahkan – terutamanya kerana anda boleh mengakses tanpa perlu log masuk. Malangnya, ini bermakna rangkaian ini tidak selamat kerana ia tidak dilindungi. Ini yang kami syorkan:
Bluetooth merupakan rekaan hebat yang membebaskan kita daripada wayar yang berserabut. Namun, kebanyakan orang tidak menggunakannya secara tetap. Jika anda tidak memiliki jam pintar yang memerlukan sambungan ke telefon anda setiap masa, sila padamkan Bluetooth. Ini dapat menjimatkan bateri selain itu, menutup titik kelemahan yang boleh digunakan oleh penceroboh.
Bukanlah satu keganjilan melihat alamat internet yang bermula dengan HTTP. Ia merupakan protokol yang membolehkan laman web untuk dimuat ke dalam pelayar. Cuba, jika boleh, gunakan pilihan enkripsi HTTPS pula. Ini penting terutamanya jika anda menggunakan WIFI awam: walaupun sambungan itu tidak dienkripsi, HTTPS memastikan data yang anda hantar tetap dienkripsi.
Alamat e-mel anda tidak semestinya mendedahkan diri anda dengan banyak. Namun, jika anda menggunakan alamat yang sama untuk pelbagai perkhidmatan dan laman web, anda meninggalkan jejak. Alamat e-mel anda mungkin menjadi pusat identiti dalam talian, yang bersambung dengan pelbagai jenis data (pelayar atau akaun). Anda mungkin perlu mempertimbangkan untuk membuka lebih daripada satu e-mel bagi tujuan berlainan?
Kadang-kala, kata lebih mudah daripada dilaksana – jangan klik pada pautan yang meragukan! Kebanyakan pengguna internet tahu untuk lebih berwaspada apabila menerima e-mel yang nampaknya daripada pihak bank atau e-commerce. Namun, pautan yang diterima daripada rakan dan keluarga sepatutnya selamat, bukan? Ada pengecualiannya:
Kita telah bercakap bagaimana manusia sukakan – betul? Berkenaan dengan maklumat yang kita terima, memang elok jika kita dapat lihat pemikiran dan harapan kita disahkan kerana ia menyenangkan dan menenangkan. Tapi adakah itu menjadikan maklumat itu tepat? Adakah kita mendapat gambaran sebenar atau hanya perspektif terpencil?
Peranti mudah alih hari ini biasanya ada keupayaan menentu, menyimpan dan berkongsi lokasi. Ini amat berguna jika anda sedang memandu atau sewaktu telefon anda hilang. Pada masa yang sama, maklumat yang sensitif ini juga digunakan oleh aplikasi lain, walaupun anda tidak menginginkannya.
Walaupun telefon pintar kini datang dengan banyak memori sehingga tiada apa-apa lagi yang perlu dipadam, membersihkannya dari semasa ke semasa ialah amalan yang mampu melindungi anda. Mengapa?
Mengurangkan titik lemah. Lebih banyak aplikasi yang anda ada dalam peranti anda, lebih banyak entiti mempunyai akses kepada data anda – dan mustahil untuk mendapatkan gambaran menyeluruh setiap masa.
Bersihkan telefon anda: Periksa aplikasi mana yang telah anda pasang dan fikirkan jika anda masih menggunakannya. Padamkan mana-mana aplikasi (atau akaun berkaitan) yang anda tidak perlukan lagi.
Hadkan akses. Pertimbangkan juga kebenaran yang anda telah berikan kepada aplikasi yang tinggal, termasuk media sosial dan tanya diri anda: Adakah aplikasi ini perlukan akses kepada lokasi saya? Hubungan saya? Gambar saya? Kamera dan mikrofon saya?
Berita yang disyorkan amat menyelesakan, kerana kita semua suka membaca, menonton dan mendengar kandungan yang selari dengan pendapat kita. Namun, bagaimana sekiranya kandungan itu tidak tepat? Atau apakah yang terjadi jika kita terlepas pandang tentang isu sebenar kerana kita hanya terdedah kepada sebahagian kecil isu tersebut – bagaimana hendak kita membentuk pendapat kita?
Kami bezakan di antara penjejak pihak pertama dan pihak ketiga, atau kuki penjejak. Anda mungkin mendapati penjejak pihak pertama terdapat dalam laman berita, misalnya. Tugas penjejak jenis ini ialah menyedari kehadiran pelawat baru atau yang sama datang ke laman mereka, lihat apa yang anda baca, berapa lama anda meluangkan masa di sana, dan pelbagai lagi. Mereka mungkin menggunakan maklumat ini untuk meningkatkan mutu tawaran mereka dan menentukan apa yang digemari oleh para pembaca.
Penjejak pihak ketiga, sebaliknya, boleh mencatatkan kesemua lawatan laman web pelawat, misalnya, untuk tujuan memaparkan iklan yang disasarkan kepada mereka. Ini juga berfungsi di laman-laman web berbeza yang dilawati oleh seseorang; biasanya ada lebih daripada satu penjejak. Mereka biasanya bekerjasama dengan penjejak lain untuk mengetahui cara baru meyakinkan anda menerusi iklan bagi tujuan membelanjakan wang, mendaftar perkhidmatan baru, dan kongsi lebih banyak maklumat diri anda.
Seperti yang anda sangkakan, maklumat ini amat bernilai. Kerana itulah, syarikat yang mempunyainya boleh mengaut keuntungan dengan menjualnya. Malangnya, tiada sesiapa yang melibatkan anda dalam keputusan ini. Kerana itulah Firefox menyekat banyak penjejak pihak ketiga secara lalai, demi memberikan semula kawalan di dalam pengalaman atas talian anda dan mengurangkan peluang untuk anda diekori di dalam internet oleh syarikat pengiklanan dan perniagaan palsu.
Anda ada apa-apa soalan atau maklum balas? Jangan ragu-ragu untuk mencari kami. Kami juga menanti khabar daripada anda!