Muat turun Firefox

Firefox tidak lagi disokong oleh Windows 8.1 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Firefox tidak lagi disokong oleh macOS 10.14 dan ke bawah.

Sila muat turun Firefox ESR (Extended Support Release) untuk menggunakan Firefox.

Notis Privasi Firefox

5 perbandingan pelayar mudah alih yang terbaik

Pelayar mudah alih manakah yang terbaik? Kami akan membandingkan versi mudah alih daripada Firefox, Chrome, Edge, Safari, dan Opera untuk mengetahuinya.

Oleh kerana pelayar mudah alih adalah sumber maklumat utama ke mana saja anda pergi, maka kelajuan, keselamatan, privasi dan kemudahan mengguna merupakan aspek utama untuk pengalaman yang baik. Jadi, mana satukah pelayar mudah alih terbaik? Mari kita bandingkan pelayar utama — dan lihat yang memenuhi kehendak anda.

Keselamatan dan Privasi

Pelayar mudah alih mana yang mengekalkan kerahsiaan?

Keselamatan dan Privasi Firefox Chrome Edge Safari Opera
Mod Pelayaran Peribadi Ya Ya Ya Ya Ya
Menyekat kuki penjejak pihak ketiga secara lalai Ya Tidak Ya Ya Ya
Menyekat skrip perlombongan kripto Ya Tidak Ya Tidak Tidak
Menyekat skrip pengecap jari Ya Tidak Tidak Ya Tidak
Menyekat pengesan sosial Ya Tidak Tidak Ya Tidak
Papan pemuka untuk menyemak penjejak yang disekat Ya Tidak Ya Ya Tidak

Sekurang-kurangnya, pelayar mudah alih anda harus menyediakan versi "mod pelayaran peribadi," yang secara automatik menghapuskan sejarah pelayaran dan carian anda. Dalam hal ini, kesemua tujuh pelayar yang dibandingkan di sini mendapat kutipan mata.

Satu lagi ciri mudah alih yang perlu ada ialah kemampuan untuk mencegah laman web dan syarikat daripada menjejaki data pelayaran dan membeli-belah anda — walaupun dalam mod pelayaran biasa.

Menyekat penjejak pihak ketiga bukan hanya mustahak untuk privasi — ia juga membantu memuatkan laman dengan lebih pantas, tanpa cebisan kod yang tersisip dan melembapkan pelayar anda.

Daripada carta di atas, jelas bahawa Firefox menawarkan kit privasi dan keselamatan paling lengkap daripada lima pelayar ini dan membekalkan gambaran menyeluruh untuk kesemua keselamatan dan privasi dalam talian anda.

Ciri-ciri

Apa yang pelayar anda mampu lakukan?

Ciri-ciri Firefox Chrome Edge Safari Opera
Sekatan main automatik Ya Tidak Tidak Tidak Tidak
Pelayaran tab Ya Ya Ya Ya Ya
Pengurus tandabuku Ya Ya Ya Ya Ya
Mengisi borang secara automatik Ya Ya Ya Ya Ya
Mengisi ruang bayaran secara automatik Tidak Ya Ya Ya Ya
Pilihan enjin carian Ya Ya Ya Ya Ya
Teks ke ucapan Tidak Ya Ya Ya Ya
Mod pembaca Ya Ya Ya Ya Ya
Menyemak ejaan Ya Ya Ya Ya Ya
Sambungan/Tambahan Web Ya Tidak Tidak Ya Tidak
Mod Gelap Ya Ya Ya Ya Ya
Mod Desktop Ya Ya Ya Ya Ya
Carian dalam laman Ya Ya Ya Ya Ya
Carian Imej Ya Ya Ya Ya Ya
Carian Suara Ya Ya Ya Ya Ya
Tambah ke Skrin Utama Ya Ya Ya Ya Ya
Suapan Berita Tidak Ya Ya Tidak Ya
VPN dalam aplikasi Tidak Tidak Tidak Tidak Ya

Bahan terpenting dalam sesebuah pelayar web adalah kebolehgunaannya. Apa yang ia mampu lakukan? Hampir kesemua lima pelayar setanding dari segi tab, penanda halaman, auto-pelengkap medan, tapi hanya Firefox dan Safari yang menawarkan aplikasi tambahan yang bertindak seperti aplikasi kepada pelayar untuk menjadikannya lebih peribadi, berkuasa dan seronok.

Penyelarasan

Adakah pelayar anda seiring dengan lain-lain peranti?

Penyelarasan Firefox Chrome Edge Safari Opera
Ketersediaan OS Ya Ya Tidak Tidak Ya
Ketersediaan OS mudah alih Ya Ya Ya Tidak Ya
Keselarasan dengan mudah alih Ya Ya Ya Ya Ya
Pengurusan kata laluan Ya Ya Ya Ya Ya
Kata laluan utama Ya Ya Ya Tidak Ya

Versi mudah alih Safari yang siap dipasang pada peranti mudah alih Apple, hanya serasi dengan lain-lain peranti Apple seperti iPad dan komputer riba Mac. Firefox, Chrome, dan Opera boleh berfungsi di kesemua platform termasuklah iOS, Android, Windows, Mac, dan Linux, dengan pengecualian pelayar Edge yang tidak serasi dengan peranti berasaskan Linux.

Hampir kesemua pelayar mudah alih yang dibandingkan di sini membenarkan penyelarasan penuh di antara peranti mudah alih dan desktop.

Berita baik bagi pengguna iPhone ialah Apple baru-baru ini membenarkan pengguna iPhone untuk memilih pelayar standard mereka, maka sekarang pengguna boleh menyelaraskan peranti mereka di kesemua platform, contohnya, mereka memasang Firefox pada iPhone dan PC Windows mereka.

Kesimpulan

Berdasarkan ciri-ciri yang telah digariskan — privasi, paparan dan penyelarasan — hanya ada satu pelayar mudah alih yang memenuhi kesemua tiga kriteria, iaituFirefox. Sungguhpun serupa dalam kategori ciri-ciri dan penyelarasan, Firefox menyerlah dari segi privasi, kerana kami tahu bahawa ia adalah komponen terpenting yang membolehkan anda menikmati internet — sebagaimana yang anda gemari.

Akan tetapi, menentukan pelayar apa yang sesuai untuk anda sentiasa bergantung kepada keperluan dan keutamaan anda yang tertentu semasa mengemudi dalam talian.

Perbandingan yang dibuat di sini dilakukan dengan tetapan lalai dan dengan semua versi keluaran pelayar seperti yang berikut:
Firefox (84) | Chrome (87) | Edge (45.11.1) | Safari (14) | Opera (61)
Halaman ini dikemas kini setiap suku tahun untuk menunjukkan versi terkini dan mungkin tidak sentiasa menunjukkan kemas kini terkini.

Dapatkan Firefox untuk peranti mudah alih

Imbas kod QR untuk bermula

Imbas kod QR untuk dapatkan Firefox pada peranti mudah alih anda