Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

Adakah Firefox pelayar peribadi?

Ya. Firefox melindungi privasi anda dengan ciri-ciri seperti Private Browsing. Ia membolehkan anda menjadikan sejarah pelayaran dan kata laluan anda rahsia, walaupun apabila menggunakan peranti yang anda kongsi dengan orang lain, seperti komputer rumah atau iPad.

Firefox juga melindungi privasi anda dengan Enhanced Tracking Protection untuk menghalang penjejak yang mengekori anda dari satu laman ke laman lain, mengutip semua maklumat dan data tentang tabiat pelayaran anda. Ini termasuklah perlindungan daripada skrip dan malware yang membahayakan.

Nota Tepi: Kami bukan syarikat teknologi gergasi. Kami menjalankan operasi kami dengan berbeza. Tanpa pemegang saham, membolehkan kami memberi tumpuan kepada pengguna bukan keuntungan semata-mata. Tidak seperti syarikat lain, kami tidak menjual akses kepada data anda.

Apakah jenis maklumat yang dikumpul oleh Firefox?

Mozilla (pembangun Firefox) mengambil serius tentang privasi. Amat-amat serius. Hakikatnya, bagi setiap produk Firefox, kami hormati ikrar kami dalam Janji Data Peribadi: Ambil sedikit. Pastikan ia selamat. Tiada rahsia.

Baca Notis Privasi Firefox untuk maklumat lanjut. Tolonglah baca, OK. Kami dah jadikannya mudah untuk dibaca.